Sunday, February 28, 2010

dia suke.

seriously sy tak berminat main benda alah ini. bukan benda ini je, sy mmg tak suke main game. ape2 game la. kat facebook ke, ape2 game la, sy tak minat. ntah. tak tau ape sebab. tp encik tunang sgt3 suke main game. dia boleh main game berjam2. ape yg best ttg game? lu pikir la sendiri. lalala~ semalam berjalan2 di ECM, encik tunang meluahkan rase hati mahukan benda alah ini. sy tersenyum dan berpikir. ting! sy ada idea. surprise. tak boleh expose kat sini. sebab encik tunang juga membace blog ini. lalala~

Saturday, February 27, 2010

terbaek dari ladang.

hari nih *saturday tak plan nk tgk movie. tengah2 sy muncung melipat kain baju, encik tunang ckp mahu menonton movie. sy ckp okay je, since sy pun boring melipat kain, hehehe..

sebenarnye kami baru je berdating hari khamis lepas, then selang sehari dating lagi. tempat yg ditujui adalah kuantan. mcm dekat je kan. encik tunang drive from raub to temerloh [pick me up], then straight to kuantan. jauh kan. tp kami hampir tiap2 minggu turun kuantan. juga ke kuala lumpur. ini adalah kerana temerloh ini tiada tempat untuk ditujui, tiada movie, tiada mall, sob sob sob..okeh stop!

kami tgk movie seperti di atas di east coast mall, kuantan. mahu tgk movie yg riang gembira. inilah pilihan kami. terbaekkk dari ladang. encik tunang ketawa terbahak2. kelakar. memang puas hati. so sesape yg belum tgk movie nih, sy cadangkan kamu menontonnye, gerenti puas hati. lalala~

memo clip holder

[sumber: mr. google]
bangun pagi nih tibe2 datang idea ini. ting! sy mahu memberikan door gifts yg boleh digunakan semua tetamu *tetamu dewasa, since kanak2 sy akan berikan lolly. makanya sy bercadang mahu memberikan ini kepada para tetamu. since benda ini boleh digunakan di ofis & di rumah. rasenye benda ini lebih sesuai kan. so sy telah membuat bajet. harap2 jumpe pembekal yg boleh berikan harga semampu sy. harap2 jumpe la. lalala~

Friday, February 26, 2010

for kids.

khas untuk kanak-kanak riang yg akan memeriahkan wedding sy nnt. ting! sy terpikir untuk belikan lolly seperti ini. perlu beli banyak. sangat banyak. disebabkan para remaja & dewasa juga sukekan lolly ini seperti sy. lalala~

aktiviti cuti maulidur rasul.

salam maulidur rasul dari sy dan selamat bercuti semua. lalala~ pengisian waktu di kala cuti ini. sy telah mendesignkan benda ini. thank you tag untuk wedding yg kurang dari seratus hari itu. =) masih tidak rase ape2 debaran, masih boleh bersuke ria. byk lagi perkara yang pending. pemalas sungguh bride ini. huh! yg ini sy buat design siap2 nnt senang kan. okay template design ini sy pinjam cari mr. google kite yang baik hati itu. terima kasih yg mr. goole kerana byk membantu sy. lalala~ inilah hasilnye. simple. dah cube byk jenis fonts, tp yg ini juge yg sy berkenan. ape pendapat kamu sekalian.

heart this thing.


sumber: mr. google

ketika melawat blog2 b2b, sy melihat ini. sy juge mahukannye. jika DIY susah ke? sy si tangan bangku. ingat nnt mahu hunt juge benda ini. heart giler2. lalala~

Thursday, February 25, 2010

exhausted!

sy sgt penat. baru balik dari sekolah. td ada sukan tahunan di sekolah. so hari nih chekgu2 & murid2 duduk di padang. sy rase muke sy dh hitam. *putih ke sebelum nih? hahahha. penat sebab sy menguruskan peserta yg nk berlari nih. hadoi. susah tau. budak2 nih panggil 2-3 kali tak dengar, kena panggil 5-6 kali baru la terhegeh2 dtg ke khemah penyelia peserta *sy la tuh. sekarang kan panas. pukul 9.30 pagi dh terik matahari. kesian budak2 yg berlari. tiga empat orang jugak la yg pengsan td.

encik tunang on his way ke rumah sy. cehhh..skrg nih tiap2 minggu mesti jumpe, kenapa ye..hehehe.. xpasti lagi ke mane tujuan hari ini. sy hanye mengikut, duk diam2 dlm kete. dh call encik tunang ckp sy penat dan minggu depan jumpe la, tp dia tetap mahu datang bersua muka dgn sy. lalala~

bile penat ditambah pula bendera merah yg berkibar, mula la emosi jd kurang stabil. harap2 hari ini tiada 'perang saudara' yg berlaku. amin.

=)

Wednesday, February 24, 2010

mood chekgu.


mood chekgu hari ini agak tidak stabil. akibat daripada bendera merah berkibar. huhu~ ditambah pulak dengan ketidakselesaan akibat kesakitan dlm perut semasa mengajar. aduhh..buat2 muka selambe je, demi untuk tidak memalukan diri sendiri depan budak2 nih. budak2 nih pun 1 hal. time kite mood tak stabil nih la, macam2 perangai dia buat, yg tak bawa buku teks la, yg tak bawa buku latihan la, yg takde pen la, yg xde pembaris la. aduhh...kamu semua buat chekgu ini makin sakit tau. but mood masih boleh dikawal. tidak terlalu emosi.

itu la kite *perempuan nih kan, bile tibenye waktu itu. sy akui mood sy akan jd sgt sensitif bile tibenye hari2 sebegini. mangsa utama adalah encik tunang. lalala~ ampun ye. kadang2 selalunya sy jd sgt sensitif bile encik tunang cube cubit2 manja perasaan sy, mula la emosi giler2, padahal xde apepun. hehe~ mcmne lepas kawen nnt ye..hahaha encik tunang harus banyak bersabar. hampir 6 tahun kami bercinta, sememangnye lame jugak la dia bersabar dengan kerenah sy setiap kali tibenye waktu itu.lalala~ lepas kawen nnt lagi kena byk sabar. sy pun kena kawal emosi nih kan.

=)

100 days until my big day..

waaaaaaaaaa....sgt seronok hari ini...melihat ticker itu. ia buat sy tersenyum. lalala~ =) lepas nih ianye akan ada 2 digit sahaja, then 1 digit...wahhh..suke suke suke...100 hari lagi, preparations still stuck. no progress until d end of march. hahaha...sy mempunyai tangan bangku, tak reti nk buat bunga tangan ke,bunga pahar ke seperti bride2b yg lain...sob sob sob..

Tuesday, February 23, 2010

alahai...budak2 nih..

entry tentang mood chekgu ini.

semalam, mark buku budak2 nih, biase la..mmg bertimbun2 atas meja tuh, 1 kelas ada 40 pelajar, kalau 5 kelas? tak ke mcm nk meroyan sy nih dibuatnye. so setiap hari sy akan spend dlm 2 hour untuk mark buku. penat wooo, nk mark buku bebudak nih. nak nak pulak sy mengajar sejarah. *subjek yg memboringkan + boleh jugak buat budak2 tuh tertido kalau tak kena cara mengajar.

bile bagi soklan struktur, mcm2 jawapan sy dapat. kalau bab esei tuh jgn cakap, rase nk muntah sebab pening bace ayat diaorang nih, sabar chekgu ye. itu semua sy tak kisah. boleh handle punye. biar buruk mane pun tulisan, biar tunggang langgang mcmne pun ayat korang, chekgu ini tetap tersenyum. =) sebab kamu buat jugak latihan yg sy bagi.

tp tibe2 chekgu ini rase nk marah bile ada pelajar yg tiru sign chekgu. pelajar itu tak hantar buku, tp mark buku sendiri then tiru sign chekgu yg sedaya upaya bersabar ini. makanya pagi td di kelas itu, meletus la gunung berapi ini. masuk je kelas terus cekak pinggang. mmg marah. marah sgt3.

tp prinsip sy, jgn sakitkn budak. sy tak sanggup. biar sy marah sampai nk kluar air mata sebab terlalu marah, xpe. tp sy tak kan pukul budak. sy syg kamu semua, *pelajar2 sy sebab tuh hari ini sy tiada mood. geram sgt. kenapa kamu sanggup tiru sign sy? tak paham betol budak2 sekarang. kantoi terang2.

budak2 zaman sekarang kan..buat chekgu cepat kena darah tinggi..sabar chekgu hanim ye..

=)

Monday, February 22, 2010

itu.ini.


sekarang nih musim sukan kat sekolah. makanye sy antara salah seorang chekgu yg buat2 sibuk di sekolah. lalala~ di sekolah itu, chekgu2 hanye dibenarkan balik selepas pukul 2 petang. even budak2 dh berlari ke pagar sekolah pukul 1.30 petang. then pukul 4 petang datang semula ke sekolah untuk aktiviti sukan.

byk la sukannya. merentas desa, sukan tara, prasukan & hari sukan. sy pun fening. muke dh makin hitam nih. dok berjemur kat padang. skrg nih panas terik. huhu~ letih jgn nk ckp la. bawa balik keje sekolah yg bertimbun, *bukan budak2 je ada keje sekolah tau. tp langsung tak sentuh. sengal kan.

sebulan lagi baru dapat gaji. hadoi..dapat 3 bulan gaji nnt, mmg sy jd meroyan la sekejap. hahaha..byk perkara tak setel lagi. paling penting. 1 barang hantaran pun tak beli lagi nih. sob. sob. sob.

si pengapit.

bridesmaid. lalala~ sy suke. bridesmaid for my big day is miss faznur ixora a.k.a uya. thanks babe. di bawah ini adalah comment yg sy copy dari fb sy. =) sila bace.


Faznur Ixora : tot...aku nak bg alamat ke tak?hahahha umah sejengkal je ni..hahah...

Rabitah Hanim : ha'ah kan..ko undangan khas..nnt aku hantar sendiri kad kat rumah ko ye..=)

Faznur Ixora : huhuhu ni yg aku suke niiii...huhuhuhu mekaceh2 :P

Rabitah Hanim : disebabkan ko undangan khas..ko wajib dtg babe. lalala~

Faznur Ixora : hahahh....ok babe...call me if u need hands...ya!!

Rabitah Hanim : sudikah anda jd bridesmaid sy?

Faznur Ixora : hahha aku ke?ishhh tak pernah beb....boley ke ek?hahha

Rabitah Hanim : boleh punye. baju di sponsor..lalala~

Faznur Ixora : hahha waa terharu i kui3....ok deal....huhuh...thanks 4 the offer

Rabitah Hanim : suke suke..dah dpt bridemaid. lalala~

Aliza Johan : haHAHa...tot bgus la ko offer die..die nk sgt jd bridemaid aku..tp enth bila2 aku nk kwen..kui kui

Rabitah Hanim : yeke..aku akan merealisasikan impiannya itu. kan uya.. =)

*tot = rabitah hanim. comel kan nickname sy.

Sunday, February 21, 2010

ketika itu.

ini adalah sy semasa berat 66kg. on my e-day. sgt gumukksss. now i'm 60kg. lalala~

new blog address


ini adalah kerana sy telah membuat kacau bilau di blog yg lame. layout berkecamuk. tak reti nk repair. so buat blog baru. hahahaha. padan muke. tp post2 yg lame masih dapat diselamatkan. new blog address ini membuang word 'tobe'. http://thechroniclesofabridetobe.blogspot.com.

busy.


sy agak busy dis week. tp encik tunang lagi busy. minggu nih tidak dapat bersua muka. sebab dia keje pagi dan petang *paramedic kan. alahai. nk bercakap di telefon juga dia tiada mood. sabar ye cik tunang. harus mengawal perasaan yang kadang2 hilang kawalan juga.

Saturday, February 20, 2010

diet rendah kalori. =)


Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori Minuman
minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice
*sy mengamalkan diet rendah kalori plus with workout at gym, 1 hour per day. so far ianye bagus & berkesan kepada sy. untuk kurus & nampak chantekk kan, kamu sy perlu workout more than ape yg kamu sy makan. that's the formula. lagi byk kamu sy makan, lagi byk usaha yg perlu dibuat untuk membakar kalori itu. list di atas sy pinjam dari encik google. lalala~ to all bride to be, pesan sy kalau boleh elakkan makan pil-pil diet untuk kurus. diet la secara sihat, okeh. ingatlah orang tersayang. hehehe

*encik tunang langsung tidak berdiet. geram betol. macam2 alasan dia. =(

update!

Barang hantaran untuk encik tunang
1. Sireh junjung
2. Handycam
3. Set perfume
4. Kemeja + khakis
5. Jam tangan
6. Kasut +wallet + belt
7. Cupcakes
8. Al-Quran
9. Fruits / coklat

Barang hantaran untuk cik tunang
1. Sireh junjung
2. Set perfume + mekap
3. Jam tangan
4. Kasut + handbag
5. Telekung
6. Kain pasang + tudung
7. Fruits / coklat

Sebelum nikah
1. Kursus kahwin DONE
2. HIV test - on march (school holidays)
3. Ambil borang - on march
4. Lengkap + hantar borang
5. Tok kadi


Majlis akad nikah
1. Tempah baju nikah - on march
2. Mak andam BOOKED
3. Katering BOOKED BY AYAH
4. Photographer BOOKED


Majlis bersanding
1. Baju bersanding BOOKED
2. Mak andam BOOKED
3. Set pelamin BOOKED
4. Set merenjis BOOKED
5. Kompang BOOKED BY AYAH
6. PA system BOOKED BY AYAH
7. Wedding cake - on march
8. Cupcakes - on march
9. Kanopi BOOKED BY AYAH
10. Catering BOOKED BY AYAH
11. Photographer BOOKED
12. Bunga telur + pahar
13. Bunga tangan BOOKED
14. Bunga manggar - on may
15. Rozet
16. Hiasan hantaran
17. Thank you tag DIY
18. Penanda arah
19. Door gifts - on march
20. Senarai jemputan in progress
21. Kad kahwin - on march
22. Banner / Bunting - on march
23. Cat bilik
24. Hiasan bilik pengantin BOOKED
25. Set katil - on may
26. Pakaian family - on march
27. Deco meja pengantin BOOKED

2 hours?

lame betol tak tukar template blog ini. okeh blogger2 semua. nih rupe sy yg terbaru. harap2 lepas nih hilang dh penyakit nk tukar template. aduh. penat tau. 2 hours sy spend hanye dgn mencari template untuk blog ini. sgt perlahan. hahaha..gelakkan diri sendiri. serius, dekat beratus template sy jumpe dan cube. tetapi tidak menepati citarasa. sengal. tuh la masalahnye bile jumpe byk sgt design. padan muke. okeh. kini mahu bersiap sebab jam telah menunjukkan hampir pukul 5 ptg. sy harus bergerak ke gym. lalala~

*semalam kat gym, sy jumpe paris hilton, hahaha...sbb dia kat gym pun pakai eyeshadow blue colour, matching dgn baju yg biru itu..apakah maksudnye? "hello..awk tuh dkt gym, berpeluh2 cycling, so tak perlu la eyeshadow bagai. takde sape yg perasan pun"..jahat. tp ckp kutuk dlm hati je. lalala~

Wednesday, February 17, 2010

my big day theme

hari nih ada mood sket nk post entry ttg preparation my big day. 3 month to go dear. hahaha..sy dh rase sgt risau kat sini. byk perkara xsettle lagi. dh decide a few things. lalala~ here we go..
nikah theme: cream colour (since mase tunang dh pakai white colour kan, so for nikah it will go for cream), then my family akan pakai peach colour. a little bit kontra. sengaje je. =)
sanding: pelamin akan berwarna putih as bride n groom akan pakai baju berwarna silver plus a little bit black colour. sengaje mahu highlight kan bride itu. then my family akan pakai silver colour.

bilik tidur: white theme
makan beradap: gold theme
so lepas nih, dh boleh plan nk beli barang kaler ape, nnt takde sy pening mahu memilih kaler ape. setakat hari ini sy rase mahu DIY barang2 hantaran itu nnt. tp mampukah sy? dengan keadaan 'tangan bangku' ini. huhu~
selamat pengantin baru buat my frenz, liza & hidayah.

**entry ini di post setelah pulang dari gym, balik2 terus on lappy. sekarang mahu mandi. hari ini sy masih bercuti. esok dh mula sekolah. huhu~

Monday, February 15, 2010

mahukan ini.









8 inch VAIO P (Crystal White)
VAIO P in Crystal White puts the emphasis on purity and inner radiance. It is compact and lightweight so you’ll want to take it everywhere. Yet it offers a wide 8-inch wide LCD screen for viewing of Web pages side by side, and isolation keyboard for comfortable operation on the go.

• Genuine Windows® 7 Home Premium (32-bit)
• 8" wide (UWXGA: 1600 x 768)
• 80 GB (Ultra ATA/100, 4200 rpm) Hard Disk Drive
• Weight:620 g (including the supplied battery)
• Instant Mode
• Bluetooth standard Ver. 2.1+EDR

*wink~ sy sgt suke. mesti beli. lalala~


Sunday, February 14, 2010

map.

pagi nih bangun awal. siap2 kemas katil tak tau nk buat ape. then sy capai kertas & pensel. makanya mula la membayangkan perjalanan ke rumah sy. from 2 side, kuala lumpur & kuantan. siap. lengkap dgn petrol pump, traffic light, sekolah2 sepanjang perjalanan itu. then. sy on lappy. tidak reti la pulak. terus blur. mcmne nk lukis map nih dalam excel or word? sgt tidak reti. sebenarnye tak penah pun lukis2 dlm laptop nih. hanye reti menaip shj. *pengakuan jujur. tp penah tgk blog farhana, dia lukis map gune excel. oh tidak. sy sgt2 tidak reti. mula berkira2. biar la. nnt mase nk tempah kad kawen sy bawa je map nih, suruh org itu lukis. tak pandai menggunakan teknologi melukis peta. lalala~
* telah 6 bulan kami bertunang. lalala~ another 3 months to go. =)

Saturday, February 6, 2010

kayuh pelan-pelan

setakat ini tiada entry tentang preparation wedding. sebab. sebab. sebab. belum dapat gaji. sob. sob. sehingga mac nnt. huaaaaa...sgt lame...nnt dapat gaji sy pulun semuanye..lalala~ sekarang hanye memikirkan kain baju nikah yg ada dalam almari sy itu. masih belum berjumpe mane2 tailor. juga masih belum mencari design baju nikah. inginkn baju nikah yg simple. entry sebelum ini ada menceritakan keadaan kain baju nikah itu. beli lame dh. sebelum bertunang. dh xnk citer. sebab rase makan hati bile teringatkn kisah itu. huhu~ bile berjalan ke blog, kawan2 bloggers yg lain, rase jeles pula. mereka dh buat mcm2. tp sy. masih mcm nih. bukan tak buat ape2. cume bile start mengajar nih, dh kurang sket pikir hal2 persiapan kawen nih. byk keje lain. tak mudah untuk jadi cikgu nih. cikgu bukan hanye mengajar, tp juga dh mcm kerani nih haa. tak boleh merungut hanim! tuh la sumber rezeki yg ada. bersyukur ada keje. org lain still lg menganggur. at least sy dapat buat persiapan kawen dgn duit sy sendiri. mcm bertunang hari tuh, semua persiapan menggunakan dana sy, kecuali catering (ayah yg support). rase puas hati sangat2. biarpun ia bukan majlis yg sangat sempurna, masih ada kurangnya, tp sy berpuas hati. sebab sy usahakan sendiri. kawen nih pun mcm tuh jugak. hanye hal catering di support oleh ayah sy. sy tidak mempunyai wedding planner. hanye sy. sy merancang mengikut kemampuan sy. so, semestinya ada kekurangan nnt. kayuh pelan-pelan.