Sunday, November 29, 2009

her wedding.








nih wedding sheila. kawan sy mase skolah menengah dulu. =)



jgn ukur!


melihat kepada teman2 yg akan berkawen thn ini or next year, busy bercerita ttg duit hantaran. Apakah? duit hantaran jd ukuran kebahagiaan? duit hantaran jd ukuran mewahnye majlis? duit hantaran jd kebanggaan untuk ditunjuk kepada kawan2 yg lain. entry ini bukan untuk mengata sesiapa. cume kepada sesiapa yg rase kepedasan, cepat2 la minum air byk2 ye.


sy akui duit hantaran kami tidak la mencecah berbelas2 ribu mahupun berpuluh2 ribu. hanye sekadar kemampuan encik tunang. kalau ikutkan hati sape xnak hantaran berpuluh2 ribu. kecik tapak tangan, stadium bukit jalil sy tadahkn. tp memikirkan dari duit hantaran menjadi pun perselisihan faham, makanya kami berbincang dari hati ke hati. itu kemampuan dia. sy terima. sebagaimana sy terima diri dia sebagai bakal suami sy. okay. stop. itu kisah sy.


yg sy nk bercerita nih ttg kawan2 yg berduit hantaran berpuluh ribu, last2nyer bercerai. opsss. ampunn. yg duit hantaran berbelas ribu, majlis tak tersusun. **yg sy pegi jela. tetamu makan nasi putih je, nasi minyak pun takde, door gifts telur sebijik jugak dapat, minum air sirap jugak. so ape yg nk bangganye dgn duit hantaran yg berbelas ribu itu. ntah la. kadang2 sy tak paham. bile sy ckp encik tunang hanye bagi sy sebanyak itu, mereka mula berkata2, "ko ada degree, tak kan la tuh je, mintak la byk sket. aku nih ada spm je, tp dia mampu bagi berbelas ribu". nih yg sy tak suke. knp nk ukur duit hantaran dgn kelulusan yg kite ada, maknanye org yg ada PhD hantaran dia mesti ratus ribu ke? makcik2 sy pun ckp mcmtuh. sengal. ntah la kan. memang la makan hati, tp sy diam je. kami ada reason knp encik tunang hanye bagi sebanyak itu, mak ayah sy pun setuju. diaorg tak kisah pun. asalkn tak membebankan. so, jgn makan hati jika org2 yg tak berhati perut itu komplen ttg hantaran kamu. pedulikan je. kalau susah sgt ckp je rahsia. lalala~

tak de niat pun nak sakitkan hati atau dengki kepada teman2 yg diberi duit hantaran sebanyak itu, rezeki masing2 kan. cume sy suke nk ingatkan diri sy dan teman2 sekalian duit hantaran bukanlah ukuran gahnye majlis atau bahagianye kite hidup bersame pasangan. tak perlu la nak berlagak bagusss if duit hantaran korang lebih banyak dari teman2 korang. kite tak tau ape akan jadi mase akan datang. **sy ckp pd diri sy juge. =)

Saturday, November 28, 2009

kira-kira.

by this time sy akan mengumumkan budget untuk my big day nnt. budget ini adalah tidak termasuk dana dari mak ayah sy ataupun encik tunang. ini adalah dana sy sendiri. lalala~
peruntukan dana tersebut adalah seperti dibawah:
1. barang2 hantaran = RM2000 (tak termasuk handycam itu)
2. door gifts = RM2000
3. baju sanding+pelamin = RM3000
4. photographer = RM2000
5. kad kawen = RM1000
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
yang selebihnya akan disumbangkan oleh pihak2 yg bertanggungjawab.
sekian, terima kasih.
***pehhh, byk nih..mane nk cari duit. RM10,000??. huhu~
terus rase nk tido. tak nak pikir dh. fening~
~~~

our first step.

kami telah berjaya mendapatkan sijil tersebut. kini sijil2 ini dalam simpanan sy. =)

on the way ke tempat kursus. lihat la perut encik tunang itu. lalala~


~~~


kerana seafood.


okay. ini adalah sy. sy sangattt alergik dgn seafood. ape2 jela kerang, sotong, udang, ketam dan yg sespesis dengannye. bkn baru semalam. bkn baru kelmarin. tp sejak sy kecik. sejak sy sekolah rendah rasenye. tak brape ingat. if sy makan or termakan benda2 yg mengandungi seafood rupe sy akan berubah jadi sebegini. huhu. mata sy akan merah dan bengkak akibat gatal dan muke sy akan jd tembam semacam. then, sy hanye boleh makan ayam, ikan dan daging sahaja. encik tunang alergik pada udang je. yg lain dia boleh pulak mkn. nk tau encik tunang alergik mcmne? bibir dia akan menjadi besar dan tebal. hahaha. tak baik gelakkan org kan. tunang sendiri takpe. lalala~

kisah mereka. lalala~

pg nih sy sgt boring. kerja dirumah nih semuanye dh siap. makanya sy mengisi masa sy yg terluang nih dgn meninjau ke blog2 bride-to-be. mcm2 kisah yg mereka ceritakan sy suke membacanye. ianye boleh menambah pengetahuan sy untuk persiapan my big day nnt. disebabkan ianya blog bakal pengantin, mestilah ada gembira & sedih. dh jd lumrahkan, kite takkan selalunye gembira, kadang2 kite kena rase pahitnye bercinta untuk menikmati manisnye cinta itu. lalala~
sy melihat di blog mereka ttg persiapan mereka. tersusun. harap2 preparation sy nnt pun mcm tuh la jugak. amin. sy masih mencari idea untuk majlis sy nnt. masih terlalu awal jika buat preparation sekarang. maybe on februari sy akan bergerak cergas untuk menyiapkan segalanye.*sy sgt malas kn. kini adalah proses menyimpan duit sebanyak mana yg boleh. =) anyway sy suke meninjau2 blog mereka. thanks to all kerana telah memberi inspirasi kepada sy.

Thursday, November 26, 2009

ini juge. lalala~
















sy sukekannye.











Last night.

Disebabkan mak ayah off to japan, last night sy telah mengajak adik sy si sepul untuk dinner di Mc Donalds. Rase mcm lame sgt xmkn mcD nih. Diet konon2nye. Oleh kerana jiwa nih meronta2 untuk merasa nikmatnye burger mcD sy gagahkan hati drive to Mentakab. Sedappnyee. Balik je rumah sy terus call encik tunang untuk menceritakn kisah sy dinner di mcD. *Mengada je sebenarnyer.
Kami berbual2, lame. Hampir 2 jam. Lame kan, lalala~. Mcm2 benda kami discuss, tp topik yg paling sy suke bile encik tunang mula buka cerita tentang barang hantanran. Sy nih mmg excited terlebih kalau bab kawen2 nih. Hihi.
Sy cadangkn kepada encik tunang untuk membeli rantai nikah nnt pada disember nih, since disember nih kan sales for krismas. So, boleh dapat discount. Lagi 1 faktor ialah, harga emas akan naik, so better la beli awal2 kan. Bukannye expired pun. Hihi.
Mcm cincin risik sy dibeli 2 bulan sebelum sy dirisik. Cincin tunang sy pula di beli 7 bulan sebelum kami bertunang. Huhu~ Makanya tak salahkan sy membeli rantai untuk nikah nnt lebih awal. Lalala~
Then, sy planning untuk membeli brg2 hantaran pada bulan februari tahun depan, as on February 2010 is Chinese New Year. So of course la ada sales lagi kan dan kami dapat bershopping dgn sangattt selesa. Asas barang2 hantaran kami nnt simple+bajet. Sbb tak nak berhabis pada barang hantaran semata2. Byk lagi yg kena spend untuk majlis nnt. Seperti di checklist sy itu.
~~~

Monday, November 23, 2009

my wedding dreams.

nih dh masuk part sy berangan2 la nih. after kursus kahwin last week, sy telah mendapat idea ttg majlis kawen sy nnt. lalala~ ustaz tuh ada ckp, nk bersanding boleh, tp biarlah dlm rumah, lebih baik. maka sy pun membuat keputusan untuk bersanding di dlm rumah je. yg penting majlis tuh nnt simple+sempurna. mmg susah nk puaskn hati semua org kn. sy akan buat mengikut kemampuan sy n encik tunang. yg paling penting kehidupan selepas kahwin kan. =) kena pikir tuh, tak boleh la berabis beria untuk majlis then hidup selepas kahwin tunggang langgang. sy dah buat budget untuk sy n encik tunang. if takde aral melintang, kami akan berkahwin bulan 6 tahun depan. itu planningnye. apepun family kami tak beri kata putus lagi. huhu~

we got it!!

kami telah menghadiri kursus pra perkahwinan last week. overall best. at least skrg kami dh semakin jelas ttg alam perkahwinan nnt. diterangkn dgn jelas proses nak kawen. lalala~ kami sgt gembira. esok encik tunang akan pos kan sijil dia kpd sy. dia bw balik raub dulu sijil tuh untuk ditunjukkan kepada mak abah beliau. then sy akan simpan tersebut bersame2 sijil sy. lalala~

Tuesday, November 17, 2009

cuti-cuti jepun.

mak ayah sy akan ke jepun esok. mlm nih akan gerak ke KLIA. mereka akan berada di sane hampir 2 minggu. selame itu la sy akan tinggal di rumah ini bersame si sepul. sedih +frust tak dapat ikut.sob.sob.sob.

Monday, November 16, 2009

serai d'lanjut beach & golf resort

nih antara gambar2 sy di rompin. sebenarnyer nak upload gmbr nih dlm FB tp lame sgt tunggu, jd sy upload la kat blog ini, untuk tontonan umum. ada byk lagi, later la sy upload dlm FB. lalala~ sgt best disini. =)

kami di pantai rompin. sebelum ke pantai nih dh mandi kolam. lalala~ swimming pool dia best.


muke sy dah letih.

staf2 PPD t'loh yg gigih berusaha menjayakan family day nih. kami sgt PINK!!


love this dress. lalala~




pose poyo di bilik. lalala~


first time main woodball nih. best jugak. ala-ala golf melayu.




cantekk kan swimming pool dia. disitulah sy berenang ala-ala dugong.
**pedulik hape kan.


kami yg masih single but sy je yg not available. lalala~

Friday, November 13, 2009

hilang?

ke mana hilangnye semangat sy yg berkobar2 nak berdiet nih. ♪♪pagi semalam makan mee sup. petang makan KFC. pagi tadi makan nasi dagang coz ada jamuan kat ofis. malam nih sy dinner plak dgn mak kat kedai, makan ikan siakap. pehhh..sengal la. hilang dh diet sy. sekejap je.

HANIM! HARUS DIET! INGAT! 8 BULAN JE LAGI. PEJAM CELIK PEJAM CELIK DH SAMPAI HARINYE. sy takut. harus jd yg terbaik on that day. =)
♫♫

Thursday, November 12, 2009

kami berbeza.

mmg kami berbeza. dia lelaki. sy perempuan. tp bukan perbezaan itu yg sy maksudkan. bkn fizikal. tp mental. lalala~ kami tak same. selera kami tak same. ape yg sy suke dia tak suke. ape yg dia suke sy pulak tak berkenan. bkn baru sekarang. bkn baru semalam. dari mula kenal lagi sy noticed perbezaan kami. his outfits, his communications, his taste mmg beza giler dgn sy. sy suke bercakap di telefon, tp dia suke sms sy. sy rase bermain di genting itu sesuatu yg seronok tp dia tak suke. sy suke 'membeli', dia tak suke. sy sukekan sesuatu yg romantik, tp dia bkn lah romantik orgnye. nak kena suruh baru la buat. huhu~ sy suke buat benda2 yg menguji ketakutan sy, mcm sy suke pegang binatang, sy suke mandi laut, snorkeling, tp semuanye dia tak suke. kami tak same. but 1 thing yg sy sure. i feel comfortable bile sy dgn dia. sgt selesa. maksud sy sangattt selesa. tuh yg buatkan sy boleh get along dgn dia sampai hari nih. even sy marah, mengamuk giler2, sakit hati yg terlampau but bile terpikir keselesaan bersame dgn dia, sy jd sejuk. serius. selesa maksud sy, sy jd diri sy, even cara kami berbeza, kami boleh serasi. =)

bile korang dh jumpe ur soulmate, korang akan rase dapat 'selesa' yg sy maksudkn. korang akan dapat rase dialah teman hidup korang. serius. first time bertentang mata dgn encik tunang 5 tahun dulu, hati sy ckp dialah orangnye. orang yg akan jadi teman hidup sy. lalala~


**dia=encik tunang

rakan alam sekitar. lalala~

semalam aku bz sket kat ofis. kena pack hadiah family day untuk this weekend. tgh2 aku membungkus hadiah tuh tibe2 ofismate panggil aku, "hanim, nak pegi tak gotong-royong esok?", aku jawab "betol2 kena gotong-royong ke?" sebab aku bace kat surat yg dia tunjuk tuh ada tulis perasmian program rakan alam sekitar. ofismate aku pun tak sure but aku bagi jugak name aku dgn pesanan,"nnt tanye encik ***, nak pakai baju ape esok ye". aku memang malas la nak membanting tulang nih. maklum la, badan dh berat. huhu~

setelah mendapat informasi yg tepat, pagi tadi aku n ofismate ku bergerak la ke tempat yg sepatutnye, di esplanade temerloh je. mule2 tak paham knp buat kat situ, rupenye kempen membersihkan sungai pahang.huhu~ ramai la org2 kat situ, budak2 sekolah, kakitangan awam. kami diberi baju kaler hijau tuh, tp aku malas nak salin2 nih, so baju hijau tuh simpan je dlm kete.lalala~

nih antara pose mengada bergotong royong. action je lebih. lalala~ yg berbaju hijau itu adalah budak2 sekolah yg gigih+excited mengutip sampah yg dibuang oleh org yg tak reti2 jage alam kite nih. chewahh..

jauh wehh kami jalan, muke aku berbintat kena gigi nyamuk. huhu~ pakai glove konon2nye.

ofismate aku yg berlakon bersame aku mengutip sampah. lalala~



lepas habis aktiviti gotong royong, kami balik semula kat esplanade tuh. tibe2 aku nampak gajah beb. serius excited. mase tuh tak ramai lagi yg tgk gajah nih. gajah nih dtg dari kuala gandah, lanchang. betina. bernama lokimala. takde anak lagi. **gajah tuh yg ckp pada aku,hihi..tuan gajah yg ckp. pic nih mase aku tgh bagi gajah tuh makan pisang. dia suke. aku pun suke. =)


we're besfren. lalala~




pose di tepi sungai pahang. bersame ofismate ku juge. byk berjasa air sungai pahang nih. jgn la cemarinye. chewahhh..semangat menjaga alam sekitar nih. =)

Monday, November 9, 2009

this weekend.


hujung minggu ini sy akan berada di lanjut resort, rompin untuk menyertai family day office sy. tempatnye sgt menarik *setelah melihat website*. nnt sy akan ceritakan ape yg menarik di sane. lalala~

Sunday, November 8, 2009

tahniah kawan2. =)

wahhh..hujung tahun nih meriah dgn jemputan kawan2 sy. gembira dpt kad jemputan mereka. sy akan cube untuk menghadirkan diri di majlis mereka nnt. insyaAllah. nnt majlis sy dtg ye. lalala~ kepada farhana, sheila & amei..tahniah.. =)

petang tadi sheila dtg rumah, hantar kad jemputan kawen dia..sheila nih kawan sy mase skolah menengah dulu, teman bersaing dlm exam.lalala~ lembut je orgnya..lame giler tak jumpe, tup tup jumpe dh nk kawen..bile dtg ke rumah sy mula la buka citer mcm2, dari satu bab ke satu bab, tak habis2..seronok bile dgr citer org nak kawen nih, terutamanya pasal preparation, sy la yg menyibuknye, tanye buat kad kat mane, amik pakej kawen kat mane, sape photographer..soalan2 yg wajib tanye..hehe tengok sheila relax je, badan makin slim, nk kawen kn, muke berseri2..sy masih tidak membuat sebarang preparation, ini disebabkan kami masih tidak mempunyai tarikh, cume plan nak buat cuti sekolah bulan 6 tahun depan..byk faktor perlu di consider kan..contohnya, bile tarikh kak ngah encik tunang akan pulang ke m'sia dari new zealand, tarikh sepul nk pegi ke ireland dan tarikh sedara mara boleh dtg ke majlis kami, biasenye cuti sekolah la yg senang bergerak kan..tp tuh la bukan senang nk tetap tarikh nih, kena pikir byk sudut, tak nak nnt ada pihak yg terase hati..lalala~

falling in love. lalala~




sy telah jatuh cinta dgn benda nih..aduhh..sy harus mendapatkannya. lalala~ dan harus belajar menggunakannya. sbb sy teruja dgn output from this thing.

wif encik tunang.

semalam sy telah ke raub untuk berjumpe encik tunang. sebenarnye sy nak pegi ke sane sebelum meeting d langkawi hari tuh, tp atas sebab2 emosi yg kurang stabil terpakse ditangguhkn, sob.sob.sob.apepun sgt seronok bertentang mata dgn encik tunang setelah 3 minggu tak berjumpe, poyo kan. peduli ape, nih blog sy, jike rase sy poyo sila bergerak ke blog2 yg lain,**emosi la pulak, lalala~

Friday, November 6, 2009

di suatu tempat. lalala~

*singgah di tempat fav sy. lalala~ sebelum pulang ke rumah.

*nak balik dah nih, kat jeti kuah, langkawi. byk aktiviti kat sane, tp tak sempat nak upload lagi. later la.



*kami singgah di dataran lang. sebelum tuh pegi idaman suri. nampak tak beg pastik biru yg sy pegang tuh? brg2 itu sy beli di idaman suri untuk ayah sy & abah encik tunang. lalala~ then kami pegi ke pekan kuah untuk mencari lebih byk brg. sy suke. =)


*nih la mesyuaratnye. lalala~




*kami duk di hotel grand continental langkawi nih. agak jauh untuk ke pukan kuah, huhu~ tapi takpe ada byk teksi depan hotel. =) sy suke.

* nih first pic kat jeti kuala perlis. pukul 8.00pg. tunggu feri pukul 8.30pg ke langkawi. muke sy berseri2 walaupun xmandi. lalala~ kami gerak dari PPD temerloh pukul 10 mlm. semua pegawai pun nak bus. tuh yg best. =) sy? teruja+seronok sgt. bkn pikir nk pegi meeting, pikir nak pegi shopping. lalala~