Wednesday, July 14, 2010

preggy~

okeh. tarik nafas. 

sy dah pregnant!!!!!!!!!!! yeay!!!!

mula2nya sy dah rase badan sy lain mcm sejak kebelakangan ini, mcm entry sebelum ini, sy kerap kencing, breast pun rase sakit yg semacam, tekak juga rase sakit mcm nak demam, tp xdemam, haihhh....itu la yg sy rasai sebelum tibanya waktu haid sy untuk bulan ini...sy ckp pd encik suami, dia ckp bulan nih tak period dahhh...sy biar je..mahu test dulu...setelah 3 hari period tidak datang2 juga, sy buat test. pegi guardian beli pregnancy test. sy beli jenis "can be detected 5 days before expected period". so subuh pagi tadi, air kencing yg pertama sy gunakan untuk test. sy nampak double line. line 'c' sgt terang and line 't' tak terang sgt, but boleh nampak 2 line itu. sy buka manual pregnancy test itu, dia ckp if double line but the 't' line not too bright means pregnant at very early stage. manual itu ckp la.

sy terus tunjukkan pada mak ayah, untuk confirm kn double line itu. mereka gembira. yeay! cucu sulung....then subuh2 itu juga terus call encik suami yang sedang tido...dia sgt gembira, sy pun gembira..mungkin usia kandungan ini baru beberapa minggu...sy akan pegi klinik untuk buat pengesahan kandungan ini. Ya Allah, sy sgt bersyukur..alhamdulillah...

=)


Sunday, July 11, 2010

kelabu

ketika entry ini di post, kelabu baru meninggalkn aku buat selama2nya. dahulu, aku mempunyai seekor kucing betina, sgt comel, sgt manja..aku namakn dia kelabu..setelah dewasa, kelabu bunting, anaknya ramai..tidak lame selepas kelabu melahirkn anak2nya, dia hilang..tidak penah kembali lg ke rumah ini..

tetapi 2 minggu yg lalu, muncul seekor kucing di rumah ini, mukanya, bulunya, sikapnya saling xtumpah mcm kelabu ku dulu..aku ckp pd mak, 'ini anak kelabu mungkin'..bezanya kelabu baru ini jantan..tp disebabkan sikapnya yg manja, aku xpenah kisah jantan atau betina..dia sgt baik, hanya makan makanan yg diletakkan dlm mangkuknya..tidak penah masuk ke bilik..hanya ke depan dan ke dapur je..

2 minggu kelabu di rumah ini, dia dah gemuk..makan byk, pastuh tido bwh meja, atas karpet..manja..dia juga mengingatkn aku kepada kelabu yg hilang dulu..hari ini, ketika kejadian berlaku, aku dlm perjalanan pulang ke rumah dari rumah hubby di raub..bila aku sampai, mak aku menangis2, mulanya aku xpaham..kemudian aku nampak mayat kelabu..mak ckp kelabu baru je meninggal..dia dilanggar ayah..mase ayah nk reverse kereta..aku tersentak..mak angkat mayat kelabu, aku tgk, ususnya terkeluar dari dubur, matanya terbuka, lidahnya terjelir..sakit sgt..aku seolah2 dapat rase kesakitannya..airmata mula gugur mcm hujan..

mak ckp, mase dia sakit nk meninggal, dia xbunyi ape2 dah, air kencingnya xhenti..seksa sgt kamu meninggal, kelabu..sampai sekarang aku masih terbayang manjanya kelabu dgn aku..dia seolah2 tahu namanya kelabu..kelabu, aku xkn lupakan kamu..aku syg sgt kamu..semoga kamu aman di sana..kamu sgt baik..walau kamu tiada di rumah ini, aku tau kamu ada disekeliling ku  

*ayah, dh tolong tanamkn kelabu..aku xsanggup nk tanam sendiri..mak ckp mak xsanggup nk bela kucing lg, bila kami dah terlalu sygkn kelabu2 itu, mereka akan pegi meninggalkn kami..

Wednesday, July 7, 2010

puan rabitah hanim, lalala~

*ENTRY YG BERHABUK. 

title itu telah bertukar. gelaran puan di hadapan nama sy akan kekal selama2nya, =). alhamdulillah, majlis nikah, bersanding & bertandang berjalan dengan lancar. sy telah usahakan yg terbaik, tp masih ada kekurangannya. itu semua di luar kawalan sy. apepun, sy sgt bersyukur, kini sy menjadi isteri kepada insan yg sy cinta. tanggungjawab sbg seorang isteri sgt berat. sy masih tidak reti memasak, haihhh....masih berusaha untuk belajar..

Tuesday, July 6, 2010

3 hari 2 malam.

mungkin ada pihak rase nak 'muntah' bace blog ini. muntah la. jika kamu, kamu & kamu tidak berkenan membace isi perut blog ini sila nyah kau dari sini. okeh. *tibe2 emosi pulak, ahaks.

dah cukup. emosi sy memang tidak stabil saat ini, berpunca dari encik suami telah pulang ke raub 10minit yg lepas. 3 hari 2 malam kami bermanja2 di rumah parents sy ini, kini hanya tinggal sy seorang, di atas katil yg luas ini. rase sgt sayu. sy belum puas bermanja dgn sang suami, kini kami terpaksa berpisah sekejap atas tuntutan kerja. beliau keje syif pagi esok. seperti biasa sy akan pulang ke pangkuannya hujung minggu nnt. =) *malu nk ckp, tp serius, rindu selepas kawen lebih dahsyat drpd rindu sebelum kawen. tanpa beliau, sy tido bertemankn kain pelikatnya. mengalir airmata rindu, bila teringat pelukan beliau. sy sgt rindu.

sebelum encik suami bergerak pulang td, airmata ini sekali lagi tidak dapat ditahan2. 1 perkara yg menjadi isu kami sepanjang kami bersama ialah, pregnant. encik suami ckp mgkn sy dah pregnant. atas alasan sikap sy skrg yg semacam. sy jd sering lapar, kerap buang air kecil, payudara sy sakit dan lain2 lg. sy risau, dia sgt berharap. sy dijangkan period pd 12/7/2010 nnt. kite tgk la ape yg akan berlaku nnt..surprise..

Saturday, July 3, 2010

6 pagi~

sbb dah terbiase bangun awal utk pegi sekolah, hari nih juga bangun awal. 6pagi. mata sudah tidak mahu lelap. update blog sket tentang aktiviti sy hari ini. jap lagi sy akan bersiap utk ke sekolah, hari nih report card day, so sy akan bersemuka dgn ibubapa students sy sampai tengahri. then, balik rumah..bersiap utk pulang ke pangkuan suami. kali nih balik naik bas ke raub. tiket mak dah belikn. knp xdrive? sbb hubby mahu pulang bersame sy ke temerloh ahad nanti, so xperlu la ada 2 kereta kn. *hubby sy stay at raub, and me at temerloh. jumpe hanye ketika kami cuti. next week dia off ahad, isnin and selasa, so kami ada lebih masa utk bercinta..okeh, mahu bersiap. first time update blog pagi buta nih..lalala~

Friday, July 2, 2010

wireless~

ampun ye blogger sekalian. sgt lame tidak update blog. bkn sbb sy lupe, bkn juge sbb sy sibuk. tp disebabkan oleh masalah teknikal, iaitu laptop rosak, kemudian modem juga rosak, haihhh.. tp kini, masalah teknikal itu hampir berjaya diselesaikn. sy baru beli modem baru utk streamyx di rumah ini, dan ianya wireless. even tanpa laptop, sy masih boleh online sambil berguling2 bersama N97 ini..