Thursday, April 29, 2010

36 hari lagi..

ini adalah rupe kotak supplement yg sy makan minum.

detail dibawah sy copy dari sini

L-Carnitine is a natural nutrient that can be synthesized in the human liver. It is also present in the foods we eat and has been shown to protect cells throughout the body against age-related degeneration. Most clinical research are focused on the brain, where improved mood, memory and cognition have been observed.

L-Carnitine facilitates the transmission of fatty acids into the cell’s mitochondria. Carnitine enables dietary fats to be converted into energy.

Research and studies have shown L-Carnitine to be effective in the following:

1.turning fats into energy
2.reducing fatigue

3.post-exercise recovery
4.cardiovascular health
5.effective weight management

Aspen serum De L-Carnitine is a special purpose food formulated for individuals who are carnitine-deficient, including vegetarians.

This natural nutrient is essential for fat metabolism and energy production.

Active Ingredients :
Each 10ml contains 500 mg of L-Carnitine

Descriptions :
A serum blended with highly palatable lime and lemon flavours

Indications :
A dietary supplement

Dosage :
Adults: 1 to 2 servings (10ml) daily in the morning before breakfast and or pre-aerobic activities
Children: Not recommended

Presentation :
Amber HDPE 500ml bottle

Storage :
Keep out of reach of children. Store below 25°C. Protect from direct sunlight, heat and moisture. Refrigerate once opened.


*sampai je gym petang td, sy terus beli serum nih, minum kat situ jugak, hanye 15ml sebelum workout. ingat, hanye sebelum workout ataupun kerja2 yg menggunakan byk tenaga. jgn minum sebelum tido okeh! lepas 15 minit, baru boleh mula workout. badan rase lebih bertenaga, memang byk giler berpeluh hari nih. sy masih mencuba, nanti jika berkesan baru sy bg testimoni ye..hihihi

Wednesday, April 28, 2010

37 hari lagi..

sy dah mula kembali ke gym, setelah sebulan membulatkan badan, kini sy kembali ke gym, sejak semalam. ini adalah disebabkan oleh semangat yg dibawa oleh baju nikah sy. dah fitting, ngam ngam. chantek. *asyik puji baju sendiri, ahaks. tp lebih chantek jika badan sy ini lebih slim, lebih nampak lekuk di pinggang, ahaks. *nak nampak ramping sebenarnye. i'm try my best!! mahu nampak yg terbaik semasa hari yg penuh bersejarah itu. *mentang2 la chekgu sejarah. penuh semangat patriotik pulak, hihihi

balik gym tadi naik scale. i'm 58kg!! can u see. sy tak nampak perbezaan yg ketara. sebab hari-hari tengok cermin, badan yg same je, cume, spare tyre dah makin berkurang, hihihi nanti sy buat transformasi gambar untuk mase tunang dan mase nikah. lain wooo..mase tunang berat 66kg!! ahaks..

td owner gym itu juga suggest sy amik supplement, sy dah tak ingat namenye ape. harganye RM90, minum 15 minutes before workout. only drink before workout! bagus, sbb ianye menukarkan lemak2 tepu dan degil dalam badan kepada tenaga. esok sy nak beli. yeay! harap2 ianye berhasil.

=)

Tuesday, April 27, 2010

hukum lelaki memakai emas putih & platinum

untuk membatalkan air sembahyang selepas nikah nanti, sy berkira-kira mahu menyarungkan cincin di jari si suami. mula berpikir nak beli emas putih, perak atau suasa. setelah meng'google'kan diri. sy jumpe artikel seperti dibawah. kepada bakal2 pengantin sila bace ye..

sy copy dari website JAIS untuk lebih jelas..

1.Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih seperti yang terdapat di pasaran sekarang?
2.Seseorang telah memberitahu saya bahawa emas putih tidak dikenakan zakat, jadi ianya dibenarkan bagi seseorang lelaki memakainya. Adakah ianya benar?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.


Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 darjah celcius.

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats."

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."

Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

*so emas putih terus blacklist. platinum? mahal la rasenye, encik tunang bukan suke pakai cincin pun..haihhh..cari cincin perak je la..hihihi

Monday, April 26, 2010

39 hari lagi..

balik sekolah tadi, encik tunang telah menunggu sy di temerloh, terus pegi lunch, sebab kami ada appointment dengan kedai pengantin itu, mahu fitting baju sanding untuk encik tunang. kami sampai awal, lepas makan terus pegi kedai tuh. owner kedai itu tiada, hanye pekerja dia, sy dah biase deal dgn owner itu, so kami pun menunggu, sambil2 tuh sy memberikan gambaran pelamin kepada encik tunang. ahaks. dia ckp pelamin sy BESAR. hihihi memang besar pun..bride yg guna pelamin itu sebelum sy, buat majlis di dewan, memang menyerlah la, sebab BESAR. sy pula hanye di rumah, mula dah ragu2, muat ke tak nak letak pelamin BESAR gedabak tuh dalam rumah, ahaks. harap2 muat la ye..hall rumah nih besar jugak..hihihi insyaAllah muatnye..kenapa pelamin besar? kenapa tak buat pelamin di luar rumah? sy memang nak pelamin BESAR, dah bagi design kat owner kedai pengantin itu, owner tuh ckp ada bride nak sanding kat dewan juga mahu pelamin besar, so sy adalah org kedua yang menggunakan pelamin BESAR dari kedai pengantin itu. gediks nak besar2. baru puas mata menatap kan..hihihi even pelamin sy BESAR, kami tidak bersanding diluar rumah, sebab sy adalah sgt pemalu orgnye, nnt mula la tak boleh nak angkat kepala. kalau dalam rumah nih, privacy sket, takde la satu dunia melihat sgt bersanding secara live, cukupla mereka melihat melalui gambar, hihihi kalau nak tgk sy bersanding kena la masuk rumah. lalala~

encik tunang fitting baju melayu yg sy suke itu, muat2 je, alhamdulillah. lega. dia cube 1 set. nampak mcm pendekar bujang lapok pulak. ahaks. ampun ye bakal suamiku. hihihi muat2 je, baju pun boleh kancing lagi. mulanye sy risau kalau baju tak muat. sbb encik tunang agak besar orgnye. so setel hal baju encik tunang. baju beliau warna silver, bersampin dan bertengkolok hitam. seperti baju sanding sy, silver dan hitam. tak siap lagi, ahaks.

kemudian sy received call from tailor baju nikah, sebelum nih sy dah try baju nikah itu, tp agak ketat di dada, so tadi pegi fitting lagi sekali. sgt chantek. betol2 terletak di badan ku ini. tidak ketat lagi, tailor itu tersalah ukuran, dia amik ukuran tanpa ada ruang untuk dada sy bernafas, ahaks, patut la tak muat. hihihih harap2 berat badan tak naik, hahahaha encik tunang pun berpuas hati. baju nikah itu baru siap jahit je. so bile dah confirm fitting tadi, tailor itu akan jahit manik di baju sy. wahhhhh...berkelip2 la...sy akan amik baju nikah seminggu sebelum nikah, sebab jika berlaku peningkatan atau penurunan berat badan, baju itu masih boleh di alter. harap2 tidak berlaku sebarang peningkatan la. sgt fobia. berdiet dgn sgt gigih. yeay!

*semalam encik tunang dah book hotel di Melaka untuk honeymoon kami nnt. kenapa Melaka? mulanye nak honeymoon di tepian pantai konon2nye, tp encik tunang mahukan aktiviti berjalan2, bersukaria. jika ditepian pantai, aktiviti adalah terhad. pilihan kami sebelum ini adalah pantai cherating. kemudian setelah memikirkan pelbagai perkara, kami memilih melaka. masih ada seaview okeh, besides kami juga akan berjalan2 di bandar melaka,berdua-duaan. hihihihi ini hanye pre-honeymoon after majlis bertandang di rumah encik tunang. kami juga plan nak honeymoon di utara juga, since sy tidak penah ke utara. hihihi so pre-honeymoon di melaka tidak boleh terlalu boros okeh. harus berjimat untuk honeymoon di tempat2 lain. wahhh..byknye honeymoon..ahaks..

honeymoon : percutian suami & isteri, ahaks. *gediks.
=)

Sunday, April 25, 2010

40 hari lagi..

sy dah masuk fasa "berpantang" nih. tinggal 40 hari lagi. makin berdebar. tapi alhamdulillah, wedding preps sgt berjalan lancar..since sy dah buat preparations nih sejak 6 bulan yg lalu. serius. sy dah mula berpikir dan merancang perkahwinan ini sejak hujung tahun lepas lagi. sy buat sket2. sekarang sgt tidak menyangka tinggal 40 hari je lagi. aduhhhh...sgt cepat mase berlalu kan..

tapi dah confirmkan dgn ayah, pasal kenduri..kanopi tetamu, kompang dan p.a. system, ayah yg setelkan. so sy boleh menarik nafas lega sket. still pending ialah katil dan barang hantaran. yg lain2 almost done. syukur. alhamdulillah. sy harap tiada masalah sepanjang 2 hari majlis nikah & sanding sy nanti..

aturcara majlis persandingan pada 6.6.2010 nnt *nih idea sy je, belum keluarkan proposal kepada ayah, hihihi

pengantin akan mula berarak pada pukul 1 petang. sy perlu pastikan yang family encik tunang tiba di temerloh ini pukul 12 tengahari supaya tidak berlaku sebarang kelewatan, hihihi encik tunang juga perlu bersiap di rumah yg family sy sediakan. okeh. kenapa pukul 1 petang? sebab sy tak nak nanti tetamu tertunggu pengantin tak sampai2, hihihi

pengantin akan terus masuk ke rumah, dimulakan dengan bacaan doa *pelamin sy didalam rumah ye. pengantin akan bersanding dan berlaku proses renjis merenjis dan fotografi. kemudian pengantin akan makan beradap sekitar pukul 2 petang. makan slow2, dengan control ayu lagi, menjadikan proses makan mengambil masa 30-40 minit. kemudian, pengantin akan memotong kek, seterusnya bergambar dgn keluarga dan tetamu.

sesi fotografi outdoor pula, akan dimulakan sekitar jam 5 petang..

*hanya perancangan, yg real tak tau la macamne...

Saturday, April 24, 2010

sy. dia.

tentang kami, berdasarkan kajian Dato' Fadzillah Kamsah.


cik tunang lahir pada bulan januari.
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius *sometimes, hihihi
Suka mendidik dan dididik *ye, betol
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik *memang tuh kelemahan sy
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur *yup
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam *sometimes sgt3 sensitif
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang *kurang mesra pd mulanya, pastuh kepoh nk ma***s.
Agak pemalu *malu2 ayam
Daya tumpuan yang sangat tinggi *sgt fokus
Mudah mendisiplinkan diri sendiri *yup
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema *yup, terutama waktu pagi & tak boleh minum byk sgt ais
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya *pandai pamerkn kpd encik tunang je, hihihi
Cukup sayang pada kanak-kanak *boleh la, kalau diaorg tak buat perangai
Suka duduk di rumah *sgt3 suke
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi *sy sgt3 cemburu orgnya... =)


encik tunang lahir pada bulan februari
Berfikiran abstrak *???
Intelligent, bijak dan genius *tak boleh puji, nnt dia perasan, hihihi
Berpesonaliti yang mudah berubah  *memang, tibe2 je merajuk..
Mudah menawan orang lain *hatiku tertawan
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri *tipu
Jujur dan setia pada segalanya *hope so
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong *betol, dia tak suke ditanye byk soalan..rimas katanye
Mudah memberontak apabila dikongkong *betol
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sanga sensitif *sgt betolllll
Mudah mempamerkan marahnya *tepat!!!
Tidak suka benda yang remeh-temeh *double tepat!!
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam *dia cepat perasan akan sesuatu perkara/benda, sy kurang sket...hihihi
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran *dia selalu ckp "hubby tak reti nak romantik2 nih honey"
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros *yup, terutama tentang kereta. haihhh..
Belajar untuk mempamerkan emosi


*serasikah kami? sy tidak mahu memikirkan tentang itu semua. sy sentiasa mengingatkan diri sy, bahawa dia adalah pelengkap hidup sy dan sy adalah pelengkap hidup dia. kekurangan dalam diri kami, adalah kelebihan kepada hubungan kami.

=)