Tuesday, March 16, 2010

kanopi pengantin.

sebelum nih, dh lame dah dalam bulan 1, sy dah jumpe dgn vendor kanopi ini, dia salah seorang chekgu yg punyai bisnes kanopi. since sy dah tukar sekolah, sy pun tidak update ape2 pada dia, so semalam gatal tangan nk message chekgu itu. message pending. sy pun berpikir, salah nombor ke? sy try tanye kawan sy nombor chekgu itu, confirm, betol la nombor yg sy message itu. xpela, nnt dia reply kot *sy ckp dalam hati.

siang tadi, tibe-tibe
dia reply dgn '?' je.
sy pun pelik, salah orang ke, sy dh reply, 'ini ****** kan'.
dia reply 'ok, confirm.'
sy tanye 'kanopi kaler gold ye, ada brape seat untuk kanopi tuh?'
dia reply '16'
sy tanye lagi 'boleh buat untuk 20 seat tak?'
dia tak reply sehingga sy taip entry ini..

hangin tak? kalau tak boleh, cakap la tak boleh, sy bukan paksa, sy hanye bertanye. salah ke? so disebabkan sy geram, ditambah dengan geram kepada encik tunang, sy telah call another vendor. pakcik itu juga mempunyai bisnes kanopi & rupenya rumah dia dekat dengan rumah sy. mcmne sy boleh tak perasan? teruknye. hahahah dia ckp dia akan ke rumah sy untuk discuss. baekk sungguh pakcik itu, tidak perlu sy bersusah payah mencari rumah dia. haaa..macam tuh la nak cari customer kan.

balik dari gym tadi, ada kereta block pintu pagar rumah, sy ingatkan kawan mak sy, so sy park dulu kereta kat luar rumah, then terus masuk rumah. malas nk campur sebenarnya. sedang sy menikmati buah tembikai yg sejuk itu, mak sy masuk ke bilik, katanya orang itu mahu bincang tentang kanopi. hah! sy sgt terkejut. cepatnye pakcik tuh cari rumah sy. dengan muka tak malu, sy pun buat2 la ramah di depan. pakcik itu datang bersama bini dia, diaorang siap bawa 3 album gambar kanopi. cakap je nk design mcmne, semua ada. kanopi untuk sultan pun ada, chantek sungguh.

sy berpuashati dengan gambar2 itu, pakcik tuh baik, sy tanye boleh ke nk letak 20 seat, dia cakap takde masalah. sy pilih colour gold + cream. siap dengan hiasan bunga2 tuh semua, ada backdrop lagi. harga pun puas hati, kerusi2 pun chantek sebab reben dia besar, hehehe okeh. so sy deal dengan pakcik tuh. dia cakap tak perlu deposit. bayar mase pasang kanopi. lalala~

ape yg sy nk simpulkan kat sini ialah customer service. nih kalau call pun tak dapat, kite taip sms panjang2 dia reply pendek sgt, pastuh tak reply langsung, memang hampeh la. lebih baik cari vendor yang lain. betol tak? geram la. kalau tak nak buat bisnes cakap la, nasib baik awal lagi. kalau dah dekat majlis, mahunye kelam kabut sy cari vendor lain.


No comments:

Post a Comment