Wednesday, March 31, 2010

kesibukan + bunting/banner?

dah beberapa hari tidak post ape2 entry di sini. sy sgt sibuk. minggu nih tak pegi gym pun. cari rezeki kan, kena la sabar. 'saya yang menurut perintah'. tag tuh tak penah lupe. kena patuh kepada semua arahan, tak kire la dari pengetua ke, ketua bidang ke, chekgu senior ke, sape2 ke, tag 'yang menurut perintah' tuh tak penah lekang..huhuhu

sape ckp jadi chekgu nih senang? sape ckp keje chekgu nih mengajar je? sape ckp chekgu balik keje awal? sape? baekk bagitau sy. sbb semua itu tidak betol. sangat mencabar jadi chekgu ini, dengan keadaan pelajar2 kite yg makin kurang minat belajar. dah macam zaman hang tuah, pantang dicabar, sket2 gaduh, tiap2 minggu gaduh. zaman hang tuah dulu memang la asyik bersilat je, sebab diaorg tak pegi sekolah, ada keris je nk lawan lanun. pelajar kite yg duk zaman 2010 nih pun asyik nk bergaduh lagi. hadoi pening kepala chekgu. tuh baru sebut hal gaduh, kalau ckp hal ponteng lagi panjang, macam2 jenis ponteng ada. geram. tp chekgu maintain senyum, sabar. sabar. ape kamu nk jadi nnt? haih..stuntman agaknye..

chekgu kini bukan sekadar mengajar, dah macam keje kerani pun ada, semua nk segera, sampai tak cukup tangan nk buat keje..tp maintain sabar..balik keje kadang2 pukul 2, kadang pukul 3, pastuh petang kena lagi datang sekolah, training bola jaring. sabtu pun kena dtg juga, kelas tambahan sampai tengahari...buku rekod kena siapkan, buku kemajuan murid kena siapkan, buku kokurikulum murid kena siapkan, buku latihan murid kena tanda. haaa..tengok..byk tak keje chekgu? semua keje2 nih tak penah putus, takde akhirnya..tuh belum masuk cerita bila chekgu masuk kelas...hanginnn...sabar lagik..

haaa...panjang pula intro..sebenarnye nk tulis pasal bunting atau banner. perlu ke ada bunting atau banner ini di majlis perkahwinan? sy masih berpikir untuk buat bunting kahwin ataupun tidak..kalau buat, nk letak kat mane? berapa byk bunting nk buat? sy konfius..encik tunang ckp tak kisah..sy berpikir lagi, sekarang nih memang trend letak bunting ke kat majlis kahwin? kalau takde, ada orang kisah ke? ape fungsi bunting ini? untuk iklankan pengantin?..untuk ape sebenarnya..tolong berikan sy jawapan, sy buntu + keliru...

=)

Sunday, March 28, 2010

siri pertama shopping wedding preps!

entry2 sebelum nih hanye berkisar tentang hal-hal booking sahaja, semuanya sy dah siap book, insyaAllah. kini tiba lah masanye untuk entry shopping. this is my first time shopping brg2 kawen. *lagi 2 bulan majlis baru nk mula beli barang, ahaks.

kejadian berlaku semalam, start with membelikan encik tunang henset baru. ye! sy belikan encik tunang henset baru, nokia brand, jgn tanya brape harga. tak sanggup nk ckp, huh! okeh, setel. knp belikan henset? Ohh saje2 je. ahaks. since encik tunang dah lame tak tukar henset, dan sy mempunyai wang yg 'terlebih', makanya sy beli la henset baru untuk dia. beliau sgt suke. sy pilih henset itu tanpa kehadiran encik tunang, surprise! okeh. tuh je.

after 1 hour sy membeli henset itu, encik tunang tiba di rumah sy menjemput sy ke KL. kami gerak agak lewat, dalam pukul 2 petang. tapi dah plan nk setel kan hal kad kawen dulu. kami tempah kad kawen di kompleks pertama, jalan TAR. sgt penat. pusing2 dalam kompleks pertama, jumpa 1 kedai nih, memang sempoi je kedainya, tp harga dan produk yg ditawarkan amat menarik perhatian kami. bincang punye bincang di situ, kami setuju, tempah kad di situ. yg kelakarnya, encik tunang tertinggal peta ke rumah pengantin di rumahnya, sy pula tak reti lukis peta, draf dengan pensil je. after discussion, aunty kedai kad kawen itu suruh kami lukis peta, kami pun lukis la peta masing2. peta sy besar, sampai 2 kertas A4, hahaha..peta encik tunang 1 kertas A4 je tapi 2 kali lukis, sebab tak konfiden agaknya..hahaha part melukis peta di kedai tuh la paling kelakar, dia ejek lukisan peta sy, sy ejek la lukisan peta dia. dia ckp peta sy macam nak cari harta karun..hahahaha lukis peta sambil tergelak2, then setel. kami tempah 1500 untuk dua2 belah pihak. simple je kad kami. dalam 2 minggu siap la. hihihihi okeh. habis cerita kad kawen.

then cerita membeli kain untuk baju keluarga sy untuk malam nikah dan hari sanding nnt. sy beli kain pasang je untuk mereka. setiap sorang akan dapat 2 helai kain, iaitu warna peach dan dark purple. family sy tak besar, untuk mak ayah dan 2 orang adik sy. masih dalam bajet. so sy sponsor kain jela, hihihi nk memilih kain pun lame juga. sampai penat kami keluar masuk kedai. tp nasib baik warna tuh semua senang nak pilih. so, setel hal baju family. then terjumpe pula, telekung yg chantek. untuk hantaran nnt. warna putih, sulam2 warna silver. memang nk telekung yg simple je, tp harga boleh tahan, sebab kain telekung tuh jenis mahal sket agaknya. tak kisah la. so, setel dah beli telekung untuk hantaran. gambar sy tak amik, mahu bagi surprise untuk semua. nnt lepas majlis sy tunjuk semua barang2 hantaran sy ye.

setel hal di jalan TAR, kami gerak ke the mines. sy mencari sandle untuk ke sekolah. tp tak berjumpe. punya susah cari parking. ramai gila org. kami pening, then gerak ke alamanda pula. mase tuh jam dah pukul 9.30 malam, kedai2 pun macam dah nk tutup. proses mencari pun bermula. nasib baik jumpe, so sy beli sandle di vincci alamanda, yg nih takde kena mengena dengan wedding preps. ahaks.

then kami makan di village view,bangi. lapar, sebab dah penat berjalan kan..makan tuh pun dah lewat, pukul 10.30 malam. lepas makan, kami balik. sampai temerloh pukul 1 pagi. kesian encik tunang yang dah penat. risau dia nak balik raub sorang2 kan. so dia tido di rumah sy. haihh..mak sy ada di rumah tau..encik tunang tido di hall. hihihi..pagi nih dia dah balik raub.

so setel la, siri shopping wedding preps yg pertama. akan ada siri yg kedua okeh. hari jumaat nih. kami akan ke nilai 3 untuk membeli barang2 kawen juga. hihihih..

sy dah susun jadual tiap2 minggu, setiap minggu ada program persiapan kawen. ianya tidak terhad kepada proses membeli sahaja, termasuk juga proses menyelesaikan borang nikah, hal2 berkaitan rumah, dan hal2 lain. nnt sy update lagi ye..mahu agih2kan kain2 ini kepada ahli keluarga..lalala~

Friday, March 26, 2010

jurufoto di hari kejadian.

short entry. pasnih mahu siap2kan diri. rest. esok mahu bershopping bersama encik tunang. lalala~

semalam dah gaji. yeay! alhamdulillah ada la sket rezeki kawen kami. 3 bulan gaji wooo..masyukkk..hihihi sy dah setel beberapa perkara yang penting, semalam bayar lagi beberapa ratus ringgit malaysia kepada kedai pengantin itu, knp? mmg byr runcit2, ada duit sket byr la, nnt nk dekat majlis tak la berat sgt beban kan. another half sy akan byr hujung bulan lima nnt. okeh.

then balik sekolah tadi juga telah bank in deposit to my second photographer. ape second photographer? yes! sy mempunyai dua jurufoto upahan pada hari kejadian. gila tamak kan..hahahah ikut rase hati..okeh. first sy hire jurufoto dari KL, iaitu Serindit Photo, cover majlis nikah, sanding plus bertandang di raub nnt. sy amik full package with Serindit Photo.

kemudian, jurufoto yg kedua adalah dari temerloh ini, iaitu ROHStudio, sy hire for shoot plus burn je. 500 pieces. sy tahu pada hari tersebut memang akan ada jurufoto2 yg tidak perlu dibayar, iaitu sedara mara & kawan2 sy..sy suke ramai2 amik gambar kami..mungkin yg mereka shoot itu untuk simpanan mereka..jadi takpe la..shoot ramai2 ye..nnt tak tau nk pandang camera yg mane satu..hahahah

ohh ye..sy tiada videographer. itu je.

=)

another award. =)

alhamdulillah..
sy dapat award nih dari chekgu dila
terima kasih ye..
suke. =)

dah dapat award nih, kena bagi kepada 20 bloggers yg lain pula..
(tp ramai yg dah dapat kan, hihihi)

takpela, sy bagi juge..yg mane dah dapat kira double ye..ampunnn
5. Sha
11. Lynda
15. Fasha


adehh..sy hanya mampu memberikan kepada 15 org je..yg lain, ampun ye..kekangan masa untuk tag sorang2 di sini..

**baru jap tp encik tunang datang ke rumah sy, hihihi suke suke..esok akan bertemu lagi..untuk siri shopping wedding preps yang pertama..hahaha

Wednesday, March 24, 2010

jadual gaji kakitangan awam 2010


okeh! tadi gigih meng'google'kan diri, mencari jadual gaji. kepada semua kakitangan awam, jadual ini memudahkan kamu, kamu dan kamu termasuk sy plus encik tunang membuat perkiraan perbelanjaan, terutama kepada mereka yang bergantung kepada duit gaji untuk wedding preps, lalala~

Tuesday, March 23, 2010

sms itu.

petang semalam sy dapat sms dari encik tunang. sampai sekarang sy masih bace text itu berkali2. sy rase ianya sgt sweet.

"hubby request cuti setiap sabtu supaya senang kite leh beli brg..dpt hr ahad pun dah ok honeykn.."

yeay! sangat seronok. start this week, kami akan mula hunting barang2 untuk wedding preps. actually, encik tunang keje syif, *paramedic at hospital. susah juga nak dapat cuti on weekend. lainla mcm sy, weekend dah boleh bersenang lenang, hahaha

so lepas dapat sms itu, terus berangan. opsss. bukan berangan but planning. hihihi this week nak pegi jalan TAR, next week mahu ke Nilai, another week mahu ke mid valley. ahaks. sy dah siap susun atur jadual shopping. lalala~

sesungut!!

huh! the 'sesungut'! damn it! buat sy hilang konsentrasi semasa mengajar. dengan keadaan horman yg agaknya kurang stabil sy memang hilang konsentrasi. sakit pinggang lagi. betol! bila la penyakit nih nak hilang. serious memang sakit. sy penah dengar, 'sesungut' ini akan hilang selepas kawen, betol ke? penah jugak dengar akan hilang selepas bersalin, betol ke? jika benar bagai dikata, nak kawen, nak kawen, plzz encik tunang, kawen la dengan sy. *gediks. hahahah

sesungut = senggugut = period pain


Sunday, March 21, 2010

cuti sekolah dah habis.


chekgu yg lebih emosi bila cuti sekolah dah habis. aduhhh..cepatnya mase berlalu. rase tak hilang lagi penat nih. *habis nak brape lame cuti? banyak cantik!! hahahaha

tadi baru la buka beg sekolah. tengok, last day cuti baru nk buka beg sekolah (beg mengajar okeh!). selak2 buku + kertas dalam beg tuh, banyak rupenye keje yang tak berusik. so, petang tadi gigih la mark buku2 + kertas2 budak2 nih. hangin sekejap. lain yang suruh buat, lain yang diaorg buat. mengganggu emosi betol la. terus tutup buku, simpan pen. malam nnt la sambung. hehehe.

apepun esok dah mula sekolah. selamat kembali ke sekolah chekgu-chekgu sekalian ye. harus lebih gigih memanjat bangunan sekolah. hahahah

=)

beautiful blogger award.


yeay! sy dapat award ini. terima kasih kepada cik fieraz, sbb sudi bagi award nih pada sy, entry dated 20th march 2010. cehhh..perasan bagus je dapat award..hahahah biar la sy perasan sekejap, tak lame 10 minit je, cukup la. =)

dah dapat award nih ada syarat pulak..alamak! sy dihimpit kebingungan..hehehe

1. Thank & link the person that gave you the award. (done!)
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic. (gimme more time plzzz)
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award. (same as above)
4. State 7 things about yourself.

okeh, syarat ke-4

1. sangat sensitif, terutamanya dengan encik tunang
2. senang menangis, kalau encik tunang tegur ape sy buat, mula la berair mata
3. sangat suke + teruja bile encik tunang ajak sy keluar
4. suke berangan, simpan dalam hati, pastuh tulis dalam kertas, ape2 kertas je
5. suke buat kerja sendiri2, tidak suke masuk campur org lain
6. sangat malas pegi gym kini, dah seminggu skip, mcmne nk kurus nih
7. sangat boros bile shopping. tak suke! habis duit. hahahah

okeh, that's all about me, currently..lalala~

biskut kering + hati kering

entry yang tiada kena mengena dengan wedding preps.

huh! bangun lambat lagi hari nih. its normal when weekends. but dah seminggu bangun lambat, ahaks. school holidays. dah nk habis pun. ingat budak2 je malas nk pegi sekolah, chekgu ini pun malas juga. sedap kan duk goyang kaki kat rumah tp tiap2 bulan dapat gaji. banyak cantik!!

actually early morning tadi dah terjage, sebab ayah masuk bilik, cari kunci kereta sy, ayah nak pegi kebun. what? kereta tuh untuk bawa ke kebun? normal lagi. sebab kereta ayah sy sangat sensitif, tak boleh lasak2 nih, kononnye, padahal sengaje tak nk kotorkan kereta dia. sy tak kisah pun. bawa la nk pegi mane pun. then sy tido semula. sedar2 matahari dah tegak atas kepala. panas + rimas. terus bangun.

keluar dari bilik, mak takde, ayah takde, breakfast also takde. aduhh..malasnya nak buat breakfast. *jarang2 sangat2 nk buat breakfast sendiri. setahun 2 kali je kot. hahahaha. basuh muke. tengok tv. perut lapar. ulang alik ke dapur. berpikir ape nk buat nih? then sy capai benda itu. ape? balang biskut. hihihi bile buka, alhamdulillah rezeki pagi nih. biskut cream crackers yg sangat lazat. hahahah sy amik 4-5 keping biskut itu + air kosong. yeah! itu la breakfast pada pagi ini. dalam hati cakap "takpe, jap lagi mak balik, mesti mak masak tengahari, yeay!".

habis je makan biskut yang lazat itu. terpikir nk taip di blog. bukan untuk sape2. untuk kita2 je. lalala~

Saturday, March 20, 2010

tidak mahu kira lagi.

okeh! sy dah penat. penat berpikir sebenarnya. selagi mata nih tidak pejam, selagi itulah otak ini akan terus berpikir kan. perkara paling banyak sy pikir sekarang ialah tentang wedding yg hanye tinggal 2 bulan lebih je lagi. huh! sy ada diari wedding, sy akan tulis setiap macam perkara tentang wedding dalam diari itu. sekarang diari itu tidak terurus, penuh dengan conteng2an. sy sgt busy berpikir agaknya, tak sempat nk tulis cantik2. ape yang terlintas dalam kepala nih, sy akan tulis. diari itu juge penuh dengan calculation sy. kira punye kira, total amount itu telah mencecah berbelas ribu. ye, berbelas ribu. terus stop berpikir. sy dah tak nk berpikir lagi dah. okeh!

DIY thank you tag. tuh lagi satu hal. tak siap2 lagi. cuti sekolah dah nk habih nih. sy baru siapkan dalam 700 pieces. sy nk buat 2000 pieces. untuk sy & encik tunang. bosan dah main paper cutter tuh. tp alhamdulillah setakat ini, jari jemari masih tidak luka, hihihi

good news! next week GAJI! lalala~ penantian selama 3 bulan ini amat menyeksakan. akhirnya, hari itu akan tiba juge. dah mula berangan2 shopping habis2an. hihihi

=)

after 6 years, yeay!

today. hari ini. lihat tarikh itu. 20 mac 2010. genap 6 years we're been in love. cehhh..entry bunga2. yela, hati sedang berbunga2. we're been thru everthing. suke, marah, sedih, geram, sakit hati, bahagia. everything. its so much to describe here. after 6 years we're been thru everthing, yes, i do love u.

kronologi cinta kami..

kami berkenalan secara tidak sengaja, somewhere in 2004. deep inside my heart, sy sgt suke cara kami berkenalan, hehehe..ianya secara tidak sengaje..okeh! starts wif rumet sy yg sakit, serius dia mmg sakit, mase tuh sy study diploma in UPM. dia satu2nye rumet sy, one day dia sakit, demam + muntah2. bawa pegi klinik kesihatan di UPM, but dia masih sakit, masih muntah2. then one of my fren, named Fadilah, datang ke bilik sy untuk melihat keadaan rumet sy itu. of course la sy risau dgn keadaan dia. then fadilah told me that one of her fren study in medic college, that time sy ckp, "tanye la kawan ko tuh, ape penyakit rumet aku nih, mesti dia tau". si fadilah pun get her henset, but no credit. so sy bagi la henset sy untuk sms kawan fadilah itu. her fren replied, dia ckp mungkin kurang garam dalam badan bile dah kerap muntah, suruh minum air 100plus and so on. stop kat situ.

esoknye, rumet sy tuh still tak kebah lagi, badan still panas. since nombor mamat yg blaja medic tuh ada pada sy, sy pun sms mamat tuh, tanye pasal penyakit nih la. sy hantar, dia reply, sy hantar lagi, dia reply lagi. then baru dia tanye, nih kawan fadilah ke? hehehehe, mesti la sy cakap iye kan. pastuh bermula perkenalan kami, sampai rumet sy dah sihat pun kami masih bersms. hahahah..tengok, ianya secara tidak sengaje bukan..kami terus berkawan, dia baik, dia caring, sy suke. kami berjumpe dan bertentang mata setelah 2 bulan hanya berkawan melalui sms and call je. after that, terus declared. hahaha we fall in love for each other.

kami jatuh cinta pada 20.03.2004
sy di risik pada 26.01.2009
kami bertunang pada 1.8.2009

*gambar bertunang kami, yeay!

akan bernikah pada 5.6.2010 (76 days left) lalala~

its super gorgeous!


credits to daniel zain.

**muhammad ihsan & syaheedah (anak & menantu Datuk Seri Anwar Ibrahim)

kebaya indonesia

sgt suke design macam nih. kebaya indonesia. chantek. mahu jadikan ia baju nikah sy. yeay! sy dah ada design, nnt nk beli lace yg tidak cukup 2 meter lagi, then mahu tempah seperti baju di atas. lalala~

Friday, March 19, 2010

red carpet + veil yg labuh berjela2

bajet mcm artis je nak letak red carpet bagai. pedulik hape. wedding sy, sy punye suke la. hahahha (ketawa mcm raksaksa). terus berpikir kat mane nk bentangkan benda ini. panjang mane nk bentang? hadoi pening dh pikir nih. tapi tak kire, nk jugak ada red carpet! tak kire! boleh gitu? hihihi



inginkan veil seperti di atas untuk majlis nikah nnt. perasan artis lagi sekali. hahaha
tp serius, sy suke veil yg labuh2
suke suke suke

haaa...tengok..bukankah chantek gambar di atas..sgt labuh okeh!
sy suke sgt..suke sgt3..

bunga tangan

as a bride to be, chewaahhh..ayat perasan sendirik. bunga tangan nih penting. since, the bride will hold the bunga tangan all the times, right? yela, experience mase bertunang hari tuh, bunga nih tak lepas di tangan, sebenarnye nk tutup perut yg berlipat2 tuh. hahaha but serius here, it is one of important things for a bride. sy suke kan white flowers. looks sgt suci. lalala~ so based on the budget, sy ingat mahu tempah sendiri bunga tangan khas untuk sy. hihihi nak gubah sendiri tak reti, so terpaksa la pegi kedai bunga then suruh itu amoi gubahkan untuk sy.

Thursday, March 18, 2010

my big family

peach!
ini adalah theme colour for my big family on my majlis nikah


ini pula theme colour for big family on my majlis sanding

*sy pilih warna ini supaya kontra dgn pengantin. maaf ye makcik pakcik, kazen-kazen semua, sy tidak mampu sponsor baju kalian, hanya mampu cadangkan warna sahaja. bajet tak besar. hihihi ianya terpakai untuk family sebelah mak & family sebelah ayah sy
=)

*anyway baju untuk mak, ayah, angah & abang sy akan sponsor, hujung bulan nih nk beli kain. banyak kluar duit nih.
seorang = 4 meter x 2 baju
4 orang = 32 meter
semeter kain bajet dalam RM20, kalau 32 meter..korang kira la sendiri, hihihi
tuh baru kain je, belum tempah lagi.
wahhh..takpe la, pesan kat family, baju tuh pakai sampai raye, lalala~

Wednesday, March 17, 2010

borang nikah + HIV test

sy dah amik borang kebenaran nikah, ini adalah cheklistnya. kawan sy yg keje di pejabat agama itu dah siap2 tick apa yang mesti ada.

inilah borang itu. belum isi lagi. hihihi jap lagi sy akan isi. byk jugak prosedurnya, nk kena jumpe penghulu mukim amik sign, jumpe tok kadi amik sign juga. takott tok kadi tuh tanya sy mcm2, mula la menggelabah. hahahah
HIV test. NON-REACTIVE. yeay! sulit ye kawan2. nurse tuh simpan dalam envelope siap2. dia pesan jgn buka. 5 minit je buat test nih. tak sakit pun. nurse itu amik setitik darah je. bagi penderma darah tegar seperti sy, ianya perkara biase, chewahhh..berlagak ye. but serius, ingatkn dia nk amik byk darah, rupenye sket sgt. pastuh hanye sy sorang je yg buat test, makanya cepat la.

haa..siap seal lagi. takut sy buka la tuh. hihihi

* ini semua akan dihantar ke pejabat agama setelah lengkap diisi, bersama2 borang encik tunang. lalala~ nk kawen, nk kawen, nk kawen..gatal+miang. pedulik hape.

Tuesday, March 16, 2010

kanopi pengantin.

sebelum nih, dh lame dah dalam bulan 1, sy dah jumpe dgn vendor kanopi ini, dia salah seorang chekgu yg punyai bisnes kanopi. since sy dah tukar sekolah, sy pun tidak update ape2 pada dia, so semalam gatal tangan nk message chekgu itu. message pending. sy pun berpikir, salah nombor ke? sy try tanye kawan sy nombor chekgu itu, confirm, betol la nombor yg sy message itu. xpela, nnt dia reply kot *sy ckp dalam hati.

siang tadi, tibe-tibe
dia reply dgn '?' je.
sy pun pelik, salah orang ke, sy dh reply, 'ini ****** kan'.
dia reply 'ok, confirm.'
sy tanye 'kanopi kaler gold ye, ada brape seat untuk kanopi tuh?'
dia reply '16'
sy tanye lagi 'boleh buat untuk 20 seat tak?'
dia tak reply sehingga sy taip entry ini..

hangin tak? kalau tak boleh, cakap la tak boleh, sy bukan paksa, sy hanye bertanye. salah ke? so disebabkan sy geram, ditambah dengan geram kepada encik tunang, sy telah call another vendor. pakcik itu juga mempunyai bisnes kanopi & rupenya rumah dia dekat dengan rumah sy. mcmne sy boleh tak perasan? teruknye. hahahah dia ckp dia akan ke rumah sy untuk discuss. baekk sungguh pakcik itu, tidak perlu sy bersusah payah mencari rumah dia. haaa..macam tuh la nak cari customer kan.

balik dari gym tadi, ada kereta block pintu pagar rumah, sy ingatkan kawan mak sy, so sy park dulu kereta kat luar rumah, then terus masuk rumah. malas nk campur sebenarnya. sedang sy menikmati buah tembikai yg sejuk itu, mak sy masuk ke bilik, katanya orang itu mahu bincang tentang kanopi. hah! sy sgt terkejut. cepatnye pakcik tuh cari rumah sy. dengan muka tak malu, sy pun buat2 la ramah di depan. pakcik itu datang bersama bini dia, diaorang siap bawa 3 album gambar kanopi. cakap je nk design mcmne, semua ada. kanopi untuk sultan pun ada, chantek sungguh.

sy berpuashati dengan gambar2 itu, pakcik tuh baik, sy tanye boleh ke nk letak 20 seat, dia cakap takde masalah. sy pilih colour gold + cream. siap dengan hiasan bunga2 tuh semua, ada backdrop lagi. harga pun puas hati, kerusi2 pun chantek sebab reben dia besar, hehehe okeh. so sy deal dengan pakcik tuh. dia cakap tak perlu deposit. bayar mase pasang kanopi. lalala~

ape yg sy nk simpulkan kat sini ialah customer service. nih kalau call pun tak dapat, kite taip sms panjang2 dia reply pendek sgt, pastuh tak reply langsung, memang hampeh la. lebih baik cari vendor yang lain. betol tak? geram la. kalau tak nak buat bisnes cakap la, nasib baik awal lagi. kalau dah dekat majlis, mahunye kelam kabut sy cari vendor lain.


taip laju-laju.

dah 2 hari tak buka blog, hari nih buka2 tgk ticker tuh teruja pula. 80 days until our wedding day. lalalala~ pagi tadi pegi pejabat agama islam temerloh, meet my fren yg keje kat situ. ask for borang permohonan nikah, then she gave me 2 forms, which is 1 for the kebenaran nikah and other is for HIV test. she explained me everything. i told her that encik tunang org raub, so how the process?

1. encik tunang perlu ke pejabat agama islam raub
2. amik borang kebenaran nikah & HIV test
3. complete the forms
4. go for HIV test
5. submit to pejabat agama islam raub, the process took a week
6. hantar borang yg telah diproses itu kepada sy
7. then sy akan hantar ke pejabar agama islam temerloh, bersama2 dgn borang kebenaran nikah sy
8. yeay!

so, esok sy mahu pegi ke klinik kesihatan temerloh, mahu buat HIV test.

for info B2B, HIV test valid for 6 months.

taip laju-laju sebab nak pegi gym. lalala~

Sunday, March 14, 2010

date with my bro & entry hangin!


semalam sy telah ke kuantan bersama adik sy, si sepul nuar. dia mengajak sy tgk movie. Alice In Wonderland. so i drive to kuantan, actually bkn nk sgt tgk citer nih, tp disebabkan sy bosan duk di rumah. makanya sy setuju untuk pergi ke kuantan. on the highway, hujan lebat, nasib baik tak terbabas. fuh~

tak penah kluar berdua dgn sepul nuar nih, rase janggal pula, hahaha tp best juga sebab dpt popcorn yg besarrrr. citer nih? bg sy okay la, but kalau tgk 3D lagi best, rugi tak beli tiket 3D. dh print tiket baru mulut nih gatal nk tanye pasal 3D. hahaha padan muka. sy cadangkan kamu2 tgk la yg 3D, kalau kat east coast harga beza RM5 je! huh!

okeh. stop citer pasal tuh!

now citer pasal bride to be nih. hahahah ada ke org nk bace. biar la, nih blog sy, sy tulis ape yg sy suke! hahahah. People keep asking, buat sy bosan, why ur preparations still stuck? why no progress? Hello dear, this is my ANSWER!

1. sy tidak mempunyai byk duit seperti kamu. hahahah
2. sy tidak pula membuat loan yg repayment nye sampai anak 5 org seperti kamu. hahahah
3. sy membuat ikut cara sy, bukan cara kamu
4. sy tidak meminta tolong kamu memikirkan majlis sy, tidak sekalipun, hahaha~
5. sy tidak perlu kamu untuk jd pengkritik majlis sy. majlis sy bkn untuk ditanding2 kan dgn majlis org lain.

okeh!

2 months left, people keep asking annoying questions. nk muntah la dengar kamu soal byk2. yang penting, i'm do it my way. sy tidak berhutang dgn sape2. even my dad! so kena la tunggu gaji sy masuk, hasil titik peluh sy mendaki tangga sekolah tiap2 hari, then there is some progress. semiskin2 sy, sy dah book photographer, pakej pelamin, 3 tiers cake, canopy and some others. so what point nk blame sy? sy dah habis beribu2 ringgit malaysia yg sy tidak perlu maklumkan pada kamu. kamu buat hal kamu. jgn kacau sy! okeh!

sorry to others, entry ini berhangin sedikit. lalala~

tidak mahu lagi masam2 muka, sy mahu senyum, senyum dan terus senyum. esok sy mahu ke pejabat agama islam temerloh, mahu tanye tentang prosedur nikah kahwin *dah lupe ape yg ustaz tuh ckp mase kursus kawen, hihihi then nk amik borang kebenaran nikah, then mahu buat HIV test, kemudian ingin berjumpe si jantung hati. lalala~

to silent reader yg tetttttt, just read, don't think. i don't need ur opinion. hahahaha kejam kan..

today mahu sambung DIY thank you tag.

Wednesday, March 10, 2010

stuck!

less than 86 days and the preparations still stuck! sgt jeles okeh. B2B yg lain sentiasa ada progress. thank you tag juge dah 2 hari tak sentuh. disebabkan emosi yg kurang stabil. ada yang tegur sy buat thank you tag itu, mereka kata leceh, menyusahkan, balik2 orang buang juge. pedulik la, sy nk buat, sy punye suke la, sy tak minta sape2 tolong, kecuali encik tunang dan sy tak minta duit org lain, kecuali ayah sy. so ape nk kecoh sgt. huh! kan dah hangin. thank you tag itu sebagai menghargai mereka-mereka yg hadir di majlis sy nnt.

FYI, wedding sy nnt bukan mcm wedding artis2 ke ape ke, sy buat yg termampu sy, baju nikah pun takde la harga beribu, pelamin tidak la se-exclusive mane, cukup sekadar ianya lengkap sebagai sebuah majlis perkahwinan. sy juga tidak mengharapkan atau mendapat sebarang sponsor okeh. semuanye hasil titik peluh sy sendiri. so, ape2 kekurangan sy terima, sebab sy usahakan majlis ini sendiri.

minggu depan cuti sekolah, seminggu, yeay! ingat nk habiskn DIY tag terima kasih itu. lepas cuti sibuk dgn program di sekolah, then gaji. 3 months! sy dh siap buat bajet utk gaji itu. lalala~

Sunday, March 7, 2010

paper cutter.

entry sebelum ini ttg perasaan sy dilukekan oleh encik tunang. skrg semuanye dh kembali normal, setelah 3 hari sy membawa hati yg luke.chewahhh..encik tunang sakit mata, dh seminggu, kesian dia. but kami masih bertemu seperti biase. pagi tadi encik tunang keje syif pagi, balik keje pukul 2 petang, rest sekejap, then ke temerloh, ambil sy, terus gerak ke kuantan. kesian kan dia. dh penat keje, kena pula melayan kerenah sy. tp sy baik2 je hari nih tau.

sy membawa hasil DIY sy, untuk ditunjukkan kepada dia. dalam perjalanan ke kuantan, tangan sy masih tidak berenti menggunting kertas tag terima kasih itu. seronok pula menggunting sambil mendengar encik tunang menyanyi2 dalam kereta.

sampai di kuantan, encik tunang ckp, beli la paper cutter tuh. senang sikit katanye. kami ke mydin kuantan. kami berjumpe dgn benda ini. encik tunang yang belikan. wahhhh..sy sgt suke..tidak perlu lagi sy bersusah payah menggunting selepas ini. keje sy akan jadi lebih mudah dan cepat. terima kasih hubby, kerana memahami honey. love u much more.

=)

Friday, March 5, 2010

panas.

keadaan cuaca sekarang panas & kering. serius, bangun mandi pagi pun tak rase sejuk. hujan jarang sgt. sy je ke yang rase bahang panas nih? kamu? so, disebabkan keadaan cuaca yg panas ini, kite akan rase lemah kan, tak daya, mcm sy. to solve this problem, minum air banyak2. paling bagus untuk badan kite, air kosong.

kebelakangan ini, sy hanye mampu workout di gym 40 minit je. ntah la, rase tak mampu dh. peluh bukan main lagi banyak. sy cepat dahaga. minum air banyak2 ye. mlm pun panas kan, minum air kosong juge, sebab air kosong nih dapat sejuk kan badan kite. lalala~

tips untuk hari ini, minum la air kosong banyak2.

=)

Thursday, March 4, 2010

hurt.

perasaan ini dilukekan oleh encik tunang. tiada mood untuk ape2.

alahai..stress.

this week dah 3 kali skip gym. first sebab ke raub, second sebab penat keje and third juge sebab penat. alahai banyaknye alasan penat nih. tp betol sy mmg penat. tak cukup kaki tangan dh buat keje. this week ujian penilaian 1, so sy sibuk mark paper budak2 nih. dah siap dalam mase 2 hari untuk 3 kelas. hahaha mcm siput chekgu nih buat keje. then mark latihan budak2 nih, tak siap2 lagi, pening tau chekgu nih bace ayat kamu. nak nak pulak bile tgk ramai yg failed. penat chekgu mengajar, tp kalau kamu sendiri tak nak usaha, tak gune juge.

paling top lagi, this week juga la nk minit mesyuarat PJK. hadoi. tak siap lagi jugak. tibe2 sy menjadi setiausaha. tak mahu. tak mahu. byk keje. malam2 sy duk diam2 dalam bilik, sibuk menggunting thank you tag itu. okeh. penat.

tido 4-5 jam je sehari. duk kat bilik guru chekgu nih bukan main lagi menguap. aduh. tp serius, this week mmg penat. on saturday ada gotong-royong perdana di sekolah, harus membanting tulang empat kerat ini. byk komplen chekgu nih kan. but really. i'm exhausted. this week juge, sy bergaduh dgn encik tunang. membuatkan sy ber+ stress.

Wednesday, March 3, 2010

wedding cake + hantaran cupcakes

okeh. setel dah 1 part. cake 3 tiers telah ditempah & cupcakes untuk hantaran juge telah ditempah. suke suke suke. sy tempah dari kak aimi. sy penah tempah cake & cupcake mase bertunang hari tuh dari kak aimi. ianye sedap & chantek. untuk wedding juge, sy akan menggunakan product from kak aimi. lalala~ lega dah. tp ada part penting tak setel lagi. baju nikah. hahaha. masih belum tempah lagi. ini disebabkan sy kekurangan kain lace, harus beli lagi sebab yg ada ini tidak cukup. sempat ke? risau.

Tuesday, March 2, 2010

entry penat.

entry penat. sbb sgt penat. sy baru sampai rumah dari rumah encik tunang di raub. hari nih dah la banyak kelas, turun naik tangga chekgu nih, tp kurus tak jugak, hahaha. sepatutnye chekgu hanye boleh balik selepas pukul 2 petang di sekolah itu. tp sy cabut keluar sekolah pukul 1.30 petang. chekgu yg memonteng, ampun puan pengetua, sekali nih je. hehehe

sy terus ke raub. sbb encik tunang call mahu fitting baju hari ini juga. makcik siti itu suh datang. penat babe. dalam pukul 3 petang sampai raub. encik tunang pula ada urusan di bank. sy tak tau nk pegi mane. sebab mak dia takde kat rumah, segan la nk dok rumah dia sorang2. then sy lepak2 di marrybrown raub. duk atas buai itu, makan sorang2 sambil tunggu encik tunang. nasib ada wifi services plus with my N97, so tak la boring sgt. lalala~

makan punye makan, encik tunang pun sampai. terus ke kedai pengantin itu. dalam kete baru nk decide mahu pilih warna ape. kelam kabut giler. then sy tunjuk design seperti yg sy & encik tunang mahu. makcik siti kata okay. hope ianye okay la. sebelum nih sy ada post entry pasal songket bunga tabur. encik tunang la nk sgt pakai songket. akhirnye, tak jadi sebab songket itu tidak byk pilihan & kurang sesuai utk kami yg bersaiz XXL ini. makanya kami akan pakai lace.

warna purple utk majlis bertandang di raub pada 12 jun 2010. sy suke. encik tunang pun suke. lalala~

Monday, March 1, 2010

my first DIY. lalala~

 
mula2 sy mmg nk gunakan design thank you tag seperti di atas. tp setelah di print dan percubaan menggunting, ianya sangat susah okeh. sy tak sanggup.
then sy mencari design yg lain. yg kurang sket lengkok-lengkoknye. hehehe..
hasilnye seperti dibawah ini. lalala~
my simple thank you tag.

sy print atas A4 paper je. bajet kan.
ada 2 bahagian
sy paste atas kertas manila je. beli 90sen sekeping. bajet lagi. =)
proses menampal, then menggunting. sgt lenguh okeh. tp gigih.
taraaaa...ini lah hasilnye. actually ianye sekeping je tp sy nk tunjuk 2 bahagian. depan & belakang. nnt nk tebuk lubang then gantung kat door gifts.
so, mcmne? okeh ke?
*cik tunang harus lebih gigih.
=)