Wednesday, March 31, 2010

kesibukan + bunting/banner?

dah beberapa hari tidak post ape2 entry di sini. sy sgt sibuk. minggu nih tak pegi gym pun. cari rezeki kan, kena la sabar. 'saya yang menurut perintah'. tag tuh tak penah lupe. kena patuh kepada semua arahan, tak kire la dari pengetua ke, ketua bidang ke, chekgu senior ke, sape2 ke, tag 'yang menurut perintah' tuh tak penah lekang..huhuhu

sape ckp jadi chekgu nih senang? sape ckp keje chekgu nih mengajar je? sape ckp chekgu balik keje awal? sape? baekk bagitau sy. sbb semua itu tidak betol. sangat mencabar jadi chekgu ini, dengan keadaan pelajar2 kite yg makin kurang minat belajar. dah macam zaman hang tuah, pantang dicabar, sket2 gaduh, tiap2 minggu gaduh. zaman hang tuah dulu memang la asyik bersilat je, sebab diaorg tak pegi sekolah, ada keris je nk lawan lanun. pelajar kite yg duk zaman 2010 nih pun asyik nk bergaduh lagi. hadoi pening kepala chekgu. tuh baru sebut hal gaduh, kalau ckp hal ponteng lagi panjang, macam2 jenis ponteng ada. geram. tp chekgu maintain senyum, sabar. sabar. ape kamu nk jadi nnt? haih..stuntman agaknye..

chekgu kini bukan sekadar mengajar, dah macam keje kerani pun ada, semua nk segera, sampai tak cukup tangan nk buat keje..tp maintain sabar..balik keje kadang2 pukul 2, kadang pukul 3, pastuh petang kena lagi datang sekolah, training bola jaring. sabtu pun kena dtg juga, kelas tambahan sampai tengahari...buku rekod kena siapkan, buku kemajuan murid kena siapkan, buku kokurikulum murid kena siapkan, buku latihan murid kena tanda. haaa..tengok..byk tak keje chekgu? semua keje2 nih tak penah putus, takde akhirnya..tuh belum masuk cerita bila chekgu masuk kelas...hanginnn...sabar lagik..

haaa...panjang pula intro..sebenarnye nk tulis pasal bunting atau banner. perlu ke ada bunting atau banner ini di majlis perkahwinan? sy masih berpikir untuk buat bunting kahwin ataupun tidak..kalau buat, nk letak kat mane? berapa byk bunting nk buat? sy konfius..encik tunang ckp tak kisah..sy berpikir lagi, sekarang nih memang trend letak bunting ke kat majlis kahwin? kalau takde, ada orang kisah ke? ape fungsi bunting ini? untuk iklankan pengantin?..untuk ape sebenarnya..tolong berikan sy jawapan, sy buntu + keliru...

=)

Sunday, March 28, 2010

siri pertama shopping wedding preps!

entry2 sebelum nih hanye berkisar tentang hal-hal booking sahaja, semuanya sy dah siap book, insyaAllah. kini tiba lah masanye untuk entry shopping. this is my first time shopping brg2 kawen. *lagi 2 bulan majlis baru nk mula beli barang, ahaks.

kejadian berlaku semalam, start with membelikan encik tunang henset baru. ye! sy belikan encik tunang henset baru, nokia brand, jgn tanya brape harga. tak sanggup nk ckp, huh! okeh, setel. knp belikan henset? Ohh saje2 je. ahaks. since encik tunang dah lame tak tukar henset, dan sy mempunyai wang yg 'terlebih', makanya sy beli la henset baru untuk dia. beliau sgt suke. sy pilih henset itu tanpa kehadiran encik tunang, surprise! okeh. tuh je.

after 1 hour sy membeli henset itu, encik tunang tiba di rumah sy menjemput sy ke KL. kami gerak agak lewat, dalam pukul 2 petang. tapi dah plan nk setel kan hal kad kawen dulu. kami tempah kad kawen di kompleks pertama, jalan TAR. sgt penat. pusing2 dalam kompleks pertama, jumpa 1 kedai nih, memang sempoi je kedainya, tp harga dan produk yg ditawarkan amat menarik perhatian kami. bincang punye bincang di situ, kami setuju, tempah kad di situ. yg kelakarnya, encik tunang tertinggal peta ke rumah pengantin di rumahnya, sy pula tak reti lukis peta, draf dengan pensil je. after discussion, aunty kedai kad kawen itu suruh kami lukis peta, kami pun lukis la peta masing2. peta sy besar, sampai 2 kertas A4, hahaha..peta encik tunang 1 kertas A4 je tapi 2 kali lukis, sebab tak konfiden agaknya..hahaha part melukis peta di kedai tuh la paling kelakar, dia ejek lukisan peta sy, sy ejek la lukisan peta dia. dia ckp peta sy macam nak cari harta karun..hahahaha lukis peta sambil tergelak2, then setel. kami tempah 1500 untuk dua2 belah pihak. simple je kad kami. dalam 2 minggu siap la. hihihihi okeh. habis cerita kad kawen.

then cerita membeli kain untuk baju keluarga sy untuk malam nikah dan hari sanding nnt. sy beli kain pasang je untuk mereka. setiap sorang akan dapat 2 helai kain, iaitu warna peach dan dark purple. family sy tak besar, untuk mak ayah dan 2 orang adik sy. masih dalam bajet. so sy sponsor kain jela, hihihi nk memilih kain pun lame juga. sampai penat kami keluar masuk kedai. tp nasib baik warna tuh semua senang nak pilih. so, setel hal baju family. then terjumpe pula, telekung yg chantek. untuk hantaran nnt. warna putih, sulam2 warna silver. memang nk telekung yg simple je, tp harga boleh tahan, sebab kain telekung tuh jenis mahal sket agaknya. tak kisah la. so, setel dah beli telekung untuk hantaran. gambar sy tak amik, mahu bagi surprise untuk semua. nnt lepas majlis sy tunjuk semua barang2 hantaran sy ye.

setel hal di jalan TAR, kami gerak ke the mines. sy mencari sandle untuk ke sekolah. tp tak berjumpe. punya susah cari parking. ramai gila org. kami pening, then gerak ke alamanda pula. mase tuh jam dah pukul 9.30 malam, kedai2 pun macam dah nk tutup. proses mencari pun bermula. nasib baik jumpe, so sy beli sandle di vincci alamanda, yg nih takde kena mengena dengan wedding preps. ahaks.

then kami makan di village view,bangi. lapar, sebab dah penat berjalan kan..makan tuh pun dah lewat, pukul 10.30 malam. lepas makan, kami balik. sampai temerloh pukul 1 pagi. kesian encik tunang yang dah penat. risau dia nak balik raub sorang2 kan. so dia tido di rumah sy. haihh..mak sy ada di rumah tau..encik tunang tido di hall. hihihi..pagi nih dia dah balik raub.

so setel la, siri shopping wedding preps yg pertama. akan ada siri yg kedua okeh. hari jumaat nih. kami akan ke nilai 3 untuk membeli barang2 kawen juga. hihihih..

sy dah susun jadual tiap2 minggu, setiap minggu ada program persiapan kawen. ianya tidak terhad kepada proses membeli sahaja, termasuk juga proses menyelesaikan borang nikah, hal2 berkaitan rumah, dan hal2 lain. nnt sy update lagi ye..mahu agih2kan kain2 ini kepada ahli keluarga..lalala~

Friday, March 26, 2010

jurufoto di hari kejadian.

short entry. pasnih mahu siap2kan diri. rest. esok mahu bershopping bersama encik tunang. lalala~

semalam dah gaji. yeay! alhamdulillah ada la sket rezeki kawen kami. 3 bulan gaji wooo..masyukkk..hihihi sy dah setel beberapa perkara yang penting, semalam bayar lagi beberapa ratus ringgit malaysia kepada kedai pengantin itu, knp? mmg byr runcit2, ada duit sket byr la, nnt nk dekat majlis tak la berat sgt beban kan. another half sy akan byr hujung bulan lima nnt. okeh.

then balik sekolah tadi juga telah bank in deposit to my second photographer. ape second photographer? yes! sy mempunyai dua jurufoto upahan pada hari kejadian. gila tamak kan..hahahah ikut rase hati..okeh. first sy hire jurufoto dari KL, iaitu Serindit Photo, cover majlis nikah, sanding plus bertandang di raub nnt. sy amik full package with Serindit Photo.

kemudian, jurufoto yg kedua adalah dari temerloh ini, iaitu ROHStudio, sy hire for shoot plus burn je. 500 pieces. sy tahu pada hari tersebut memang akan ada jurufoto2 yg tidak perlu dibayar, iaitu sedara mara & kawan2 sy..sy suke ramai2 amik gambar kami..mungkin yg mereka shoot itu untuk simpanan mereka..jadi takpe la..shoot ramai2 ye..nnt tak tau nk pandang camera yg mane satu..hahahah

ohh ye..sy tiada videographer. itu je.

=)

another award. =)

alhamdulillah..
sy dapat award nih dari chekgu dila
terima kasih ye..
suke. =)

dah dapat award nih, kena bagi kepada 20 bloggers yg lain pula..
(tp ramai yg dah dapat kan, hihihi)

takpela, sy bagi juge..yg mane dah dapat kira double ye..ampunnn
5. Sha
11. Lynda
15. Fasha


adehh..sy hanya mampu memberikan kepada 15 org je..yg lain, ampun ye..kekangan masa untuk tag sorang2 di sini..

**baru jap tp encik tunang datang ke rumah sy, hihihi suke suke..esok akan bertemu lagi..untuk siri shopping wedding preps yang pertama..hahaha

Wednesday, March 24, 2010

jadual gaji kakitangan awam 2010


okeh! tadi gigih meng'google'kan diri, mencari jadual gaji. kepada semua kakitangan awam, jadual ini memudahkan kamu, kamu dan kamu termasuk sy plus encik tunang membuat perkiraan perbelanjaan, terutama kepada mereka yang bergantung kepada duit gaji untuk wedding preps, lalala~

Tuesday, March 23, 2010

sms itu.

petang semalam sy dapat sms dari encik tunang. sampai sekarang sy masih bace text itu berkali2. sy rase ianya sgt sweet.

"hubby request cuti setiap sabtu supaya senang kite leh beli brg..dpt hr ahad pun dah ok honeykn.."

yeay! sangat seronok. start this week, kami akan mula hunting barang2 untuk wedding preps. actually, encik tunang keje syif, *paramedic at hospital. susah juga nak dapat cuti on weekend. lainla mcm sy, weekend dah boleh bersenang lenang, hahaha

so lepas dapat sms itu, terus berangan. opsss. bukan berangan but planning. hihihi this week nak pegi jalan TAR, next week mahu ke Nilai, another week mahu ke mid valley. ahaks. sy dah siap susun atur jadual shopping. lalala~