Thursday, October 28, 2010

syukur. kerana sy ada kamu.

hampir 5 bulan kami kawen. sy ingin meluahkan rasa bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan insan yg sgt memahami diri sy *sehingga ke saat ini dan sampai bila2, insyaAllah. sy sgt gembira dengan hidup sy kini setelah disatukan dengan encik suami.

dia memahami sy, dia tahu ape yg sy nak walaupun kadang2 berlaku aksi pujuk memujuk yg agak keterlaluan untuk mendapatkan sesuatu. setakat ini dia tak penah minta sy buat perkara yang lebih2. dah hampir 5 bulan kawen ini, hanye 2-3 kali je sy berkesempatan memasak untuk suami. itupun yg ringkas je. tp dia masih tidak merungut. apabila sy ke sekolah, tinggalkan kain baju yg belum berlipat, dia akan lipatkan untuk sy, biarpun selepas itu dia ckp "susah la nak lipat baju kurung honey"..dia tak tau yg baju kurung itu sy hanger je..hihihi

bila sy ke sekolah, tinggalkan bilik dgn agak bersepah, dia akan tolong kemaskan..dia juga penah iron kan baju dan tudung sy, yang selama ini sy buat sendiri..sgt comel melihat dia menggosok skirt sy,hihihi bertambah2 sy syg suami sy..dia tak kisah buat semua perkara untuk sy, sy semakin manja dan mengada2...hehehe..

sy sgt bersyukur kerana sy ada kamu..alhamdulillah..

Sunday, October 17, 2010

mengisi mase lapang

 last week sy pulang ke raub. dijemput oleh sang suami. boring duk rumah, kami picnic di sungai pulau chekas, raub. hanya kami berdua. best woooo....air sungai itu sgt sejuk...sesuai dgn cuaca skrg yg sgt panas...rimas duk rumah..lalala~




edisi basi : raya

lama sgt tak update ape2 di blog ini. penyakit malas melanda di tambah pula dgn keadaan badan ygn tak berape nak sihat nih. apepun sy semakin cergas. sudah kurang muntah2. semakin bersemangat. tengok, layout blog telah bertukar. hanye untuk mengambil mood. supaya sy lebih bersemangat. lalala~

okeh di bawah ini, adalah gambar2 semasa raya hari itu. dah habis bulan syawal baru nak upload gambar raya. takpe la, biar lambat, asal upload jugak kan..

peristiwa di bawah berlaku di rumah mertua di raub, hari raya pertama. mase nih badan sy tidak begitu sihat. masih pening2. =)





Sunday, August 15, 2010

berpuasa, berbuka & bersahur bersama hubby...

sy masih di raub, di rumah suami..hubby jemput sy pulang hari jumaat lepas..sebab sy sudah tidak larat lagi untuk drive...itu pun sy muntah berkali2 dalam kereta..kesian hubby, dia juga terpaksa menahan perasaan untuk muntah setelah tengok sy muntah dalam kereta...hihihi

tahun nih, tahun pertama sy berpuasa sebagai isteri...sangat best...sbb pertama kali bersahur bersama suami...dia agak liat nk bangun, tapi tak la liat sgt..hihihi best2....tiap2 petang hubby bawa sy pegi bazar ramadhan di raub nih...sy mesti beli laksa..sedap..sy sgt suke mkn laksa sekarang nih... =)

sy rase sy semakin alah naik kereta sebab pegi bazar ramadhan je, tp sy mesti muntah2, mudah pening skrg nih...tak tau la...duk di rumah pun sy muntah2...gagahkan jugak badan ini untuk berpuasa....rekod bersih setakat nih, hihihi

khamis lepas sy pegi check up di klinik kesihatan ibu & anak...check up with doctor, dia scan perut sy...mula2 letak gel, pastuh letak alat scan itu di perut sy...doctor ckp tak nampak sgt, hanye nampak bayang2 je...takpela, doctor ckp jgn risau sbb baru 8 minggu...doctor itu bagi sy date untuk repeat scan on 24 september 2010...tak sabar menunggu tarikh itu....

"my little baby, semoga kamu sihat2 dalam perut mama nih ye...
mama syg kamu..
mama tak sabar mahu melihat kamu..."

Saturday, August 7, 2010

i'm going back..

setelah beberapa minggu tidak pulang ke rumah suami di raub, hari ini, tengahari nanti, sy akan gagahkan badan ini untuk pulang kepangkuan suami. walaupun pagi nih je dah beberapa kali sy muntah. ape yg keluar? nothing. tiada apa2. sebab perut yg masih kosong. hanye buih2 cinta sahaja, ahaks. jika kamu, kamu, & kamu preggy nnt kami akan paham ape yg sy rasa. sgt pahit. itu yg sy rasai setiap pagi. even petang & malam pun sy akan muntah. tp tidak la setiap hari...

alhamdulillah..setakat ini sy masih berselera untuk makan. apepun sy akan makan. sy tak kisah. tp ape yg sy makan akan keluar semula..haihhh...

apepun hari nih sy sgt gembira, rasenye hampir 3 minggu sy tidak pulang ke raub. hari nih harus gigih. sy mahu berjumpe sang suami.

=)

Thursday, August 5, 2010

2 bulan selepas nikah.

yeay! hari ni genap 2 bulan kami nikah..masih terbayang2 waktu dinikahkan oleh ayah sy..

pencapaian terbaik selepas 2 bulan bersama : sy hamil 7 minggu, yeay!


dari siang tadi sy tak perasan tarikh hari nih, tibe2 terpandang ticker wedding itu, 61 days since our wedding..OMG!! 
tadi call hubby, dia dalam ambulans sbb refer kes, sy tanye dia, "hubby, tau tak hari nih hari ape?", dia gelak2, macam tak nak jawab...dia ckp dia tau...pastuh sy tanye lagi, "bagitau cepat hari nih hari ape?"...nak tau ape jawapan dia....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
"hari khamis malam jumaat", gelak2 lagi...

haihhh...sy maksudkan hari nih genap 2 bulan nikah, dia boleh ingat hari nih malam jumaat...hubby, hubby...

kesian kan hubby, jarang kami jumpe...but seminggu sekali pasti akan jumpe, hihihi

1 perkara yg buat sy terharu, selasa lepas sy last day puasa ganti, di sekolah duk merepek call hubby ckp nk makan roti canai...saje je kn...bukan mengidam pun...tibe2 mase nak maghrib, hubby sampai rumah, bawa balik roti canai, roti telur n roti sardin...just imagine, dia datang dari raub semata2 untuk hantarkan sy roti canai, hihihi then dia balik semula ke raub malam itu juga...sebab hubby on call, harus standby di raub...hanye beberapa jam kami bertentang mata...

love u hubby

=)

 ** dibawah ini, jari jemari hubby, nk tunjuk inai di jari itu, dah nk habis...sy snap baru2 nih..