Sunday, March 28, 2010

siri pertama shopping wedding preps!

entry2 sebelum nih hanye berkisar tentang hal-hal booking sahaja, semuanya sy dah siap book, insyaAllah. kini tiba lah masanye untuk entry shopping. this is my first time shopping brg2 kawen. *lagi 2 bulan majlis baru nk mula beli barang, ahaks.

kejadian berlaku semalam, start with membelikan encik tunang henset baru. ye! sy belikan encik tunang henset baru, nokia brand, jgn tanya brape harga. tak sanggup nk ckp, huh! okeh, setel. knp belikan henset? Ohh saje2 je. ahaks. since encik tunang dah lame tak tukar henset, dan sy mempunyai wang yg 'terlebih', makanya sy beli la henset baru untuk dia. beliau sgt suke. sy pilih henset itu tanpa kehadiran encik tunang, surprise! okeh. tuh je.

after 1 hour sy membeli henset itu, encik tunang tiba di rumah sy menjemput sy ke KL. kami gerak agak lewat, dalam pukul 2 petang. tapi dah plan nk setel kan hal kad kawen dulu. kami tempah kad kawen di kompleks pertama, jalan TAR. sgt penat. pusing2 dalam kompleks pertama, jumpa 1 kedai nih, memang sempoi je kedainya, tp harga dan produk yg ditawarkan amat menarik perhatian kami. bincang punye bincang di situ, kami setuju, tempah kad di situ. yg kelakarnya, encik tunang tertinggal peta ke rumah pengantin di rumahnya, sy pula tak reti lukis peta, draf dengan pensil je. after discussion, aunty kedai kad kawen itu suruh kami lukis peta, kami pun lukis la peta masing2. peta sy besar, sampai 2 kertas A4, hahaha..peta encik tunang 1 kertas A4 je tapi 2 kali lukis, sebab tak konfiden agaknya..hahaha part melukis peta di kedai tuh la paling kelakar, dia ejek lukisan peta sy, sy ejek la lukisan peta dia. dia ckp peta sy macam nak cari harta karun..hahahaha lukis peta sambil tergelak2, then setel. kami tempah 1500 untuk dua2 belah pihak. simple je kad kami. dalam 2 minggu siap la. hihihihi okeh. habis cerita kad kawen.

then cerita membeli kain untuk baju keluarga sy untuk malam nikah dan hari sanding nnt. sy beli kain pasang je untuk mereka. setiap sorang akan dapat 2 helai kain, iaitu warna peach dan dark purple. family sy tak besar, untuk mak ayah dan 2 orang adik sy. masih dalam bajet. so sy sponsor kain jela, hihihi nk memilih kain pun lame juga. sampai penat kami keluar masuk kedai. tp nasib baik warna tuh semua senang nak pilih. so, setel hal baju family. then terjumpe pula, telekung yg chantek. untuk hantaran nnt. warna putih, sulam2 warna silver. memang nk telekung yg simple je, tp harga boleh tahan, sebab kain telekung tuh jenis mahal sket agaknya. tak kisah la. so, setel dah beli telekung untuk hantaran. gambar sy tak amik, mahu bagi surprise untuk semua. nnt lepas majlis sy tunjuk semua barang2 hantaran sy ye.

setel hal di jalan TAR, kami gerak ke the mines. sy mencari sandle untuk ke sekolah. tp tak berjumpe. punya susah cari parking. ramai gila org. kami pening, then gerak ke alamanda pula. mase tuh jam dah pukul 9.30 malam, kedai2 pun macam dah nk tutup. proses mencari pun bermula. nasib baik jumpe, so sy beli sandle di vincci alamanda, yg nih takde kena mengena dengan wedding preps. ahaks.

then kami makan di village view,bangi. lapar, sebab dah penat berjalan kan..makan tuh pun dah lewat, pukul 10.30 malam. lepas makan, kami balik. sampai temerloh pukul 1 pagi. kesian encik tunang yang dah penat. risau dia nak balik raub sorang2 kan. so dia tido di rumah sy. haihh..mak sy ada di rumah tau..encik tunang tido di hall. hihihi..pagi nih dia dah balik raub.

so setel la, siri shopping wedding preps yg pertama. akan ada siri yg kedua okeh. hari jumaat nih. kami akan ke nilai 3 untuk membeli barang2 kawen juga. hihihih..

sy dah susun jadual tiap2 minggu, setiap minggu ada program persiapan kawen. ianya tidak terhad kepada proses membeli sahaja, termasuk juga proses menyelesaikan borang nikah, hal2 berkaitan rumah, dan hal2 lain. nnt sy update lagi ye..mahu agih2kan kain2 ini kepada ahli keluarga..lalala~

No comments:

Post a Comment