Monday, April 26, 2010

39 hari lagi..

balik sekolah tadi, encik tunang telah menunggu sy di temerloh, terus pegi lunch, sebab kami ada appointment dengan kedai pengantin itu, mahu fitting baju sanding untuk encik tunang. kami sampai awal, lepas makan terus pegi kedai tuh. owner kedai itu tiada, hanye pekerja dia, sy dah biase deal dgn owner itu, so kami pun menunggu, sambil2 tuh sy memberikan gambaran pelamin kepada encik tunang. ahaks. dia ckp pelamin sy BESAR. hihihi memang besar pun..bride yg guna pelamin itu sebelum sy, buat majlis di dewan, memang menyerlah la, sebab BESAR. sy pula hanye di rumah, mula dah ragu2, muat ke tak nak letak pelamin BESAR gedabak tuh dalam rumah, ahaks. harap2 muat la ye..hall rumah nih besar jugak..hihihi insyaAllah muatnye..kenapa pelamin besar? kenapa tak buat pelamin di luar rumah? sy memang nak pelamin BESAR, dah bagi design kat owner kedai pengantin itu, owner tuh ckp ada bride nak sanding kat dewan juga mahu pelamin besar, so sy adalah org kedua yang menggunakan pelamin BESAR dari kedai pengantin itu. gediks nak besar2. baru puas mata menatap kan..hihihi even pelamin sy BESAR, kami tidak bersanding diluar rumah, sebab sy adalah sgt pemalu orgnye, nnt mula la tak boleh nak angkat kepala. kalau dalam rumah nih, privacy sket, takde la satu dunia melihat sgt bersanding secara live, cukupla mereka melihat melalui gambar, hihihi kalau nak tgk sy bersanding kena la masuk rumah. lalala~

encik tunang fitting baju melayu yg sy suke itu, muat2 je, alhamdulillah. lega. dia cube 1 set. nampak mcm pendekar bujang lapok pulak. ahaks. ampun ye bakal suamiku. hihihi muat2 je, baju pun boleh kancing lagi. mulanye sy risau kalau baju tak muat. sbb encik tunang agak besar orgnye. so setel hal baju encik tunang. baju beliau warna silver, bersampin dan bertengkolok hitam. seperti baju sanding sy, silver dan hitam. tak siap lagi, ahaks.

kemudian sy received call from tailor baju nikah, sebelum nih sy dah try baju nikah itu, tp agak ketat di dada, so tadi pegi fitting lagi sekali. sgt chantek. betol2 terletak di badan ku ini. tidak ketat lagi, tailor itu tersalah ukuran, dia amik ukuran tanpa ada ruang untuk dada sy bernafas, ahaks, patut la tak muat. hihihih harap2 berat badan tak naik, hahahaha encik tunang pun berpuas hati. baju nikah itu baru siap jahit je. so bile dah confirm fitting tadi, tailor itu akan jahit manik di baju sy. wahhhhh...berkelip2 la...sy akan amik baju nikah seminggu sebelum nikah, sebab jika berlaku peningkatan atau penurunan berat badan, baju itu masih boleh di alter. harap2 tidak berlaku sebarang peningkatan la. sgt fobia. berdiet dgn sgt gigih. yeay!

*semalam encik tunang dah book hotel di Melaka untuk honeymoon kami nnt. kenapa Melaka? mulanye nak honeymoon di tepian pantai konon2nye, tp encik tunang mahukan aktiviti berjalan2, bersukaria. jika ditepian pantai, aktiviti adalah terhad. pilihan kami sebelum ini adalah pantai cherating. kemudian setelah memikirkan pelbagai perkara, kami memilih melaka. masih ada seaview okeh, besides kami juga akan berjalan2 di bandar melaka,berdua-duaan. hihihihi ini hanye pre-honeymoon after majlis bertandang di rumah encik tunang. kami juga plan nak honeymoon di utara juga, since sy tidak penah ke utara. hihihi so pre-honeymoon di melaka tidak boleh terlalu boros okeh. harus berjimat untuk honeymoon di tempat2 lain. wahhh..byknye honeymoon..ahaks..

honeymoon : percutian suami & isteri, ahaks. *gediks.
=)

2 comments:

elyina said...

hi dear,

jemput datang majlis bertandang sy nanti kat Temerloh ye.. ;)

rabitah hanim said...

insyaAllah, jika ada kelapangan..ahaks..

congrats dear..

=)

Post a Comment