sangat penat..badan lemah longlai nih...nasib la adriana dah tido, lega sket...taip entry atas katil...nak tido dah nih...
ape yg penat sangat nih kan...hari nih sy balik ke temerloh..bangun pagi buta, siapkan anak dan diri sendiri, balik ke rumah nenek dan atok adriana atas urusan yg perlu dan mesti diselesaikan...sebab khamis minggu depan harus ke kuantan...harap2 la kali nih rezeki menyebelahi kami sekeluarga...
if berjaye nanti sy story kat sini ye....sangat penat..mahu panggil hubby picit kaki...hihi
Friday, September 30, 2011
Monday, September 26, 2011
selsema
adriana masih selsema..hari tuh dah kering, tapi berjangkit pula dengan sy kot...adriana kembali selsema...nenek adriana pesan letak kunyit & kapur di dahi dan hidung adriana...alahaii
Saturday, September 24, 2011
Thursday, September 22, 2011
demam
ohh tidak..kini sy pula yg demam..adriana baru je nak sihat,sebelum nih dia demam, masih lagi ada batuk sket2, selsema dia dah nak baik...tapi sy pula yg kena selsema...dah makan ubat, tp ngantuk sangat ubat tuh, takut tak terjage adriana, so sy stop makan ubat...tisu dah nak habis sekotak nih,haihh
ntah macamne sy pulak yg kena selsema, risau berjangkit semula dgn adriana...sabar jela...harap2 adriana makin sihat...sy yg selsema takpe, tapi kalau adriana yg selsema n batuk kesian sgt, sebab hingus dia meleleh je...
semalam adriana genap 6 bulan..dah boleh makan...makan pertama yg adriana telan ialah kentang putar kfc, hihi sebelum nih try suap nestum, tapi dia tak mahu, tak buka mulut pun...kebetulan semalam makan kfc, suapkan kentang sket, dia dah boleh makan..pagi nih suapkan nestum cerelac beras n soya, adriana suke sgt makan...mama senang hati, yeay!

Wednesday, September 21, 2011
tentang eczema
Penyakit lazim di negara maju
Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my
norlaila@hmetro.com.my
“BAPA borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal...,” kata Perunding Dermatologi Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon sambil tersenyum. Kaum bapa jangan marah ya, kata-kata ini bukannya bertujuan menyindir sesiapa tetapi ia digunakan bagi menerangkan masalah kegatalan kronik akibat ekzema iaitu sejenis penyakit kulit.
Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu daripada penyakit kulit yang paling lazim, membabitkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus orang dewasa di seluruh dunia. Ia penyakit kulit yang kronik dan sangat gatal menyebabkan pesakit khusus�nya kanak-kanak menderita.
Di seluruh dunia, kadar kelaziman ekzema semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian tempatan, didapati kadar kes ekzema di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia meningkat kepada 12.6 peratus (2006) berbanding 9.5 peratus pada 1999. Di kalangan remaja berusia 13 hingga 14 tahun, kes ekzema antara 9.5 peratus dan 6.3 hingga 9.5 peratus.
Tidak dapat menahan rasa gatal inilah yang membuatkan pesakit menggaru bahagian kulit yang mengalami keradangan. Semakin digaru semakin sedap rasanya, tetapi masalahnya lebih giat anda menggaru, lebih luaslah kawasan kulit yang mengalami ekzema.

Tindakan ini juga menyebab�kan masalah kulit pesakit bertambah teruk. Adakalanya kerana terlalu gatal dan asyik menggaru, pesakit tidak sedar kulit yang digaru itu luka dan mengundang masalah lain pula kerana ia terdedah kepada jangkitan bakteria.
Menurut Dr Leong, ekzema ialah sejenis penyakit kulit dengan beberapa ciri iaitu:
· Rasa gatal dan sakit - Ia adalah penyakit yang sangat menyeksakan. Rasa gatal ini akan menyebabkan pesakit menggaru dan apabila kulit digaru terlalu kuat ia akan mengalami kerosakan. Ketika inilah badan akan menghasilkan bahan kimia keradangan yang membuatkan kulit menjadi lebih gatal dan keinginan untuk menggaru akan lebih tinggi.
Ia tidak sekadar menyebabkan rasa sakit pada pesakit tetapi turut menjejaskan kualiti hidup ibu bapa. Apabila anak tidak boleh tidur (kerana gatal dan asyik menggaru), ibu bapa juga tidak dapat melelapkan mata.

· Kulit sangat kering - Pesakit ekzema mempunyai kulit yang sangat kering kerana ketiadaan lapisan penghalang untuk memerangkap cecair dalam kulit. Tidak kira berapa banyak air yang diminum, ia masih tidak dapat mengatasi masalah ini.
· Bahagian kulit yang mengalami ekzema terasa panas. Tahap kepanasan ini bergantung kepada keadaan ekzema setiap pesakit sama ada sedikit, sederhana atau teruk.
· Ekzema bermula dalam lima tahun pertama kehidupan seseorang kanak-kanak. Bagi kebanyakan pesakit, keadaan ekzema mereka akan bertambah baik dengan peningkatan umur. Bagi pesakit bertuah, ekzema mereka akan hilang sendiri pada usia enam hingga 12 bulan. Bagaimanapun, 30 peratus kes ekzema berlanjutan sehingga dewasa.
“Kira-kira 50 peratus kes ekzema berlaku sebelum kanak-kanak berumur setahun dan lebih 80 peratus kes apabila kanak-kanak mencapai umur lima tahun.
“Tempoh pengulangan serangan ekzema berbeza antara pesakit - ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan atau tahun. Biasanya penerimaan pesakit terhadap serangan berulang ini lebih baik apabila umur mereka meningkat. Kajian mendapati 50 hingga 70 peratus pesakit dewasa tidak terganggu dengan serangan ekzema yang sudah dialami sejak kecil,” katanya pada majlis pelancaran kempen Bersama Membanteras Kegatalan anjuran Leo Pharma.

· Faktor genetik - Ekzema ada kaitan dengan faktor genetik dan jika salah seorang ibu atau bapa ada masalah ini, anak-anak mempunyai 20 hingga 40 peratus mengalami ekzema. Ini bersesuaian dengan ungkapan ‘bapa borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal’ di atas.
Jika salah seorang anak ada alahan, peluang anak seterus�nya mendapat ekzema ialah 30 peratus. Peluang anak mendapat ekzema akan lebih tinggi (40 hingga 60 peratus) jika kedua-dua ibu bapa ada alahan dan sekira�nya mereka mengalami gejala alahan yang sama peluang ini melonjak kepada 72 peratus! (Rujuk Jadual 1)
Punca dan gejala
Ibu bapa terutama yang tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan sering bertanya bagaimana anak mereka boleh mendapat ekzema. Pakar perubatan percaya ia disebab�kan interaksi kompleks antara faktor genetik dengan persekitaran. Ia boleh disebabkan faktor genetik saja atau dirangsang persekitaran atau tindak balas dua faktor ini.
Sesetengah orang yang ada mewarisi genetik ekzema boleh mengalami tindak balas dengan sesuatu dari persekitaran yang tidak mendatangkan masalah pada orang lain. Ia juga dikait�kan dengan masalah kecacatan pada fungsi sekatan atau halangan pada kulit dan sistem imun yang tidak normal.
“Apabila serangan ekzema berlaku, kulit pesakit akan berasa sangat gatal, menjadi merah, timbul ruam dan kadangkala lesi. Gejala ini biasanya bermula di muka dan merebak ke dada. Apabila kanak-kanak membesar, lebih banyak kawasan yang akan mengalami ekzema terutama di kulit yang berkedut seperti di siku dan lutut.
“Oleh kerana kulit pesakit mengalami kecacatan pada fungsi sekatan, maka ia akan menjadi kering. Kulit yang kering akan mudah berasa gatal. Apabila pesakit menggaru, ia akan mengganggu fungsi sekatan dan jika kulit luka, boleh berlaku jangkitan bakteria khususnya Staphylococcus aureus. Keadaan ekzema akan lebih teruk pada kulit yang lebih kering.
“Menggaru bukan saja mendedahkan pesakit kepada jangkitan tetapi ia juga akan membuatkan kulit menjadi tebal dan menjadi lebih tidak sihat,” kata Pensyarah Kanan Onkologi Dermatologi Universiti Buckingham, United Kingdom, Prof Anthony Chu.
Bakteria S aureus ini bukanlah asing pada kita. Namun 70 peratus pesakit ekzema ada bakteria ini dalam hidung mereka berbanding 30 peratus pada bukan pesakit. Hampir 100 peratus kulit yang mengalami ekzema ada bakteria ini dan ia boleh membiak (membentuk koloni) dengan cepat kerana ia akan melekat pada kulit yang kering.
Jika kulit pesakit luka, bakteria ini akan memasuki badan dan menghasilkan bahan kimia eksotoksin yang bertindak sebagai antigen super (bahan yang merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi). Antigen super inilah yang akan merangsang tindak balas sistem imun untuk menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk (bengkak, merah dan sangat gatal).
Menurut Dr Leong, teori kebersihan yang dikemukakan pakar penyelidik juga ada munasabahnya kerana kajian mendapati kes ekzema di kalangan kanak-kanak bandar yang tinggal dalam persekitaran ‘terlalu’ bersih lebih tinggi berbanding kanak-kanak luar bandar.
Berdasarkan teori ini, dalam keadaan bersih, sistem imun badan menjadi tidak matang dan ‘malas’. Ia tidak dapat membezakan antara penceroboh yang baik dengan jahat. Akibatnya, sistem imun ini akan bertindak balas terhadap semua penceroboh badan dan inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu sensitif atau mengalami alahan.
Teori ini diperkuatkan dengan keputusan banyak kajian yang mendapati kadar kelaziman ekzema meningkat dua hingga tiga kali ganda di negara industri dan maju dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini membabitkan 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dan dua hingga 10 peratus orang dewasa.
Jadi tidak hairanlah jika kes ekzema di kalangan kanak-kanak di negara maju seperti United Kingdom jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu antara 20 hingga 30 peratus.
Rawatan dan pengurusan
Sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan ekzema yang juga dipanggil penyakit sistem imun kerana ia membabitkan banyak faktor. Bagaimanapun, ia boleh dirawat dan sasaran rawatan bukanlah untuk menyembuh tetapi mengurang�kan gejala memanjangkan tempoh bebas daripada serangan berulang yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Antara rawatan yang ada ialah steroid sapuan (dalam bentuk krim, gel atau balsam dalam pelbagai kekuatan) untuk menghentikan keradangan dan membantu menyembuhkan kulit.
Doktor juga mungkin akan mencadangkan penggunaan krim kombinasi steroid dan antibiotik khususnya apabila steroid sapuan tidak berkesan. Krim kombinasi ini lebih berkesan untuk merawat ekzema kerana ia boleh disapu pada kulit yang luka untuk menghentikan rasa gatal dengan segera. Malah ia juga boleh digunakan walaupun tiada kesan jangkitan.
“Steroid adalah ubat yang sangat baik tetapi ia mestilah digunakan mengikut arahan doktor. Malangnya kebanyakan ibu bapa di Malaysia mahukan ubat yang kuat supaya penyakit anak mereka sembuh. Mereka mahu anak mereka diberikan antibiotik untuk membunuh semua bakteria yang boleh merangsang ekzema tetapi kaedah ini tidak praktikal kerana kita sentiasa terdedah kepada bakteria.
“Cara yang lebih baik ialah mengawal dan menguruskan penyakit anak. Antaranya dengan mengetahui faktor yang boleh merangsang serangan seperti rasa gatal, tindakan menggaru, cuaca panas dan lembap, bakteria, alergen (bahan yang boleh menyebabkan alahan), penggunaan sabun atau bahan pencuci yang kuat (bagi individu dengan kulit sensitif), alahan makanan dan habuk rumah,” kata Dr Leong.
Kaedah rawatan konvensional masih berguna dan boleh diamalkan. Ini termasuk:

· Mandi setiap hari (sekerap yang dikehendaki jika tinggal di negara panas lembap). Jika pergi ke negara lain pada musim sejuk, hanya dibenarkan mandi sekejap sekali sehari. Serangan ekzema boleh menjadi lebih teruk pada musim sejuk kerana cuacanya yang kering dan penggunaan alat pemanas hawa yang menyebabkan kulit semakin kering.
· Menggunakan sabun yang lembut.
· Menyapukan losen pelembap selepas mandi (sangat penting).
· Menyapukan ubat steroid atau kombinasi steroid dan antibiotik.
· Memberikan suntikan sedatif antihistamin (hanya untuk kes yang teruk, biasanya pada bayi atau kanak-kanak kecil).
“Orang kita selalu percaya ekzema disebabkan alahan makanan. Ia mungkin ada kaitan tetapi makanan laut bukanlah puncanya. Ia boleh menjadi faktor perangsang kepada serangan ekzema. Justeru, buatlah pemerhatian, sama ada anak anda ada alahan pada makanan laut.
“Namun secara umumnya tidak perlu menyekat diet anak kerana dalam tempoh inilah mereka sangat memerlukan pemakanan seimbang untuk membesar. Berbincanglah dengan doktor sebelum anda mengehadkan pemakanan anak.
“Pengurusan masalah ekzema anak perlulah bersifat dinamik dan seimbang iaitu berubah mengikut keadaan, umur dan cuaca. Dalam soal ini, biarlah kita mengambil pendekatan yang lembut. Janganlah pilih kaedah untuk ‘menghapuskan’ semua bakteria kerana kesan jangka panjangnya mungkin lebih serius.
“Manusia sebenarnya boleh hidup dengan bakteria pada tahap tertentu. Memang kita mahu hidup dalam persekitaran yang bersih tetapi kita perlu ada had supaya ia tidak mendatang�kan masalah kepada anak,” kata Dr Leong.
Ibu bapa di Scandinavia yang mempunyai anak ekzema akan membawa bayi mereka menunggang kuda untuk mendedahkan anak kepada persekitaran ‘kotor’ dan ia didapati mampu mengurangkan sedikit masalah ekzema.
Akhir sekali, kita perlu membantu anak menghentikan kitaran garu-gatal-keradangan-jangkitan yang menyebabkan ekzema semakin teruk. Antara langkah yang boleh diambil ialah memastikan kuku sentiasa pendek, ubah kaedah daripada menggaru kepada menepuk-nepuk bahagian yang gatal, balut tangan anak dengan tuala lembap dan sejuk untuk mengurangkan rasa gatal, menyapukan ubat steroid mengikut arahan doktor dan sentiasa memberi sokongan kepada si kecil.

adriana and the stroller
kami belikan adriana stroller mase umur adriana 4 bulan..senang bile ada stroller nih, tak perlu la nak berdukung2, lagipun adriana lebih selesa duduk dalam stroller...sekarang nih dah ada kipas pula, lagi la selesa, pegi kenduri kawen pun adriana boleh tido lena even cuaca panas, mama takde la risau adriana rimas ke ape...nasib jugak la adriana sgt bergembira duduk dalam strollernye...
nih semua gambar pada 11 september 2011, mase hantar adik lelaki sy balik ke jakarta di LCCT..nanti uncle balik lagi ke malaysia nih adriana dah boleh berjalan, insyaAllah...
Tuesday, September 20, 2011
mulai saat entry ini di 'publish'
sy baru dapat tahu yg doodle di blog ini telah dicuri...cehh...doodle pun nk curi ke? buat dosa di hari raye jela...sy ingin buat pengumuman dan pengakuan secara bertulis bahawa sy, RABITAH HANIM a.k.a. tuan punye blog ini tidak mempunyai bakat melukis doodle..namun demikian, doodle2 di blog ini tempah khas dari pembuat doodle...sy tidak benarkan mane2 pihak mengambil tanpa izin doodle2 di blog ini, sebab sy keluarkan duit sendiri untuk mendapat doodle2 tersebut..jadi ianye adalah hak milik sy...jika nak sangat2 doodle yg di 'publish' di blog ini, sila bagitau sy ye...okeh...
*taip entry sambil adriana di atas pangku...

mood riang ria di rumah nenek adriana
kini bersiaran langsung di temerloh..hubby ada course di gambang resort, kuantan...sy dan adriana berkampung di rumah nenek adriana sehingga khamis nanti...
ohh...byk hal yg perlu disetelkan...nanti update lagi...

Thursday, September 8, 2011
bile semangat nak diet..
haihh...bile semangat nak diet, banyak la pulak dugaan dan cabarannye...cabaran paling utama ialah menemani suami makan...harus la makan sekali kan...haihh..macamne nih..pulak tuh biskut2 banyak pulak di rumah nih...duk depan tv mulut asyik mengunyah je, macamne nak diet nih...
kalau hubby sorang je makan, sy tengok je, kesian la pulak...terpakse la makan sekali, lastnye habis jugak la sepinggan nasi...kalau zaman anak dara dulu lain la, makan sendiri2, boleh pegi gym berjam2...skrg nih takkan la nak heret si kenit tuh ke gym...alahaii...macamne nak kurus nih...berat tak turun2...kena cari solution secepat mungkin nih, sebelum berat badan makin bertambah...
sebelum tido, letak tangan atas dahi, pikir macamne nak diet...

Monday, September 5, 2011
ezerra anti-eczema untuk adriana
setiap hari risau dengan keadaan adriana. nasib la sy jage adriana sendiri, kalau hantar pada org lain yg jage macamane la adriana, kesian adriana sebab eczema..ezcema nih adriana, gatal2 seluruh badan, kulit jadi kering..adriana tak boleh berpeluh, nanti dia akan lebih gatal dan menggaru, nanti kulit dia akan jadi lebih teruk...kesian anak mama nih...kadang2 nak tido pun sy terpakse bedung dia, supaya dia berhenti menggaru...nak buat macamne kan...
sy dah try sapu krim khas untuk eczema, beli kat HUKM, psorcare namenye...botol kecik je, RM40, adriana pakai tak sampai seminggu dah habis..pulak tuh jauh nak beli...haihh..siang tadi hubby pegi farmasi, try tanye pasal krim lain untuk eczema adriana...pharmacist tuh suggest ezerra..25gm RM27...murah la sket dari psorcare tuh...lagipun senang nak beli, kat farmasi raub je...harap2 serasi la dengan adriana...
kesian tengok adriana, kulit dia jadi kering sangat...dulu sebelum kena eczema lembut je kulit adriana, takde la nak menggaru...sekarang nih tak boleh biarkan dia duk sorang, nanti diam2 dia garu tangan dia sampai melecet, lagi sakit...
sy kena pastikan sekeliling adriana sentiasa bersih, tempat adriana baring mesti bersih, jgn biarkan adriana berada di tempat yg berhabuk...nampaknye tak dapat la belikan adriana mainan teddy bear, sebab benda tuh mesti lagi byk habuk kan...

Sunday, September 4, 2011
masa untuk ketupat, lemang, rendang dah tamat
hari nih dah 6 syawal, alhamdulillah kami sekeluarga dapat menikmati kemeriahan berhari raye biarpun hubby kelam kabut dgn kejenye...
bile raye tentulah ada bermacam2 jenis makanan terhidang depan mata, semuanye rezeki..sampaikan sy rase badan sy nih dah berat...nak kancing seluar pun mak aii...tak boleh jadi nih...harus tekadkan semangat, no more rendang2, biskut2, lemang2 lepas nih...harus diet! tak cukup harus je, MESTI dan WAJIB diet...raye nih sy rase sy kurang minum air kosong, asyik minum air manis je, mane2 pegi org hidang air manis...tak nak dah minum air manis..
malam nih tido dengan semangat baru..mulai esok mesti diet...sy puase penuh tahun nih, yeay! rase macam nak puase 6 pula...nak ajak hubby skali la nanti...

Friday, September 2, 2011
setiap hari kemas rumah..
itulah rutin kan..tiap2 hari kena kemas rumah..tak payah pun tahu, bangun je tido terus capai cawan, gelas, pinggan mangkuk, bantal, kain letak tempatnye semula...pastuh bile malam bersepah semula, esok pagi kemas semula...haihh...bile la nak selesai kemas rumah nih...angkat sini letak sana, angkat sana letak sini..
so tak perlu lagi bagitau buat ape hari nih...semuanye kembali seperti biase, bangun tido kemas rumah, basuh pinggan mangkuk cawan gelas, basuh kain baju, mandikan adriana, lipat kain...tuh semua rutin sy di rumah...yg tak masuk dalam rutin ialah update blog sebab sy akan update bile mase free a.k.a adriana tido lena...hihihi
**hubby call, ckp sedara mare nak dtg, harus kemas rumah lagi...haihhh...

raye: bila ada rumah sendiri...
sy dan adriana telah pulang ke raub pada petang raye kedua..sangat penat pegi beraye..alhamdulillah beratus juga la duit raye adriana..
semalam kawan2 hubby datang rumah...disebabkan penat beraye yg melampau rumah berkeadaan seperti kapal mahu karam, haihh...so sebelum diaorg sampai puas la sy mengemas rumah nih...nasib la adriana mahu tido, jadi sy punye byk mase dan ruang nak kemas rumah, nak isi kuih dalam balang, nak memasak...
sy masak biase2 je..bukan malas tapi tak reti nak masak, hahaha...makan jela ape yg ada ye...nasib la semuanye habis, sampai sy sendiri tak rase ape yg sy masak...sedap ke? ntah la...hubby laju je makan, mengalahkan tetamu pulak..
semalam pegi rumah mertua, dari 2 petang sampai malam, hubby keje..sy termakan udang, sebab dalam mee goreng yg dimasak di rumah mertua tuh ada udang...terus rase gatal2, sy allergik udang...makan ubat allergik mengantuk la pulak...adriana pulak tak nak tido, sy pula kepala dah ting tong makan ubat...bile hubby jemput malam tadi balik rumah, terus baring di hall...mata dah berat...rumah sendiri juga la best kan...
apepun tahun nih tahun pertama kami beraye di rumah sendiri...sgt seronok...hubby ckp nak buat open house, tapi ntah bile...mase tuh tentu double seronok kan...