Tuesday, February 22, 2011

sudahkah sy bersedia...

sy tak tau sama ada sy sudah bersedia untuk melahirkan baby ini...kadang2 takut, sy takut sakit...kadang2 gembira sgt, sbb nak tengok rupa baby yg dikandung nih...adakah ini perasaan semua ibu2 yg bakal melahirkan anak?

apepun, tadi sempat google cari tanda2 hampir bersalin...yela, nih first baby kan, takde experience lagi...kena la slalu meng'google'kan diri...hihihi

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


**sy dah ada sebahagian tanda2 itu...alahai...nervous pulak...dah la hubby jauh nih, haihhh

tandatangan

No comments:

Post a Comment