Friday, March 26, 2010

jurufoto di hari kejadian.

short entry. pasnih mahu siap2kan diri. rest. esok mahu bershopping bersama encik tunang. lalala~

semalam dah gaji. yeay! alhamdulillah ada la sket rezeki kawen kami. 3 bulan gaji wooo..masyukkk..hihihi sy dah setel beberapa perkara yang penting, semalam bayar lagi beberapa ratus ringgit malaysia kepada kedai pengantin itu, knp? mmg byr runcit2, ada duit sket byr la, nnt nk dekat majlis tak la berat sgt beban kan. another half sy akan byr hujung bulan lima nnt. okeh.

then balik sekolah tadi juga telah bank in deposit to my second photographer. ape second photographer? yes! sy mempunyai dua jurufoto upahan pada hari kejadian. gila tamak kan..hahahah ikut rase hati..okeh. first sy hire jurufoto dari KL, iaitu Serindit Photo, cover majlis nikah, sanding plus bertandang di raub nnt. sy amik full package with Serindit Photo.

kemudian, jurufoto yg kedua adalah dari temerloh ini, iaitu ROHStudio, sy hire for shoot plus burn je. 500 pieces. sy tahu pada hari tersebut memang akan ada jurufoto2 yg tidak perlu dibayar, iaitu sedara mara & kawan2 sy..sy suke ramai2 amik gambar kami..mungkin yg mereka shoot itu untuk simpanan mereka..jadi takpe la..shoot ramai2 ye..nnt tak tau nk pandang camera yg mane satu..hahahah

ohh ye..sy tiada videographer. itu je.

=)

No comments:

Post a Comment