sy mengalami masalah ketidakselesaan sepanjang tempoh preggy ini. bkn baru sekarang, tapi dari awal preggy lagi, iaitu masalah keputihan, mengundang rase ketidakselesaan..sy perlu kerap menukar panty akibat dari rase ketidakselesaan ini.
penah bertanye kpd nurse mase buat check up. nurse itu ckp ianya perkara normal, selagi cecair itu tidak bertukar warna dan berbau kuat. ohh..!! tidak selesa, sgt tidak selesa. untuk berjalan jauh pun sy rase tidak selesa, perlu bawa lebih byk panty, haihh....
knp tak pakai pantiliner? ntah la pulak ye...dulu mase anak dara penah jugak pakai pantiliner nih, tp sebab sy bukan jenis yg byk keputihan, so selalu la tak pakai...rase mcm semcm je kalau pakai pantiliner...ini adalah sy, tiada kena mengena dengan org lain...mungkin kamu, kamu dan kamu memang suke pakai pantiliner...itu kamu...
bagaimana untuk mengurangkan keputihan lebih-lebih lagi ketika mengandung?
"Semasa mengandung, masalah keputihan boleh menjadi semakin banyak sehingga timbul rasa tidak selesa. Ini disebabkan perubahan paras hormon badan menyebabkan terdapatnya pertambahan pengaliran darah di kawasan vagina dan pertambahan flora organisma normal di kawasan vagina. Pastikan discaj vagina ini tidak bertukar menjadi berbau atau berubah warna seperti kehijauan/kuning atau gatal kerana ini bermakna puan mesti mendapatkan rawatan untuk jangkitan vagina. Jagalah kebersihan diri, gunakan seluar dalam dari kain kapas/cotton dan pantiliner/sanitary napkins. Elakkan memakai seluar panjang dari kain nylon. Jangan gunakan cecair pembersih vagina (douche) semasa mengandung kerana ini boleh membahayakan puan."
No comments:
Post a Comment