Wednesday, April 7, 2010

borang nikah dah siap.

yeay! borang nikah dah siap. semuanye ayah sy yg tolong setelkan. ayah call pejabat penghulu mukim di sini, then the penghulu dtg berjumpe ayah sy. haihh..knp? sebab penghulu itu adalah bekas anak murid ayah sy and the penghulu yg rela pegi berjumpe ayah dgn membawa cop beliau. setel!

then tentang tok kadi juga dah setel. ayah juga yang setelkn. so dah complete semuanye. ingat esok nk submit ke pejabat agama. gila awal kan, lagi 2 bulan nk nikah nih..hihihi sgt excited.

Tuesday, April 6, 2010

tukar lagi.

haih..sy mempunyai sindrom menukar template blog berkali2. kali nih nk stop dah tukar template blog. penat memilih sebenarnye..hihihi

okay, td aunty kedai kad kawen tuh call sy, bagitau yg draf kad kawen kami dah siap, cume dia tak dapat emailkan hari nih, sebab internet problem katanya, but esok dia akan cuba lagi email pada sy. yeay! berita yg menggembirakan. after kami confirm the draft, dah boleh printing kad itu semua. it takes only 10 days, aunty itu cakap la..tak pela..2 bulan lagi kan..sy ingat mahu edarkan kad itu sebulan sebelum majlis, maksudnya awal bulan 5..okeh.

a little bit busy this week, byk keje yg pending. sy jadik bidan terjun. chekgu yg baru 'seminggu taugeh' akan menjadi pengurus pasukan bola jaring. hahaha apakah? dah takde orang lain ke? anggap ianya satu tanggungjawab dari mereka-mereka yg ingin melihat kebolehan sy. okeh! sy akan berikan yg terbaik. next week ada games. this week dah sibuk2 pasal pemilihan pelajar. tiap2 petang sy akan ke sekolah, sgt penat okeh. dah 2 minggu tak pegi gym. haihh..lepas settle netball game itu, harus bekerja keras di gym semula.

=)

Sunday, April 4, 2010

preps update!

photographers : booked
pelamin : booked
inai : booked
bunga tangan segar : booked
kad kahwin : in progress
kanopi pengantin : booked
baju family : done
kek pengantin : booked
baju nikah : in progress (1st fitting on 20th april)
tanda arah : in progress
bunga telur : done
door gifts : almost done
thank you tag : in progress (macam siput, sangat lambat, hehehe)

barang hantaran: on may

borang nikah : will submit soon. encik tunang punya dah siap, dah ada pd sy, cume sy punye je belum siap..hihihi

nampak macam sikit kan, actually sy merge kan item2 itu, contohnya dalam pelamin itu, ada macam2 perkara such as red carpet,  baju bersanding, etc. okeh.


baju nikah.

sy dah ada cukup lace, 4 meter lace and 4 meter kain plain untuk lining. so semalam lepas kelas tambahan di sekolah sy gigih la nk hantar kain untuk dibuat baju nikah. tp staff di kedai itu ckp, owner tak sampai lagi, pukul 2 petang nnt baru masuk. hampa. takpe. sabar.

balik semula ke rumah. rehat-rehat. pukul 2.30 petang sy gerak ke kedai itu semula. alhamdulillah. owner itu ada. after discuss, dia ckp kos jahit cuma RM180. wahh..suke suke..dibawah paras bajet. baju sy tidak perlu dijahit manik, kerana dah ada banyak manik di lace itu. tak nak baju berat2. kedai itu direcommended oleh chekgu2 di sekolah sy. harap2 semuanya seperti yang diharapkan..

design? sy buat kurung moden je. simple. nice. for majlis nikah. sebab sy akan pakai kebaya semasa bersanding &  kebaya labuh semasa bertandang. rase2nya okeh la kan pakai baju kurung moden for nikah. =)

on 20 april 2010 nnt, sy akan pegi fitting..lalala~


siri kedua shopping wedding preps. yeay!

kejadian berlaku hari jumaat baru nih (2 april 2010). tak sempat nk update. hari nih baru berkesempatan nk update blog ini. ampunn..

encik tunang menunaikan janjinya untuk membawa sy shopping barang2 kawen di Nilai 3. kami pegi agak lewat, since sy mengajar kan, so lewat sket. knp hari jumaat? encik tunang tidak dapat cuti pada hari sabtu atau ahad, so kami decide pegi juga la hari jumaat. even sy memang sgt3 penat. okeh. tp dapat shopping mcm segar semacam je. hehehe

sampai di Nilai, biase la, aktiviti pertama ialah survey barang dan harga. ianya berlaku sgt pantas. kami hanya masuk 3 atau 4 kedai sahaja then bile jumpe yg berkenan dan harga dalam bajet terus je beli. *maaf tiada gambar shopping, nk cepat punya pasal, camera tertinggal, padahal dah niat nk bawa camera untuk update dalam blog, haih..

sy beli untuk 1000 orang tetamu, on my own cost. okeh..

sy dapat beli paper bag 1000 pcs, kotak mengkuang 1000 pcs, bunga telur 100 pcs..sy bajet dalam RM1500 untuk semua itu, tp it's only cost me RM1220..wahhh..sgt gembira..kereta encik tunang penuh dgn kotak2, nasih baik seat belakang tuh memang kosong, kalau ada penumpang memang tak muat la..hehehe

**sy akan sediakan 1200 door gifts untuk guest. 200 lagi adalah untuk kanak2 riang. and ini semua adalah atas kos sy sendiri. dari paper bag, ke thank you tag, sehinggalah ke isi perut paper bag itu semuanya dari sy sendiri khas untuk tetamu. tiada sponsor, okeh. harap para tetamu berpuas hati. sy akui ini sahaja kemampuan sy. =) its so hard to handle all this door gifts, sy harus adjust bajet sebaik yg mungkin.

after setel beli barang itu, kami pegi pula mencari lace untuk baju nikah sy. actually lace baju nikah dah beli sebelum bertunang dan dijadikan hantaran mase bertunang. tapi ketika itu, sy tidak mempunyai design untuk baju nikah, sekarang bila dah ada design, lace pula tidak cukup lagi 2 meter. so kami gigih la masuk ke kedai2 kain pengantin di Nilai itu, ingat2 lupa beli kain tuh di kedai yang mana satu. haihh..

dah penat keluar masuk kedai, tp tak jumpe juga yang same macam lace sy, nk cari warna yang hampir same pun tak jumpe juge, sy dah nk putus asa sebenarnya. ingat nk beli je 4 meter lace yg lain. kami masuk kedai kain pengantin yg terakhir. OMG! sebijik sama macam lace sy. sangat gembira. actually lace sy dah bermanik, so sangat susah nk cari jenis yg dah siap bermanik mcm tuh. bila dah jumpe, terus berlaku proses tawar menawar. encik tunang agak terer tawar menawar nih berbanding sy, hehehe.

okey, siri kedua shopping wedding preps dah tamat. siri ketiga akan menyusul kemudian. lalala~


Friday, April 2, 2010

honeymoon?

huh! lagi 2 bulan nk kawen, sy dan encik tunang dah memikirkan soal honeymoon. since kami akan honeymoon straight away after majlis bertandang, kami plan mahu berbulan madu dekat2 je..encik tunang mahu honeymoon di pantai. destinasi yg bakal di pilih ialah , di Cherating, Pahang. Lebih dekat, tidak perlu meletihkan badan drive jauh2.

encik tunang ckp, kalau pilih cherating, kami boleh  berjalan2 ke terengganu juge, sbb dah dekat..wahhh..hihihi..sy suke..sy plan mahu book hotel or resort awal2, sbb kami akan honeymoon on school holidays, takut full pula nnt..

telah survey di internet ini, ada 2 pilihan iaitu Impiana Cherating Resort dan The Legend Resort Cherating. sy masih berpikir. kedua2nya nampak menarik. sy dan family penah stay di the legend resort. tempatnya memang chantekk. teringin pula berbulan madu di situ. ahaks..