Thursday, April 29, 2010

36 hari lagi..

ini adalah rupe kotak supplement yg sy makan minum.

detail dibawah sy copy dari sini

L-Carnitine is a natural nutrient that can be synthesized in the human liver. It is also present in the foods we eat and has been shown to protect cells throughout the body against age-related degeneration. Most clinical research are focused on the brain, where improved mood, memory and cognition have been observed.

L-Carnitine facilitates the transmission of fatty acids into the cell’s mitochondria. Carnitine enables dietary fats to be converted into energy.

Research and studies have shown L-Carnitine to be effective in the following:

1.turning fats into energy
2.reducing fatigue

3.post-exercise recovery
4.cardiovascular health
5.effective weight management

Aspen serum De L-Carnitine is a special purpose food formulated for individuals who are carnitine-deficient, including vegetarians.

This natural nutrient is essential for fat metabolism and energy production.

Active Ingredients :
Each 10ml contains 500 mg of L-Carnitine

Descriptions :
A serum blended with highly palatable lime and lemon flavours

Indications :
A dietary supplement

Dosage :
Adults: 1 to 2 servings (10ml) daily in the morning before breakfast and or pre-aerobic activities
Children: Not recommended

Presentation :
Amber HDPE 500ml bottle

Storage :
Keep out of reach of children. Store below 25°C. Protect from direct sunlight, heat and moisture. Refrigerate once opened.


*sampai je gym petang td, sy terus beli serum nih, minum kat situ jugak, hanye 15ml sebelum workout. ingat, hanye sebelum workout ataupun kerja2 yg menggunakan byk tenaga. jgn minum sebelum tido okeh! lepas 15 minit, baru boleh mula workout. badan rase lebih bertenaga, memang byk giler berpeluh hari nih. sy masih mencuba, nanti jika berkesan baru sy bg testimoni ye..hihihi

Wednesday, April 28, 2010

37 hari lagi..

sy dah mula kembali ke gym, setelah sebulan membulatkan badan, kini sy kembali ke gym, sejak semalam. ini adalah disebabkan oleh semangat yg dibawa oleh baju nikah sy. dah fitting, ngam ngam. chantek. *asyik puji baju sendiri, ahaks. tp lebih chantek jika badan sy ini lebih slim, lebih nampak lekuk di pinggang, ahaks. *nak nampak ramping sebenarnye. i'm try my best!! mahu nampak yg terbaik semasa hari yg penuh bersejarah itu. *mentang2 la chekgu sejarah. penuh semangat patriotik pulak, hihihi

balik gym tadi naik scale. i'm 58kg!! can u see. sy tak nampak perbezaan yg ketara. sebab hari-hari tengok cermin, badan yg same je, cume, spare tyre dah makin berkurang, hihihi nanti sy buat transformasi gambar untuk mase tunang dan mase nikah. lain wooo..mase tunang berat 66kg!! ahaks..

td owner gym itu juga suggest sy amik supplement, sy dah tak ingat namenye ape. harganye RM90, minum 15 minutes before workout. only drink before workout! bagus, sbb ianye menukarkan lemak2 tepu dan degil dalam badan kepada tenaga. esok sy nak beli. yeay! harap2 ianye berhasil.

=)

Tuesday, April 27, 2010

hukum lelaki memakai emas putih & platinum

untuk membatalkan air sembahyang selepas nikah nanti, sy berkira-kira mahu menyarungkan cincin di jari si suami. mula berpikir nak beli emas putih, perak atau suasa. setelah meng'google'kan diri. sy jumpe artikel seperti dibawah. kepada bakal2 pengantin sila bace ye..

sy copy dari website JAIS untuk lebih jelas..

1.Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih seperti yang terdapat di pasaran sekarang?
2.Seseorang telah memberitahu saya bahawa emas putih tidak dikenakan zakat, jadi ianya dibenarkan bagi seseorang lelaki memakainya. Adakah ianya benar?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.


Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 darjah celcius.

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats."

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."

Jelas dari penjelasan ini, bahawa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

*so emas putih terus blacklist. platinum? mahal la rasenye, encik tunang bukan suke pakai cincin pun..haihhh..cari cincin perak je la..hihihi

Monday, April 26, 2010

39 hari lagi..

balik sekolah tadi, encik tunang telah menunggu sy di temerloh, terus pegi lunch, sebab kami ada appointment dengan kedai pengantin itu, mahu fitting baju sanding untuk encik tunang. kami sampai awal, lepas makan terus pegi kedai tuh. owner kedai itu tiada, hanye pekerja dia, sy dah biase deal dgn owner itu, so kami pun menunggu, sambil2 tuh sy memberikan gambaran pelamin kepada encik tunang. ahaks. dia ckp pelamin sy BESAR. hihihi memang besar pun..bride yg guna pelamin itu sebelum sy, buat majlis di dewan, memang menyerlah la, sebab BESAR. sy pula hanye di rumah, mula dah ragu2, muat ke tak nak letak pelamin BESAR gedabak tuh dalam rumah, ahaks. harap2 muat la ye..hall rumah nih besar jugak..hihihi insyaAllah muatnye..kenapa pelamin besar? kenapa tak buat pelamin di luar rumah? sy memang nak pelamin BESAR, dah bagi design kat owner kedai pengantin itu, owner tuh ckp ada bride nak sanding kat dewan juga mahu pelamin besar, so sy adalah org kedua yang menggunakan pelamin BESAR dari kedai pengantin itu. gediks nak besar2. baru puas mata menatap kan..hihihi even pelamin sy BESAR, kami tidak bersanding diluar rumah, sebab sy adalah sgt pemalu orgnye, nnt mula la tak boleh nak angkat kepala. kalau dalam rumah nih, privacy sket, takde la satu dunia melihat sgt bersanding secara live, cukupla mereka melihat melalui gambar, hihihi kalau nak tgk sy bersanding kena la masuk rumah. lalala~

encik tunang fitting baju melayu yg sy suke itu, muat2 je, alhamdulillah. lega. dia cube 1 set. nampak mcm pendekar bujang lapok pulak. ahaks. ampun ye bakal suamiku. hihihi muat2 je, baju pun boleh kancing lagi. mulanye sy risau kalau baju tak muat. sbb encik tunang agak besar orgnye. so setel hal baju encik tunang. baju beliau warna silver, bersampin dan bertengkolok hitam. seperti baju sanding sy, silver dan hitam. tak siap lagi, ahaks.

kemudian sy received call from tailor baju nikah, sebelum nih sy dah try baju nikah itu, tp agak ketat di dada, so tadi pegi fitting lagi sekali. sgt chantek. betol2 terletak di badan ku ini. tidak ketat lagi, tailor itu tersalah ukuran, dia amik ukuran tanpa ada ruang untuk dada sy bernafas, ahaks, patut la tak muat. hihihih harap2 berat badan tak naik, hahahaha encik tunang pun berpuas hati. baju nikah itu baru siap jahit je. so bile dah confirm fitting tadi, tailor itu akan jahit manik di baju sy. wahhhhh...berkelip2 la...sy akan amik baju nikah seminggu sebelum nikah, sebab jika berlaku peningkatan atau penurunan berat badan, baju itu masih boleh di alter. harap2 tidak berlaku sebarang peningkatan la. sgt fobia. berdiet dgn sgt gigih. yeay!

*semalam encik tunang dah book hotel di Melaka untuk honeymoon kami nnt. kenapa Melaka? mulanye nak honeymoon di tepian pantai konon2nye, tp encik tunang mahukan aktiviti berjalan2, bersukaria. jika ditepian pantai, aktiviti adalah terhad. pilihan kami sebelum ini adalah pantai cherating. kemudian setelah memikirkan pelbagai perkara, kami memilih melaka. masih ada seaview okeh, besides kami juga akan berjalan2 di bandar melaka,berdua-duaan. hihihihi ini hanye pre-honeymoon after majlis bertandang di rumah encik tunang. kami juga plan nak honeymoon di utara juga, since sy tidak penah ke utara. hihihi so pre-honeymoon di melaka tidak boleh terlalu boros okeh. harus berjimat untuk honeymoon di tempat2 lain. wahhh..byknye honeymoon..ahaks..

honeymoon : percutian suami & isteri, ahaks. *gediks.
=)

Sunday, April 25, 2010

40 hari lagi..

sy dah masuk fasa "berpantang" nih. tinggal 40 hari lagi. makin berdebar. tapi alhamdulillah, wedding preps sgt berjalan lancar..since sy dah buat preparations nih sejak 6 bulan yg lalu. serius. sy dah mula berpikir dan merancang perkahwinan ini sejak hujung tahun lepas lagi. sy buat sket2. sekarang sgt tidak menyangka tinggal 40 hari je lagi. aduhhhh...sgt cepat mase berlalu kan..

tapi dah confirmkan dgn ayah, pasal kenduri..kanopi tetamu, kompang dan p.a. system, ayah yg setelkan. so sy boleh menarik nafas lega sket. still pending ialah katil dan barang hantaran. yg lain2 almost done. syukur. alhamdulillah. sy harap tiada masalah sepanjang 2 hari majlis nikah & sanding sy nanti..

aturcara majlis persandingan pada 6.6.2010 nnt *nih idea sy je, belum keluarkan proposal kepada ayah, hihihi

pengantin akan mula berarak pada pukul 1 petang. sy perlu pastikan yang family encik tunang tiba di temerloh ini pukul 12 tengahari supaya tidak berlaku sebarang kelewatan, hihihi encik tunang juga perlu bersiap di rumah yg family sy sediakan. okeh. kenapa pukul 1 petang? sebab sy tak nak nanti tetamu tertunggu pengantin tak sampai2, hihihi

pengantin akan terus masuk ke rumah, dimulakan dengan bacaan doa *pelamin sy didalam rumah ye. pengantin akan bersanding dan berlaku proses renjis merenjis dan fotografi. kemudian pengantin akan makan beradap sekitar pukul 2 petang. makan slow2, dengan control ayu lagi, menjadikan proses makan mengambil masa 30-40 minit. kemudian, pengantin akan memotong kek, seterusnya bergambar dgn keluarga dan tetamu.

sesi fotografi outdoor pula, akan dimulakan sekitar jam 5 petang..

*hanya perancangan, yg real tak tau la macamne...

Saturday, April 24, 2010

sy. dia.

tentang kami, berdasarkan kajian Dato' Fadzillah Kamsah.


cik tunang lahir pada bulan januari.
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius *sometimes, hihihi
Suka mendidik dan dididik *ye, betol
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik *memang tuh kelemahan sy
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur *yup
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam *sometimes sgt3 sensitif
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang *kurang mesra pd mulanya, pastuh kepoh nk ma***s.
Agak pemalu *malu2 ayam
Daya tumpuan yang sangat tinggi *sgt fokus
Mudah mendisiplinkan diri sendiri *yup
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema *yup, terutama waktu pagi & tak boleh minum byk sgt ais
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya *pandai pamerkn kpd encik tunang je, hihihi
Cukup sayang pada kanak-kanak *boleh la, kalau diaorg tak buat perangai
Suka duduk di rumah *sgt3 suke
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi *sy sgt3 cemburu orgnya... =)


encik tunang lahir pada bulan februari
Berfikiran abstrak *???
Intelligent, bijak dan genius *tak boleh puji, nnt dia perasan, hihihi
Berpesonaliti yang mudah berubah  *memang, tibe2 je merajuk..
Mudah menawan orang lain *hatiku tertawan
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri *tipu
Jujur dan setia pada segalanya *hope so
Keras hati untuk mencapai matlamat
Tidak suka dikongkong *betol, dia tak suke ditanye byk soalan..rimas katanye
Mudah memberontak apabila dikongkong *betol
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sanga sensitif *sgt betolllll
Mudah mempamerkan marahnya *tepat!!!
Tidak suka benda yang remeh-temeh *double tepat!!
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
Pemerhatian yang tajam *dia cepat perasan akan sesuatu perkara/benda, sy kurang sket...hihihi
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran *dia selalu ckp "hubby tak reti nak romantik2 nih honey"
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros *yup, terutama tentang kereta. haihhh..
Belajar untuk mempamerkan emosi


*serasikah kami? sy tidak mahu memikirkan tentang itu semua. sy sentiasa mengingatkan diri sy, bahawa dia adalah pelengkap hidup sy dan sy adalah pelengkap hidup dia. kekurangan dalam diri kami, adalah kelebihan kepada hubungan kami.

=)

41 hari lagi..

entry 41 hari lagi..perasaan? sedikit menggelabah..hihihi

hari nih sabtu, ada sekolah ganti, untuk cuti hari raya nnt..nasib baik la sehari je..so next week boleh la sambung semula perancangan yg telah di susun atur chantekk-chantekk...

okeh. semalam received call from aunty yg buat baju nikah sy. dia call suruh dtg kedai hari nih, untuk fitting. lepas balik sekolah. gigih drive ke kedai itu. dalam kepala dah berpikir bukan2 dah..jgn la jadi yg bukan2, ahaks..sampai je kedai tuh, aunty itu tiada, yg ada staff dia. so pekerja dia suruh sy cube baju itu. my first impression, bila tengok baju itu..IANYA CHANTEKKK!!! then sy pun try baju itu. pakai kain dulu, ngam..sy suke..pakai baju pula..haihhh...tak boleh zip di belakang. tangan kan tak sampai, sy pun panggil pekerja itu, minta tolong zip kan..sgt ketat! di bahagian dada! i was wonder, adalah bahagian dada sy membesar? okeh! tak puas hati, suruh pekerja itu amik buku tempahan, tgk ukuran dada sy, then suruh pekerja itu amik tali pengukur..ianya tepat seperti ukuran dalam tempahan! okeh! dada sy tidak membesar langsung. tp kenapa baju itu sgt sempit di bahagian dada? haihhh..mungkin aunty itu silap, sy suruh buka semula jahit bahagian dada..hari isnin nnt sy akan datang fitting lagi sekali. okeh! tak dinafikan aunty itu jahit kemas dan baju sy kelihatan chantek di badan ku yg chubby ini..lengannye sy suke..

stop hal baju nikah. then sy pegi memborong puding mangga. hanya dapat membeli 800 puding mangga je. sebab dah habis stok. nnt sy akan datang kemudian untuk membeli puding mangga lagi. sy mahukan 1000 puding mangga untuk di masukkan ke dalam goodie bags.

then bila dah petang, sy pegi pula ke kedai pengantin, dah buat appointment semalam untuk berjumpa hari ini. kakak itu mahu ukur badan sy. sy dah tgk kain untuk dibuat baju sanding. sy suke. kakak itu ckp dia akan siapkan baju sanding dalam masa 2 minggu, then dia akan tunjukkan pada sy. yeay!

**semakin kuat semangat berdiet setelah fitting baju tadi...hihihi

Tuesday, April 20, 2010

45 hari lagi..


hari nih memang takde mood langsung. asyik nak marah je. terutama kepada encik tunang. memang marah. rupenya hari ini sy datang bulan. no wonder la, emosi di luar kawalan. maaf ye semua. *encik tunang + student2 ku..

sy dah mula buat countdown besar2an. tiap2 hari menghitung hari. belek2 schedule, sy terdiam. berpikir sekejap. hari nih 20 april, sy datang bulan. next month ia akan datang on 18 may, then next month lagi ia akan datang around 16 jun. oh TIDAK!!!

*sy membuat kiraan mengikut kitaran haid 28 hari, okeh.

kami akan berhoneymoon dari 14 -17 jun. apakah maknanye? berhoneymoon dengan bendera merah. tidak! tidak! tidak!

harus reschedule planning. MESTI! harus bersedia dengan segala kemungkinan.

**jauhnye bride-to-be nih berpikir kan..hihihi

Monday, April 19, 2010

46 hari lagi..

no wedding progress hari nih. thank you tag untuk encik tunang dah siap. tinggal thank you tag untuk sy je belum siap2 lagi. malas sungguh. haihh..

2 bad news. yang pertama, pagi tadi semasa perhimpunan sekolah, pengetua umumkan sabtu ini ada sekolah ganti, untuk ganti cuti hari raya nanti. sy terkedu. habis semua planning. so this weekend tidak dapat bershopping bersama encik tunang. then, yang kedua, petang tadi, aunty kad kawen itu call sy, ingatkan kad kawen kami dah siap rupenya hal lain yang berlaku. kami terlupa memilih doa untuk diletakkan di kad kawen itu. td staff melayu aunty itu bacakan sy semua doa2 itu. sy dengar dan sy pilih. on the spot, okeh. maknanye kad kawen tak siap printing lagi. kena tunggu lagi seminggu baru siap. sabarrrrrr.....

habis tentang bad news. now tentang good news. iaitu one of my besfren akan kawen, on this 2nd may. sebulan lebih awal dari sy. suddenly. sy sgt terkejut. surprised. sebab tak penah dengar dia bercinta. baru je kenal her bakal suami. lepas merisik 2 minggu, terus nikah. cepat kan. apepun sy doakan yang terbaik untuk dia. bercinta lepas kawen, how's sweet..

=)

Saturday, April 17, 2010

48 hari lagi..

sy dah mula tidak duduk diam, otak nih selagi tak tido, selagi tuh la berpikir, macam benda nk pikir. macamane dgn rupe baju nikah nanti? baju sanding macamane pulak, jadik ke seperti yg diidam-idamkan? siapa nk handle all this goodie bag on that day? siape nak tolong sy buat itu dan ini? siapa? siapa? macamane? haihhh...terlalu byk persoalan..

sehingga hari ini, sy menguruskan semua tentang majlis sy. sy sendiri. alone. yg merisaukan sy, pada hari majlis nanti, siapa nak amik kek pengantin? siapa nak siapkan bunga telur itu? sy hanya ada 2 tangan dan 2 kaki, tidak cukup untuk membuat semua itu sendirian. sy tidak tahu mahu turunkan kepada siapa tanggungjawab menguruskan majlis itu nnt. yg paling sy takut ialah, nnt sedang sy dimekapkan dan bersiap, semua org cari pengantin tanye itu dan ini. mula la sy kalut tak tentu pasal.

sy perlu memikirkan cara yg terbaik menguruskan semua ini, risau mereka (sedara mara, sepupu sepapat) hanya datang sebagai tetamu, bukan sebagai ahli keluarga yg membantu. itu yg paling sy risau. dah la, stop. tak nak pikir yg bukan2. nnt naik pimple pula. ahaks.. bakal pengantin kan harus kelihatan berseri-seri. lalala~

Thursday, April 15, 2010

50 hari lagi..

yehaaa...50 hari lagi. takutt. serius. otak dah mula membeku nih. macam perkara dah pikir. okeh. relax. tarik nafas dalam2, lepas..tarik lagi, hold, lepas..fuhhh...nak mula bercerita nih..topik? ape lagi kalau bukan wedding preps. hihihih

tinggal 50 hari lagi, so far preparations is on track. semuanya smooth. tiada sebarang halangan, kecuali duit je, hihihi most of major preps dah setel, tinggal lagi barang2 hantaran & katil je. yg lain2 dah nak siap. kad kawen minggu depan siap, baju pun minggu depan fitting. tak sabar mahu melihat baju nikah ku itu. hihihi..

barang hantaran akan dibeli dalam bulan depan, hantaran sy dan hantaran encik tunang. sengaje tak beli awal2 sebab duit telah dihabiskan dengan membayar segala jenis deposit, hehehe.. so lepas nih boleh fokus kepada barang hantaran sahaja. nnt sy buat checklist untuk barang2 hantaran kami. okeh.

Tuesday, April 13, 2010

next week.

dari pagi sampai petang td ada game netball. sgt penat okeh. habis je game dan hantar budak2 itu balik ke sekolah. sy terus ke pejabat agama temerloh. mahu submit borang permohonan nikah. dah siap since last week. tapi kekangan masa menyebabkan sy slalu tidak mempunyai ruang dan peluang ke pejabat agama. *sebab tiap2 petang training. haihh.. now dah habis game, lega sgt. boleh sambung semula aktiviti rutin sy. iaitu gym. dah lame tidak mengerahkan otot-otot badan nih bergerak cergas.

sy sampai pejabat agama dalam pukul 3.40 petang. lengang sangat, sy masuk. tulis nama. then terus ke kaunter. bagi borang. bagi duit RM5. tuh je. then kerani itu bagi sy resit. untuk ambil permohonan sy. iaitu next week. okeh la kann. ada lagi sebulan lebih, borang nikah sy dah setel. yeay! *tiada interview untuk bakal pengantin ye. sy dah confirmkn dengan kerani itu.

next week juga mahu amik kad kawen. mahu fitting baju nikah. dan juge gaji. yeay! semuanye next week..hahahaha...

Saturday, April 10, 2010

karikatur kami. lalala~

ini adalah karikatur kami. sudah siap. dilukis oleh mereka yg expert. lalala~ ianya terhasil dari gambar di bawah. cume sy ubah kepada tema kahwin. hasilnya, gambar kami bersanding. hihihi



mahu jadikan karikatur itu sebagai thank you tag untuk VIP. yeay!

alone.

as mention before, sy dah terima draft kad kawen. setelah repair a few things, sy decide mahu ke kedai itu semula, sbb susah kalau nk betolkn thru phone call je. encik tunang pula tidak dapat menemani sy, sbb harus menjemput his parents at KLIA from new zealand. okeh. sy maafkan. balik dari sekolah gigih la drive sorang2 ke kuala lumpur. sebelum tuh, a few students ask me, "chekgu, datang tak training petang nih?" pelik. seharusnya sy yg tanye mereka kan. haihhh..sy ckp "chekgu ada hal, on monday chekgu tengok kamu training ye". ape kes budak2 nih suka sy datang tgk diaorg training. okeh, sambung cerita..

sy sampai KL, then park kereta at wangsamaju, as sy tidak tahu jalan untuk ke jalan TAR, lagipun mesti sesak gila kan. so, amik train to masjid jamek, then to bandaraya. masuk dalam sogo, senyum sorang2. dah aim ape nk dibeli nnt. encik tunang takde, so tanpa kawalan sy bershopping. yeay!

sampai je kedai kad kawen itu, terus discuss dgn aunty itu. sekejap je. sbb sy dah ada draft, sy dah betolkan dengan pen merah, then aunty itu just betolkan ape yg sy mark je. harap2 takde major error on our kad kawen. okeh. printing only takes 10 days. so kad kawen akan siap less than 2 weeks. then boleh la diedarkan. yeay!

setelah selesai hal kad kawen, sy ke sogo semula, membeli sesuatu untuk diri sendiri. sgt suke! then sy ke KLCC, mahu tukar tali jam tangan swatch sy je sebenarnya. sempat juga usha2 jam di swatch itu. dah aim, nak beli untuk hantaran nnt. hihihi lepas misi semua tercapai, sambung shopping lagi. ke vincci and the body shop. haihhh..tuh la, bila takde bodyguard, pengeluaran duit selalu diluar kawalan. blame diri sendiri..


Thursday, April 8, 2010

draft kad kahwin.

sy dah terima draft kad kawen kami. lepas a few edit, sy akan confirm kan untuk printing nnt. yeay!

printing hanye amik mase 10 hari sahaja. so sempat la siap by the end of this month.

lalala~

Wednesday, April 7, 2010

borang nikah dah siap.

yeay! borang nikah dah siap. semuanye ayah sy yg tolong setelkan. ayah call pejabat penghulu mukim di sini, then the penghulu dtg berjumpe ayah sy. haihh..knp? sebab penghulu itu adalah bekas anak murid ayah sy and the penghulu yg rela pegi berjumpe ayah dgn membawa cop beliau. setel!

then tentang tok kadi juga dah setel. ayah juga yang setelkn. so dah complete semuanye. ingat esok nk submit ke pejabat agama. gila awal kan, lagi 2 bulan nk nikah nih..hihihi sgt excited.

Tuesday, April 6, 2010

tukar lagi.

haih..sy mempunyai sindrom menukar template blog berkali2. kali nih nk stop dah tukar template blog. penat memilih sebenarnye..hihihi

okay, td aunty kedai kad kawen tuh call sy, bagitau yg draf kad kawen kami dah siap, cume dia tak dapat emailkan hari nih, sebab internet problem katanya, but esok dia akan cuba lagi email pada sy. yeay! berita yg menggembirakan. after kami confirm the draft, dah boleh printing kad itu semua. it takes only 10 days, aunty itu cakap la..tak pela..2 bulan lagi kan..sy ingat mahu edarkan kad itu sebulan sebelum majlis, maksudnya awal bulan 5..okeh.

a little bit busy this week, byk keje yg pending. sy jadik bidan terjun. chekgu yg baru 'seminggu taugeh' akan menjadi pengurus pasukan bola jaring. hahaha apakah? dah takde orang lain ke? anggap ianya satu tanggungjawab dari mereka-mereka yg ingin melihat kebolehan sy. okeh! sy akan berikan yg terbaik. next week ada games. this week dah sibuk2 pasal pemilihan pelajar. tiap2 petang sy akan ke sekolah, sgt penat okeh. dah 2 minggu tak pegi gym. haihh..lepas settle netball game itu, harus bekerja keras di gym semula.

=)

Sunday, April 4, 2010

preps update!

photographers : booked
pelamin : booked
inai : booked
bunga tangan segar : booked
kad kahwin : in progress
kanopi pengantin : booked
baju family : done
kek pengantin : booked
baju nikah : in progress (1st fitting on 20th april)
tanda arah : in progress
bunga telur : done
door gifts : almost done
thank you tag : in progress (macam siput, sangat lambat, hehehe)

barang hantaran: on may

borang nikah : will submit soon. encik tunang punya dah siap, dah ada pd sy, cume sy punye je belum siap..hihihi

nampak macam sikit kan, actually sy merge kan item2 itu, contohnya dalam pelamin itu, ada macam2 perkara such as red carpet,  baju bersanding, etc. okeh.


baju nikah.

sy dah ada cukup lace, 4 meter lace and 4 meter kain plain untuk lining. so semalam lepas kelas tambahan di sekolah sy gigih la nk hantar kain untuk dibuat baju nikah. tp staff di kedai itu ckp, owner tak sampai lagi, pukul 2 petang nnt baru masuk. hampa. takpe. sabar.

balik semula ke rumah. rehat-rehat. pukul 2.30 petang sy gerak ke kedai itu semula. alhamdulillah. owner itu ada. after discuss, dia ckp kos jahit cuma RM180. wahh..suke suke..dibawah paras bajet. baju sy tidak perlu dijahit manik, kerana dah ada banyak manik di lace itu. tak nak baju berat2. kedai itu direcommended oleh chekgu2 di sekolah sy. harap2 semuanya seperti yang diharapkan..

design? sy buat kurung moden je. simple. nice. for majlis nikah. sebab sy akan pakai kebaya semasa bersanding &  kebaya labuh semasa bertandang. rase2nya okeh la kan pakai baju kurung moden for nikah. =)

on 20 april 2010 nnt, sy akan pegi fitting..lalala~


siri kedua shopping wedding preps. yeay!

kejadian berlaku hari jumaat baru nih (2 april 2010). tak sempat nk update. hari nih baru berkesempatan nk update blog ini. ampunn..

encik tunang menunaikan janjinya untuk membawa sy shopping barang2 kawen di Nilai 3. kami pegi agak lewat, since sy mengajar kan, so lewat sket. knp hari jumaat? encik tunang tidak dapat cuti pada hari sabtu atau ahad, so kami decide pegi juga la hari jumaat. even sy memang sgt3 penat. okeh. tp dapat shopping mcm segar semacam je. hehehe

sampai di Nilai, biase la, aktiviti pertama ialah survey barang dan harga. ianya berlaku sgt pantas. kami hanya masuk 3 atau 4 kedai sahaja then bile jumpe yg berkenan dan harga dalam bajet terus je beli. *maaf tiada gambar shopping, nk cepat punya pasal, camera tertinggal, padahal dah niat nk bawa camera untuk update dalam blog, haih..

sy beli untuk 1000 orang tetamu, on my own cost. okeh..

sy dapat beli paper bag 1000 pcs, kotak mengkuang 1000 pcs, bunga telur 100 pcs..sy bajet dalam RM1500 untuk semua itu, tp it's only cost me RM1220..wahhh..sgt gembira..kereta encik tunang penuh dgn kotak2, nasih baik seat belakang tuh memang kosong, kalau ada penumpang memang tak muat la..hehehe

**sy akan sediakan 1200 door gifts untuk guest. 200 lagi adalah untuk kanak2 riang. and ini semua adalah atas kos sy sendiri. dari paper bag, ke thank you tag, sehinggalah ke isi perut paper bag itu semuanya dari sy sendiri khas untuk tetamu. tiada sponsor, okeh. harap para tetamu berpuas hati. sy akui ini sahaja kemampuan sy. =) its so hard to handle all this door gifts, sy harus adjust bajet sebaik yg mungkin.

after setel beli barang itu, kami pegi pula mencari lace untuk baju nikah sy. actually lace baju nikah dah beli sebelum bertunang dan dijadikan hantaran mase bertunang. tapi ketika itu, sy tidak mempunyai design untuk baju nikah, sekarang bila dah ada design, lace pula tidak cukup lagi 2 meter. so kami gigih la masuk ke kedai2 kain pengantin di Nilai itu, ingat2 lupa beli kain tuh di kedai yang mana satu. haihh..

dah penat keluar masuk kedai, tp tak jumpe juga yang same macam lace sy, nk cari warna yang hampir same pun tak jumpe juge, sy dah nk putus asa sebenarnya. ingat nk beli je 4 meter lace yg lain. kami masuk kedai kain pengantin yg terakhir. OMG! sebijik sama macam lace sy. sangat gembira. actually lace sy dah bermanik, so sangat susah nk cari jenis yg dah siap bermanik mcm tuh. bila dah jumpe, terus berlaku proses tawar menawar. encik tunang agak terer tawar menawar nih berbanding sy, hehehe.

okey, siri kedua shopping wedding preps dah tamat. siri ketiga akan menyusul kemudian. lalala~


Friday, April 2, 2010

honeymoon?

huh! lagi 2 bulan nk kawen, sy dan encik tunang dah memikirkan soal honeymoon. since kami akan honeymoon straight away after majlis bertandang, kami plan mahu berbulan madu dekat2 je..encik tunang mahu honeymoon di pantai. destinasi yg bakal di pilih ialah , di Cherating, Pahang. Lebih dekat, tidak perlu meletihkan badan drive jauh2.

encik tunang ckp, kalau pilih cherating, kami boleh  berjalan2 ke terengganu juge, sbb dah dekat..wahhh..hihihi..sy suke..sy plan mahu book hotel or resort awal2, sbb kami akan honeymoon on school holidays, takut full pula nnt..

telah survey di internet ini, ada 2 pilihan iaitu Impiana Cherating Resort dan The Legend Resort Cherating. sy masih berpikir. kedua2nya nampak menarik. sy dan family penah stay di the legend resort. tempatnya memang chantekk. teringin pula berbulan madu di situ. ahaks..