Wednesday, December 1, 2010

boroi setelah kahwin

pagi lagi sy dah berjalan2 ke blog2 ibu hamil...tertarik dengan artikel dibawah...sy pinjam artikel ini dari sini...


Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumahtangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk ‘makan di rumah?.
Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.
Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain ‘boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.
Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ‘slim? dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula ‘jemu? atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.
Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin ‘bulat’? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. “AIR ZAT” isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Tuesday, November 30, 2010

70 kg...

agak terbatas aktiviti sebelum dan semasa preggy nih...almaklum la mase preggy nih penyakit malas makin menjadi2...sebelum preggy ataupun sebelum kawen, sy sgt gigih pegi ke gym, 2-3 jam duk berkayuh kat gym..lepas je kawen, terus stop...ada aktiviti lain yang menjadi tumpuan...melayan suami...hihihi

serius, badan makin naik...mase nikah kawen berat sy 56 kg...pastuh mase first time check up di klinik, dalam 2 bulan selepas kawen, berat sy 59 kg...then naik ke 62.5 kg..last month check up 66 kg...timbang di rumah nih tadi telah menjadi 70 kg...apakah???

baju kurung memang tak boleh pakai dah, kalau pakai pun dah tak boleh kancing kain...seluar zaman2 anak dara langsung tak boleh pakai..semua kena beli baru dengan saiz yang baru...

now dalam usaha mengawal berat badan, tak mahu naik byk sgt, memang la sy mengandung...tp macam melampau sgt berat badan sy naik...memandang sy akan pegi check up lagi khamis ini (lusa) tiap2 hari pegi berjalan di taman temerloh nih...dalam 4 round sy balik la...nak pegi gym, tak boleh la kan, hanya senaman dengan cara berjalan je digalakkan untuk ibu mengandung...malam sy tak makan nasi, cube kawal pemakanan macam sebelum kawen, tp kesian jugak kat baby nih kan...so sy minum byk air dan makan buah...pagi dan tengahri sy makan nasi...baby ini perlukan byk zat kan...sebab sy tak minum susu sepanjang 6 bulan preggy nih...harap2 baby ini sihat...

Thursday, November 25, 2010

planning...

tak boleh merungut okeh. sbb setiap hari mesti kite ada plan, dalam kepala sy ada macam2 perkara yang dirancang..haihhh..*mula nak merungut..

perkara besar yang melibatkan otak sy berselirat memikirkan hal2 mase depan sy ialah mase nak bertunang dan mase nak kawen hari tuh..giler, tiap2 hari dok pikir hal nak bertunang, nak kumpul duit mcmne, nak majlis mcmne...macam2 hal...setel bertunang, masuk plak hal nak kawen, lagi la pening...sebab semuanye sy nak uruskan sendiri...hari nikah and sanding itu hanya 2 hari tp planning untuk majlis itu berbulan2...alhamdulillah semuanye berjalan lancar...

kini sy planning pula untuk masuk rumah...kami akan duduk serumah, hanye kami berdua tahun depan..insyaAllah...lokasi pilihan, bandar raub ini..kenapa raub? sebab hubby keje di raub...harus mengikut suami kan..kami akan tinggal di quarters hospital raub, dalam kawasan hospital...boleh la kan untuk permulaan hidup ini..

so sy mula buat plan untuk masuk rumah...harus ada plan, nak beli barang2 dalam rumah...paling penting, petia ais, mesin basuh, dapur, katil & tv..semua itu penting untuk keperluan rumah kan..haihhh...

ada lagi 1 plan dalam kepala sy ini, mahu bershopping barang baby..sy masih belum beli barang2 baby...akan mula bershopping on january 2011, then on february sy akan shopping pula barang keperluan sy semasa pantang sebab sy dijangka akan melahirkan baby ini march 2011..

esok akan pulang ke temerloh, hubby ada kursus di hospital temerloh hari sabtu ini...sy akan stay di temerloh until check up khamis minggu depan...hubby akan pulang ke raub after kursus...sedihhh...tido tanpa berteman...cehhh...

Friday, November 19, 2010

22 weeks preggy...lalala~

sy semakin cergas. semakin selesa dgn badan yang semakin gemuk ini...sangat selesa, cume risau badan makin naik, last check up naik 4 kg, next check up lagi 2 weeks...tak sabar nak tunggu 30 disember ini sbb sy ada appointment untuk scan gender baby ini...lalala~ 

lame tak online, tak de mood..laptop simpan bawah katil...nih sebab tadi dah tido, then tak tau nak buat ape, so sy online sekejap...sekarang nih mood asian games..asyik mengadap tv je...paling suke tgk badminton...hihihi sorang2 tgk pun takpe...tp kalau ada hubby, tibe2 mulut sy jd byk ckp pulak....

last pegi kuantan, stay 2 malam di kuantan...hubby temankn sy exam PTD, kesian hubby, tunggu dalam kereta lame2...habis je paper sy mesti pegi tgk hubby, then masuk semula ke dewan exam...dari pagi sampai petang...kesian hubby...hubby penat, tp sy lagi penat, sakit betol pinggang nih...sejak akhir2 nih sy cepat sakit pinggang kalau duduk lame2, kena slalu baring, luruskan badan barulah selesa...lepas exam tuh singgah rumah makcik hubby di kuantan, then terus ke hotel...sampai hotel sy sgt penat..sgt letih okeh...hubby ajak makan pun tak nak...sakit betol pinggang nih...hubby belikan makanan, makan di bilik je...lepas setel makan hubby urutkan belakang badan sy, barulah lega sket, lena sampai pagi sy tido lepas tuh....

esoknya kami berjalan2 di kuantan, sbb sebelum exam sy dah ckp dgn hubby taknah berjalan, mahu rest, lepas exam baru berjalan ye...so untuk tidak menghampakan hubby, esoknya kami pegi bercinta berdua-duaan...then after check up kami ke hyatt kuantan, kak de and family stay di situ, so kami pun join la mandi laut n kolam di hyatt itu..family kak long pun ada...lepas setel semua...tgk movie di east cost mall with anak2 kak long...citer megamind...movie itu? okay la...untuk layan budak2 itu kan...

ada amik gambar, tp segan nak upload...serius sy sgt gemuks....hihihihi

okeh...nanti update lagi...

Friday, November 12, 2010

pepagi..

bangun awal hari nih..terus on laptop, mahu simpan sebenarnye, sbb nak jalan jauh kan tp update kejap la...hubby masih lagi berdengkur di bilik, biar la dia tido lame sket, nnt dia jugak yg nak drive ke kuantan..raub ke kuantan, jauh...pastuh kami akan pegi ke cherating pula...
sy bangun awal, mahu packing barang2, simpan laptop, kemas bilik...haihhh...macam byk je perkara nk buat, hihihi apepun sy excited!!! 

baby pepagi lagi dah gerak2...hihihi agaknye dia nak kejutkan sy suruh bangun kot...okehh..mahu bersiap2...

Thursday, November 11, 2010

semuanye berpusing2.

aduhhh....peningnye...banyak nak bace sebelum exam sabtu ini, haihh...harus terus berusaha..petang ini ingat mahu berjalan-jalan di taman tasik, menghirup oksigen..tapi baru je lepas hujan..mesti trek itu basah..bahaya untuk sy and baby nih kan..takpe la..duk rumah je...

pagi tadi breakfast dgn hubby di kedai, sebab hubby bangun awal, so sy ajak dia breakfast di luar..then shopping di tunas manja..balik dari tunas manja terus mengadap nota sambil bergurau senda dgn hubby...

esok pagi kami akan gerak ke kuantan berdua-duaan..since lusa sy ada exam kan..exam di cherating but kami stay di kuantan, hubby dah booking hotel siap2, hihihi 

taktau la excited nak pegi exam ataupun excited nak bercinta dgn hubby nnt...tp sy sgt excited terhadap kedua2 situasi itu nanti...

baby hari nih tak banyak bergerak, mungkin sebab sy tak fokus sgt nk rase dia bergerak, sebab lebih fokus membaca...nih pun rase sakit sgt belakang duduk lame2, mahu meluruskan badan...