Monday, December 28, 2009

sengal yg melampau.

bangun pagi nih, dh plan mcm2 dlm kepala. first thing pegi gym, balik dari gym bank in duit deposit for my official photographer. tp malang tidak berbau. huhu. mungkin kerana sy kepenatan workout di gym for 2 hours, sy telah tersilap pandang account number itu. sepatutnye 14 digit, tp sy hanye key in 13 digit. sengal kan. dah call customer service bank tersebut. dia ckp bank akan masuk semula duit tuh dlm akaun sy. paling cepat 3 hari lagi. sy terus call photographer itu. sbb sy telah maklumkan yg sy telah bank in duit kepadanye. explain ape yg berlaku. tak nak dia tertunggu2. sy menyesal sebenarnye. sy telah byk melakukan transaction
online, mcmne boleh salah kali nih. first time salah account. kalau tak careless tadi, dh setel dh semuanye.
sy book awal photographer sbb wedding sy nnt akan diadakan semasa cuti sekolah, so tak nak berebut photographer. sy nk sesuatu yg dapat memuaskn hati sy. sy dh survey, sy rase ini photographer yg terbaeekkk...once sy dh setelkn deposit itu, sy akan bagitau sape official photographer.
ingat nk amik lagi satu photographer, area temerloh nih. tp tgk budget dulu mcmne ye. lalalala~
**tak boleh mengadu kepada encik tunang, sebb dia tak tahu sy book photographer dari KL. surprise untuk dia.

memang A la..


sabtu lepas sy & encik tunang ke A'Famosa Water World, Melaka sbb ada reunion, seperti digembar-gemburkan entry sebelum ini. Reunion kawan2 mase diploma di UPM dulu. kami sgt close ketika itu. tp tak semua yg dapat hadir.

Najwa Munirah tidak hadir kerana bertunang,
Rozlina tidak hadir kerana di Labuan
& Norhafizah juga tidak hadir kena hal yg tak dapat dielakkan di KL.

**wahhh sungguh skema bahasa sy.


Kami dimaklumkan tentang plan untuk ke Water World itu 2 minggu sebelum. sy sgt teruja. of course sy ajak encik tunang. dh lame tak jumpe2 kawan2. yela, masing2 jauh kan.
Aidawati dari Penang,
Tumi dari Pasir Gudang, Johor.
Zahira & Fadilah kat KL.
Sy mesti la kat Temerloh.
Lepas nih plan nk reunion 5 tahun dari sekarang, dgn status yg berbeza, lalala~ paling cepat kami akan gathering mase wedding sy nnt, iaitu bulan 6, 2010.
Anyway Water World nih memang best, sy main tube slide dgn encik tunang sambil menjerit2. encik tunang diam je kat belakang, rupenye dia pejam mata. tak aci betol.
pasnih plan nak pegi Gambang Resort City plak, dengar citer tak kurang hebatnye. lalala~

Monday, December 21, 2009

almost 2 weeks.

almost 2 weeks sy tidak update ape2 di blog ini. sbb sy sgt bz. bz dgn ape? ntah. sy tak tau. mgkn tahun depan akan ada byk mase untuk update blog ini. hanye entry yg tak seberapa ingin sy tulihkan di sini. last friday sy telah kluar berjalan2 dgn encik tunang ke KL. kami pegi midvalley then alamanda. sgt gembira. tp semalam. last night. kami bergaduh. knp? ntah. masing2 mudah melenting agaknye. padahal 2 hari sebelum tuh kami sgt happy. dari pagi sy tak reply walau satu pun msg encik tunang. sy sgt stress kini. hati sy sakit sgt. mungkin ini yang dikatakan dugaan bertunang. kami bergaduh almost setiap minggu. sy penat. sy tak nak dh gaduh2. kadang2 rase nk diam je. sy tak nak ckp ape2 & sy tak nak dengar ape2. sy tak nak tau ape2. biar la. sy sgt sensitif kini. tiada mood untuk update ape entry ttg wedding. sorry.

Monday, December 14, 2009

reunion.

dah seminggu sy tidak m'update ape2 d blog nih. nih adalah kerana sy sgt busy mengurangkan berat badan kini. sehingga tiada mase untuk menjengah keadaan blog ini. sy keje sehingga 5 ptg. then on 5.30pm sy berada d gym sampai 7.30pm. by this time berat sy dah turun 2kg for a week. keje keras tau nak turunkan berat badan. pagi minum nestum je. tghri makan sket. mlm sy dh tak mkn. now badan dah rase ringan sket. 7 kg to go. lalala~
untuk title d atas, sy akan menghadiri reunion. wif kawan2 mase di UPM dulu at A'Famosa Water World on 26th december. sound great kan. sy suke.

Wednesday, December 9, 2009

dugaan bertunang.

panas. sy mmg sgt panas kini. mmg nak marah. marah pada encik tunang. sy tak puas hati. biar la. sy sanggaaattt sakit hati.
knp sy sakit hati sgt? encik tunang sibuk main PS. siang keje, bile malam nk la mengadu nasib, dia pulak sibuk la main PS. ape yg sy ckp buat tak dgr je. dia mmg mcm tuh. keadaan akan jd lebih kritikal bile cuti sekolah, sbb adik dia ada kat rumah, ada la teman nak main benda tuh. makanya sy pinggirkan. luahan hati ini tak endah kan lagi. sy terase. sgt terase. ape yg buat sy sedih + sakit hati bile dia hantar msg ckp "honey, kite ckp 2 hari sekali boleh tak?". apakah?
ape kes nak ckp dgn tunang pun ada jadual. sy bukan bercinta dgn laki org. sepatutnye takde langsung sistem poligami dlm hubungan nih. sy makin bengang. dia buat tak tau je dgn sy.
oleh sbb itu, sy nekad. nekad mogok. sy tak nak hntr msg ape2 pd dia. biar la. biasenye sy pegi keje,sy bagitau, tp pagi nih sy buat tak tau je. henset sy silent kini.
sy sakit hati.
gaji dh masuk nih, sy mula berpikir untuk bershopping untuk menenangkan jiwa yg tak tenang nih. ingin membeli sesuatu. sesuatu yg mahal. supaya hati sy puas. biar dia marah duit sy habis. biar dia marah sy membazir. biar la. sy peduli ape. dia yg tak nak pedulikan sy.

Sunday, December 6, 2009

work out.

6 months to go. sy kini mem'busy'kan diri sy dgn work out d sebuah gym d temerloh ini. the place is so good. instructor dia pun friendly, then i told him what is my mission. so dia ajar la. the important is kena balancekan ape yg kite makan n tenaga yg kite gunakan which is 'kalori'. i have to lost 10 kg. ye kawan-kawan sekalian, sepuluh kilogram!! wish me luck. semangat dh ada nih. lalala~

Saturday, December 5, 2009

simple

sy suke & sangatttt suke hantaran yg simple2 ini. sy pinjam gmbr2 ini dari bisikbisik design. hantaran yg simple nih senang nak deko, tak payah nk pening2 kepala. letak je brg2 tuh atas dulang. smart kan. lalala~












demam + selsema

keadaan ini buat sy takde mood nk buat ape2. sy rase sgt MALAS. tak nak buat ape2. tak nak pikir ape2. sy nk baring. nak tido. tekak sy rase sgt pahit. sgt3 tidak selesa.

Friday, December 4, 2009

semalam.

sy dan encik tunang telah ke kuantan atas 1 urusan. setelah urusan itu selesai. kami singgah ke east coast mall. untuk mengambil mood shopping. lalala~ sy telah mengeluarkan usul-usul tentang barang2 hantaran kami nnt. we start with handycam, encik tunang bersetuju handycam itu akan jadi one of our hantaran as handycam itu akan diguna pakai semasa honeymoon nnt.*gediksss. pastuh kami discuss tentang bilangan hantaran. untuk menjimatkan cost deko dulang hantaran, makanya kami bersetuju untuk mengurangkan bilangan hantaran tanpa mengurangkan barang2 yg telah sy list itu. maksudnye kami akan gabungkan barang2 itu.
list terbaru hantaran kami. lalala~
dari saya
1. sireh junjung
2. kemeja + khakis
3. kasut + belt + wallet
4. perfume
5. al-Quran
6. jam tangan
7. coklat / fruits
8. handycam
9. cupcakes
dari encik tunang
1. sireh junjung
2. kain pasang + tudung
3. handbag + heels
4. perfume + mekap
5. jam tangan
6. telekung
7. coklat / fruits

Tuesday, December 1, 2009

sakit kepala.

last night sy bertungkus lumus mencari sesuatu yg penting untuk dibace. habis satu bilik saya geledah, bukan sekali tp berkali2. sengal. benci. sampaikan sy tido dlm keadaan tidak tenang. memikirkan di manakah benda itu berada. lastnyer sy call one of my staff untuk minta copy dokumen itu. nasib baik la staff itu masih menyimpannye. pagi tadi sy ada meeting di luar. tengahri tadi dgn gigihnyer sy balik ke ofis untuk amik dokumen tersebut. ape yg sengal telah berlaku. bile sy duduk dimeja sy, sy nampak dokumen itu di meja sy. lagi bertambah sengal. rupenya ia ada di ofis. sy bermati-matian ingatkan benda tuh ada kat rumah. apela. pastuh sy surf internet jap, cari lagi maklumat, sbb ingatkn esok dh tak nak masuk ofis. nak buat claim kat rumah. then print n submit. tindakan sy stupidosss betol. sy telah tertinggal pendrive di PC. hadoi. malang yg bertimpa2. esok kena rush balik ofis lagi la nampaknye. claim tak dapat la nk siapkan kat rumah nih. sy sgt penat hari nih, sakit kepala. mahu tido.